June 10, 2025

SEMOGA SYURGA TEMPATMU ANAK-ANAK UPSI

Isnin 09062025


Pagi yang mengemparkan seluruh rakyat Malaysia di atas berita anak-anak UPSI ditimpa kemalangan jalan raya. Awal subuh, WA group penuh dengan berita yang mengejutkan ini.

Hari ini hantar aqish balik ke asrama Tun Ghafar Baba, Melaka. Sepanjang perjalanan menghantar aqish balik ke asrama, mama menangis sepanjang perjalanan bila mengenangkan tragedi tersebut. Tak dapat bayangkan kesakitan yang mereka alami, mereka semua sebaya anak-anak kami....allahuakbar.....betapa beratnya famili yang menghadapi situasi ini, betapa traumanya anak-anak yang terlibat dalam kemalangan ini, beratnya ujian ini ya allah.

Berkali-kali menangis bila membaca berita ini, allahuakbar!
Bengkak mata menangis

Dalam group MUAFAKAT, parent dari Terengganu berkongsi info mereka juga rasa terkilan/terkejut dengan berita ini, kerana masa & waktu yang sama mereka sama-sama menghantar anak-anak balik ke asrama dengan menaiki bas Muafakat masing-masing di point yang sama cuma berbeza destinasi. Ada anak mereka yang sebaya/sekelas semasa di sekolah menengah (belajar UPSI) yang juga turut berada di dalam bas UPSI tersebut menjadi korban.

Terkilan yang tak terhingga.
Tapi ini takdir yang ALLAH SWT telah tentukan, menjadi asbab.


AL-Fatihah buat semua anakanda yang terlibat dengan kemalangan tragedi ini
Tempatkanlah mereka di syurgamu ya Allah!
Tanpa dihisab!

Mereka penyambung warisan para pendidik.
Kehilangan yang sangat besar.
Asset Negara!



21 comments:

Suria Amanda said...

Ye satu Malaysia berduka dengan berita ni...ada bas student dari UMP jugak accident ni...tapi xde melibatkan nyawa...dah berkait2 plak..risau betul...

Kakmim said...

Al-fatihah buat semua bakal pendidik kita yg telah dijemput kembali... memang sedih sht baca semalam.. baru jap td terbaca kisah adik Nurly yang menulis al-quran dgn tulisan tgn dia sendiri, masya Allah.. pergi yang dicemburui

Roziah @ Cie said...

Syurga buat mereka. Tak terungkap dengan kata2. Kita yang takde pertalian pun turut berduka apetah lagi keluarga yang menghadapi. Semoga keluarga mereka dikurniakan ketabahan.

Sha Mohamed said...

Salam takziah buat semua keluarga mangsa..

paridah said...

al fatihah semoga Allah cucuri rahmat atas roh mrk sgt brdukacita

Aphizha said...

Satu Malaysia berduka dengan kisah tragis ni. Semoga seluruh Ahli keluarga yang terlibat kuat, sabar dan tabah menghadapinya. Dipermudah segala urusan mereka. Aamiin...

Mama Zharfan said...

tragis, sedey sgt. few times jugak i ter menangis bila scroll baca kisah ni kat socmed

Abah Titik Asa said...

Turut berduka cita atas kemalangan anak-anak UPSI ini Mbak.
Semoga keluarga yang ditinggal dapat menerima dengan tabah.

Salam,

Ezna Khalili said...

Moga syurga tempat mereka....aamiin....ngeri tengok video bas tu bawak la.....

uncle gedek said...

Uncle ni rasa sampai bercampur baur... Rasa sedih ada, rasa marah ada... Speechless...

Puan Hazel said...

Takziah buat keluarga dan warga UPSI semuanya. Mudah-mudahan Allah SWT tempatkan mereka semuanya di kalangan para solihin aamiin 🤲🏻

Memang sedih dan hiba sangat sampai hilang kata² :(

Akupenghibur.com said...

Salam takziah buat semua keluarga mangsa..semoga ditempatkan di kalangan orang beriman Al fatihah

Sii Nurul said...

Salam takziah buat semua keluarga mangsa... sedih dengan berita ini... semoga Allah SWT tempatkan mereka semuanya di kalangan para solihin aamiin ..

Mama Zharfan said...

MZ pun byk kali termenangis bila baca mcm2 news/kisah tragedi pelajar upsi ni

dear anies said...

اَللُّهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ

Suria Amanda said...

Sedih kan..SA x sanggup nak tengok apatah lagi share...semoga syurga buat mereka semua...

Rodiah Amir said...

Bila video-video berkaitan mangsa keluar mula sayu hati. Syurga buat mereka

mummy_ayu said...

sama la..memang tersentuh sgt hati bila baca cerita2 tragedi tu....Allahuakbar

anamizu said...

betul tu mmg tiap kali berita kisah tragis ni lalu si socmed, menitis air mata.. Ana ni pulak bekerja mmg ada masa collaborate dgn pelajar UPSI, rasa tersentap sebak di dada wlupun blm pnh collab dgn adik2 yg terlibat kemalangan tu :(

Tot said...

Sama, tumpang sedih pagi berita kemalangan tu.
Sebagai ibubapa, kita fikirkan yang baik-baik saja, di samping berdoa anak-anak dilindungi Allah selalu.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Pilihan kita mungkin bawak laju supaya cepat tiba, tapi nyawa tu tak boleh diganti. Rasa sedih sangat—semoga keluarga mangsa tabah