kek simple-simple bolehlah buat dalam masa yang serentak...kan...
resepi ni saya dah olah sikit ikut citarasa sendiri
siap satu adunan dan perapkan selama 3-4jam
balik dari pejabat nanti dah boleh di kukus.
KEK SARANG SEMUT dari Ida Shahida
BAHAN A
11/2cawan gula
1cawan air panas
3sudu besar butter
CARANYA:
- gula letakkan dalam periuk dengan api kecil sahaja
- bila gula sudah cair dan coklat keseluruhannya, masukkan butter
- kacaukan hingga sebati
- masukkan air panas tadi, kacaukan hingga sebati
BAHAN B
4 biji telor
3/4 susu pekat
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil essen vanila
CARANYA:
- pukul telur dengan rata 2-3minit sahaja (tak payah beria memukul takut kek jd kering)
- masukkan susu pekat, pukul (mixerkan)
- masukkan essen vanila
- masukkan tepung dan soda bikarbonat (mixerkan)
- dah sebati cantik, masukkan gula hangus
- perapkan 3-4jam (sebab diperap adalah untuk mendapatkan sarang semut yang cantik)
- selepas berakhir proses memerap, kacau-kacaukan adunan dan wrappingkan dengan aluminium foil
- kukuskan selama 60minit. lebih suka kek yang berkukus sebab teksturnya lebih cantik dan lembut.
- kepada yg suka adunan dibakar, bakar adunan selama 1jam, 160'c api bawah shj dan baki terakhir 11minit, gunakan api bawah dan atas.
5 comments:
sedapnya dh lama xmakan kek sarang semut ni...
kek peberet saya ni...
salam kak...selamat hari raya:-) Saya buat kek ni tak pernah jadi...dah perap...tang mana silapnya pun tak tahula.
mana gambar kek nya ...
kegemaran mak aida ni :)
Post a Comment