July 20, 2025

Ali Iqbal @ Perlawanan Persahabatan diantara UPM & KPTM

⌚Sabtu 19/7/2025
πŸ₯ŽPadang Softball UPM

Hari Sabtu ke padang Softball UPM untuk memberi sokongan moral untuk Ali. Team KPTM ada perlawanan persahabatan diantara UPM & KPTM. Pertama kali dapat luangkan masa untuk turun melihat Ali bermain dipadang, kebiasaannya selalu clashing dengan timing dan aktiviti kami yang lain.

Ali bukan pelajar KPTM, tapi sangat bersyukur beliau diterima sebagai pemain KPTM. Coach yang memimpin team KPTM adalah Coach yang membimbing Ali sejak dari awal usianya di sekolah rendah hinggalah ke menengah, hinggalah Ali dekat universiti Coach masih membimbing Ali. 

Dulu merata jugalah Ali training dengan Coach, bila Coach ada dekat padang UM kami hantar pergi ke padang UM, bila Coach berpindah dekat padang di KL, kami hantar ke KL, bila berpindah dekat padang UKM, kami sanggup hantar ke padang UKM juga. Sekarang dah ada lesen, dah boleh memandu sendiri, Ali memandu terus untuk pergi training dan juga perlawanan yang berada disekitar  KL & Selangor.

Terima kasih Coach! Diatas bimbingan tanpa pernah jemu πŸ’šπŸ’—πŸ’–πŸ₯Ž

Kalau ada yang follow blog saya sejak dari awal dulu ~Blog Diari Famili Kami~,

Ali Iqbal lah pencetus saya menulis di blog ini, kerana dia, allah bagi melimpah ruah susu, dan ada satu ketika tak habis minum dan terpaksa dibuang sebab dah expired, walaupun masa tu ada anak susuan, dari situlah tercetusnya berkongsi tips untuk perbanyakkan susu badan, cara mengepam susu serta cara menyimpan susu (ebm).  Beliau kini telah pun berusia 19 tahun, kejap sahaja dah dewasa hehhehhehe.

Pernah juga blog saya tiba-tiba tak boleh nak login selama beberapa tahun, masa itu dah rasa gelap....selalu berkata sendiri, aku dah tak boleh menulis ke? sayangnya blog aku hilang begitu sahaja...dapat melihat blog sendiri tetapi tak boleh nak log-in. Umpama seperti melihat diri sendiri, tetapi roh tidak masuk kedalam badan....serius sedih ketika itu.

Alhamdullilah setelah pelbagai usaha, akhirnya saya dapat kembali keblog.
Terima kasih allah!

 

Muka dah bolat, tengah berusaha menaikkan berat badan untuk stamina, 
baru perasan dalam bilik ada koleksi dumbbell set yang baru nampaknya


Sukan yang sanggup berpanas dan berhujan...sanggup kulit gelap.


Position Ali adalah SS (ShortStop) & Pitcher. Coach sedang mengilap untuk menjadi Pitcher. Sebelum ini tugasan Pitcher digalas tetapi dengan sedikit ilmu yang tak seberapa.

Tamat perlawanan persahabatan selama 2 inning. Petang nanti sambung training seperti biasa.
Coach tengah buat post-mortem


Suasana dipadang, kali ni tak sempat nak berborak dengan Coach sebab kami rushing ke tempat lain pula.


Team KPTM & UKM Perempuan



34 comments:

Puan Hazel said...

Keep it up Ali πŸ‘πŸ»
Tak tahu sangat pasal soft ball tapi bagus bersukan ni tak kira main apa pun kan

Etuza said...

Dah minat bersukan, tak apa tu..lelaki kena bersukan, apapun sukan asal jaga keselamatan dan berpada-pada

Etuza said...

The best Ali..

Ezna Khalili said...

Blog boleh hilang?....ya allah ini memang menakutkan....nasib baik dapat balik ya. Oh lawan kat UPM ke...kat mana la padang softball ni.

uncle gedek said...

Kira pemain import la ni?

Mznimnwr said...

hebat ali! haha saya ni kalau main suka yg melibatkan bola ke, badminton atau pingpong terus tak boleh ye.kita lemah dengan bola2 kecik xD

Eyma Balkish said...

Alhamdulillah.. dapat kembali blog. Tak dapat bayangkan jika blog tak boleh login, mesti sedih sangat...

MOHAMAD TAUFIK said...

wahhh seronok nya main bola ye hihihi

Linda's Relaxing Lair said...

I don't know much about softball, but your photos are wonderful and it is great to see people getting together for a fun sport, fresh outdoor air and exercise. Thank you so much for sharing, and warm greetings from Montreal, Canada.

Kakmim said...

Aaaa.... kolej canselor... kolej sy dulu tu... rindunya nak pergi galeri situ... malam² happening je area depan galeri tu dulu

Bagus Ali mmg minat giler dia dgn sofball... teruskan semangat... chaiyokkk Ali

fizalinolie said...

Bagusnya Ali. Semoga terus maju jaya ye.

Mama Zharfan said...

alhamdulillah, dh besar yer Ali :) selamat kembali berblog jugak!!!

notie said...

Semuga berjaya. Tak pandai pulak pasal game ini.

Suria Amanda said...

Keep it up Ali...all the best...

Abah Titik Asa said...

Melihat anak sudah besar, rasanya baru kemarin mereka dilahirkan ya Mbak. Seperti apa yang Mbak ceritakan tentang Ali yang kini sudah berusia 19 tahun.
Sukses selalu untuk Ali...

Salam,

AMIIZAA@Mieja said...

TQ aunty

AMIIZAA@Mieja said...

tq uncle etuza

AMIIZAA@Mieja said...

blog tak hilang, tapi password tiba-tiba tak boleh masuk..huhuhu padang sofbol upm dekat dgn kolej chancellor.

AMIIZAA@Mieja said...

aahhhh uncle

AMIIZAA@Mieja said...

betul, keselamatan diri kena jaga juga

AMIIZAA@Mieja said...

hehhhehhe bola basebol lgi kecik...

AMIIZAA@Mieja said...

sedih sangat emma

AMIIZAA@Mieja said...

tq MZ.

AMIIZAA@Mieja said...

isi masa lapang dan minat hehhehe

AMIIZAA@Mieja said...

thank you uncle

AMIIZAA@Mieja said...

wah mim alumni UPM ❤❤❤

AMIIZAA@Mieja said...

Tq aunty fiza

AMIIZAA@Mieja said...

Thanks Linda for visiting my blog and nice knowing u.

AMIIZAA@Mieja said...

TQ aunty SA

Sha Mohamed said...

Terbaik!! Semoga terus sukses tau..

Shikin Razali said...

Soft ball dgn base ball lain yea..? Ingat sama jea.. semoga anak akak terus sukses dalam sukan yang diminati, semoga pasukannya menjadi juara...

dear anies said...

kalau dah minat... kulit gelap pun tak jadi masalah.... mcm anak kenalan mama sy. punya laa suka rugbi. patah riuk ke blkg kira. janji dpt main hehehe

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kalo anak lelaki memang tak kisah olahraga panas2an begini πŸ˜„πŸ˜„. Makin gelap kulit mereka, makin suka malah hahahahah.

Aphizha said...

Bagusnya coach ni bagi peluang untuk Ali. demi coach, kemana saja pergi Ali ikut. Kalau dah minat, tak ada apa dapat menghalang. Ooo begitu kisahnya. Ali pencetus idea berblog.