September 4, 2015

Homemade@ Pop-Corn

Aktiviti membuat pop-corn
mari lihat bahan-bahan yang mudah dan senang nak buat homemade pop-corn
boleh buat serentak atas dapur pop corn dan gula hangusnya

Bahan-Bahan Pop Corn:
jagung (satu gengam) - Jangan cuci, nanti tak akan jd pop...pop...terus bantat jd jagung kecut.
2-3 sudu besar buttercup
2-3 sudu besar minyak masak (suka pakai minyak canola)

 
Step 1: Panaskan dan cairkan buttercup, dah cair masukkan sedikit minyak masak. 
Bila minyak dah panas, masukkan jagung biarkan beberapa minit
bila jagung dah mula meletup-letup, dah mula pop..pop... tutupkan kuali tersebut.
Jagung jangan dibasuh ya, nanti jagung tu tak akan meletup

Step 2: tutupkan kuali dan biarkan jagung mengeluarkan bunyi pop...pop.....terus tutupkan. Part ni paling seronok sebab suka tengok ia berbunyi-bunyi menjadi pop...pop corn :)

Step 3: Tara...dah siap pop corn

Pop corn dah pun siap, bolehlah salutkan dengan gula hangus (caremel)

Bahan-bahan caremel:
1/2 cawan gula  (pakai brown sugar) - kemanisan ikut citarasa masing-masing
2 sudu besar butter cup
sedikit madu



Step 1:  
Untuk membuat gula hangus, biarkan api yang sangat kecil untuk membolehkan gula tersebut tidak hangus.
bila hangus, gula akan jadi pahit, so makesure kena jaga api agar tak jadi hangus
bila dah cair, masukkan sedikit butter.
gula dan butter dah sebati  bolehlah curahkan ke pop corn tadi.
dan juga suka letak sedikit madu juga

 dah siap, kudapan waktu petang anak-anak balik dari sekolah
lebih tahan lama dan lembut (tak masuk angin, walaupun di simpan dalam bekas kedap udara)
kalau beli dekat kedai selalunya tak tahan lama dan cepat masuk angin.
itulah kelebihan homemade pop-corn

12 comments:

Permata Malap said...

sedapnya.IbuNoey pun pernah buat popcorn ni.tapi guna periuk Noxxa.seminit dah siap.

Kakzakie Purvit said...

Agak-agak nak menonton tv boleh buat ni
Setiap sorang pegang satu bekas macam kat panggung wayang:)

Kakzakie Purvit said...

Agak-agak nak menonton tv boleh buat ni
Setiap sorang pegang satu bekas macam kat panggung wayang:)

Rizziela said...

senang aja rupanya

sumysya said...

Wah sedapnya...

Azlinda said...

Nak cuba buat..senang resipinya ye ;)

www.azlindaalin.com

Yatie Fizzy said...

tatau pulak semudah tu nak buat .... punya lah ingatkan payah yang amat ghupanya senang jeee.... hahahaha

Amiza I mintak share resipi ya hihihi :-P

Eintan Nurfuzie said...

mudahnyeeee

iryantyismail said...

ahad ingat nak buat..macam senang :-))

ibuayu said...

bestnya...mcm senang je

OKje said...

Laaaa senang je rupanya buatnya.....Amiza...jagung tu pakai jagung apa yek.... Beli yg frozen tu boleh ke

adianiez AIDA said...

menarik ni.
terus terang aida x pernah buat sendiri.
in shaa Allah akan cuba.
copy paste dari entry amizaa ni :)
tq for sharing.