Selepas pulang dari Giethoorn Village
Kita terus ronda-ronda ke Amsterdam Centre
Tapau dinner untuk makan dekat hotel
Solat Jamak Asar-Zohor dihotel
Waktu malam yang pendek
kami tak keluar waktu malam, sebab esoknya nak bergerak banyak
kena rest cukup, sebab banyak berjalan kaki (kaki nak pakai lama 😊)
Pelbagai Kedai banyak dekat sekitar sini
lewat petang, orang semakin ramai dan sesak
makanan halal banyak disini, senang nak beli disebabkan ramai orang pakistan di sini yang meniaga di kedai/restoran. Untuk dinner, lebih selesa makan di hotel (tapau) jadi kita ada banyak masa berehat.
Amsterdam Centre. Port naik Train dekat sini.
Nak shopping souvenirs, nak pergi pasar tulips disinilah tempatnya
saja snap, tatau apa maksud hehehhehehe
Kalau ada masa boleh ronda naik bot dekat sini.
melintasi jambatan untuk ke lot-lot kedai
masuk ke lorong kedai-kedai yang sibuk, ada banyak lorong-lorong kedai, macam-macam ada.
semua penuh dengan manusia. Bau ganja di mana-mana sahaja.
masuk lorong ni sebab dekat sini ada kedai sukan kalau tak silap. Ali sibuk meronda kedai sukanAllysha & Aqish pula sibuk masuk kedai makeup. Layan....
Kedai fries ni sentiasa beratur panjang, dekat sini ada 2 kedai (branch yang sama), kami pilih kedai ke-2 sebab terletak dibelakang-belakang, ramai orang tak tahu. Kedai yang pertama, beratur sangatlah luar biasa sebab terletak dilorong kedai utama.Makan fries pun dah rasa kenyang. Sebab semua beli seorang satu
Singgah kedai ni beli Chorrus, Tak habis makan sampai keesokkannya.
Dinner kita beli kebab, tapi tak ambik gambar.
Kedai Cheese. Survey dahulu hari last baru shopping cheese bawak balik.
Ronda kedai souvenirs, tetiba jumpa budak oyen ni, habislah kena gomol. Tuan kedai senyum jer
lepak dekat dataran melihat gelagat manusia dari pelbagai pelusuk
Petang-petang ramai yang melepak dekat sini.Nak bergerak balik ke hotel untuk naik train, shuttle van akan ambil kami di Shipol Airport.


























