July 24, 2015

Kek Oren

Alhamdullilah hari ni hari ke-4 berpuasa sunat syawal
melayan hati dengan melihat pelbagai resepi
kalau ikutkan hati semua nak dibuatnya

tadi tengahri, balik semasa waktu lunch terus membaking
tak boleh tunggu-tunggu kalau rasa nak membaking ni, memang terus buat
resepi simple jerk, dapat buat Kek Oren & Kek Sarang Semut


Saja letak dalam blog resepi ini, bila nak buat senang tinggal cari dekat sini
suka lupa dan letak merata-rata resepi-resepi
dulu ada buku resepi hasil tulisan tangan, pun hilang entah kemana
sekarang ni ada buku nota resepi baru....harapnya tak hilang lagi...haihhhh....
dan mintak halal juga resepi yang saya gunakan ini....tak ingat ini resepi sapa....
terlupa plak tuan punya resepi


BAHAN-BAHANNYA:

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
2biji telur
1cawan gula halus
1cawan minyak
1biji buah oren sunkiss/ 6 sudu besar pati oren sunquict
sedikit pewarna kuning (jika suka)

CARA-CARANYA:

  1. cuci buah limau, potong dan buang urat-uratnya serta biji-bijinya. Kulit diambil dan parut/potong kecil-kecil untuk mendapatkan aroma limau dalam kek nanti.
  2. masukkan dalam mixer minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus dan kembang.
  3. tuangkan tepung sedikit demi sedikit, dan kacau rata.
  4. masukkan pati sunquick/ oren yang telah diblend halus. 
  5. kacau hingga sebati.
  6. kukuskan dalam 45minit (lebih suka kek dikukus, tektursnya lagi lembut dan halus)
  7. bakar suhu 170' selama 40 minit -1jam

1 comment:

adianiez AIDA said...

aida minta izin amik resepi ni ekk.
bcoz mak mertua aida makan kek oren aje.
nak beli, carik susah!