⌚Sabtu 19/7/2025
π₯Padang Softball UPM
Hari Sabtu ke padang Softball UPM untuk memberi sokongan moral untuk Ali. Team KPTM ada perlawanan persahabatan diantara UPM & KPTM. Pertama kali dapat luangkan masa untuk turun melihat Ali bermain dipadang, kebiasaannya selalu clashing dengan timing dan aktiviti kami yang lain.
Ali bukan pelajar KPTM, tapi sangat bersyukur beliau diterima sebagai pemain KPTM. Coach yang memimpin team KPTM adalah Coach yang membimbing Ali sejak dari awal usianya di sekolah rendah hinggalah ke menengah, hinggalah Ali dekat universiti Coach masih membimbing Ali.
Dulu merata jugalah Ali training dengan Coach, bila Coach ada dekat padang UM kami hantar pergi ke padang UM, bila Coach berpindah dekat padang di KL, kami hantar ke KL, bila berpindah dekat padang UKM, kami sanggup hantar ke padang UKM juga. Sekarang dah ada lesen, dah boleh memandu sendiri, Ali memandu terus untuk pergi training dan juga perlawanan yang berada disekitar KL & Selangor.
Terima kasih Coach! Diatas bimbingan tanpa pernah jemu ππππ₯
Kalau ada yang follow blog saya sejak dari awal dulu ~Blog Diari Famili Kami~,
Ali Iqbal lah pencetus saya menulis di blog ini, kerana dia, allah bagi melimpah ruah susu, dan ada satu ketika tak habis minum dan terpaksa dibuang sebab dah expired, walaupun masa tu ada anak susuan, dari situlah tercetusnya berkongsi tips untuk perbanyakkan susu badan, cara mengepam susu serta cara menyimpan susu (ebm). Beliau kini telah pun berusia 19 tahun, kejap sahaja dah dewasa hehhehhehe.
Pernah juga blog saya tiba-tiba tak boleh nak login selama beberapa tahun, masa itu dah rasa gelap....selalu berkata sendiri, aku dah tak boleh menulis ke? sayangnya blog aku hilang begitu sahaja...dapat melihat blog sendiri tetapi tak boleh nak log-in. Umpama seperti melihat diri sendiri, tetapi roh tidak masuk kedalam badan....serius sedih ketika itu.
Alhamdullilah setelah pelbagai usaha, akhirnya saya dapat kembali keblog.
Terima kasih allah!
Muka dah bolat, tengah berusaha menaikkan berat badan untuk stamina,
baru perasan dalam bilik ada koleksi dumbbell set yang baru nampaknya





