June 11, 2025

Bila hidup kembali berdua

Bila anak-anak dah semakin dewasa
Maka sedikit demi sedikit kehidupan berubah 
kembali berdua seperti mula-mula baru nak bina kehidupan berdua (suami isteri)


hilang sudah hiruk pikuk keriuhan anak-anak
memasak juga dah jarang-jarang
bila memasak, makannya tak seberapa banyak dah
boleh di ulang berhari-hari, masak tak banyak mana pun
1 pot beras pon tak habis


tanda-tanda semakin kearah hari tua
begitulah roda kehidupan 


semalam masak sup daging+kentang sahaja
tak habis
ada lagi boleh makan waktu lunch (lunch balik sekejap dari pejabat)
sambal petai+tempe masak untuk aqish nak balik keasrama ada lagi berbaki


20 comments:

Akupenghibur.com said...

lauk simple sedap tau, lagi ada teman makan

adnil linda said...

linda dah jejak kaki sini...
Semoga sihat2 selalu buat akak dan suami...
linda pula tengah fasa haru biru 😂😂, anak 4 semua tengah bersekolah...

Mulan said...

Sunyi bila anak2 dah jauh, kan.

Azian Elias said...

putaran hidup kan.

Ezna Khalili said...

sup daging dan kentang makan panas2 memang nikmat.

Faizal R said...

Seronok makan macam ni. Roda kehidupan terus berputar.

Aphizha said...

Begitulah roda kehidupan kita. Kita syukuri dan nikmati kehidupan apa adanya.

Nieyla Nadia said...

Terima kasih kak sbb follow nieyl..
nieyl dah follow akk juga...

Mama Zharfan said...

betul sgt2...tp itulah lumrah kehidupan

Ana Jingga said...

kak ana setakad ni masih bertiga dengan anak bongsu yang masih bersama kami, tapi bila keluar selalunya berdua juga, dah tak nak ikut hehe :)

dear anies said...

x pee ncuti sekolah riuh laa balik tu...
boleh hanimun kali kedua hehehe

Abah Titik Asa said...

Begitulah roda kehidupan ya Mbak.
Saat ini satu anak saya sudah menikah dan tinggal beda kota. Tinggal dua anak lagi yang belum menikah. Mungkin tak lama lagi hanya tinggal saya dan istri di rumah.

Salam,

Suria Amanda said...

SA lagi plak...anak sorang tu je..anak tiri ngan mak dia la kan...in case Dania balik U, memang tinggal berdua ngan suami dan Abah...sunyi je...

Abam Kie said...

3 anak yg besar tu dah sambung belajar. mujur tinggal yg bongsu umo 10 thn buat peneman bila sunyi...

Rodiah Amir said...

ah sedih tapi gitu lah eh kak roda kehidupan.. salam kenal dari Diah

umifuzy said...

anak no 3 Kak Fuzy dah kahwin, ada lagi 5 yg masih mengamatkan hari2 dan bertambah gamat sbb si bongsu tengah cuti sem, soon kami pun akan tinggal berdua bila semua dah kahwin kelak..

Tot said...

Saya bila anak sulung balik U, baru jadi macam ni. Masak tak habis. Kalau dia ada, semua yang dimasak, Alhamdulillah, licin.

mummy_ayu said...

sama la..MA pun tinggal berdua je ngan anak dara bila anak bujang balik asrama

Sha Mohamed said...

Bila anak-anak dah besar dan meneruskan kehidupan mereka.. Tinggallah kita kan..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Sunyi bila berjauhan dengan anak tu memang rasa yang dalam kosong, rindu,