apalagi pakcik pun petiklah pagi tadi, rupanya belum matang lagi
betul-betul lupa nak baca@menuntut 'ilmu menanam jagung'
Baca dekat SINI : Jagung manis sedia untuk dituai apabila bulu mula kering dan bertukar menjadi hitam, biasanya 60 hari selepas disemai. Jadi, lepas ni dah faham kalau nak petik jagung biarkan bulunya kering dan bertukar jadi hitam, ada jugak yang kata 70hari baru boleh dituai.
bila tengok jagung nie, teringat dekat baby yang tak cukup bulan.....
terus cakap dekat pakcik, pa jagung tak cukup bulan nie...baru nak membentuk..tak jadi lagi...
pokoknya tinggi sangat....yg pelik pokok jagung lain pendek jerk dah berbunga
kadang-kadang rasa was-was ...eh jagung jantan ke betina nie....takut keluar bunga tapi tak berbuah.....tadi kira baru ada 4 biji yg baru keluar buah.....
Hari ahad, balik rumah lama sekejap, sempat menjenguk belakang rumah...pisang ada yang masak.....tapi tak ambik, biarkan untuk tupai dan burung-burung makan.....mereka dah tau itu memang utk mereka...kecuali pisang tandan yang besar baru ambik, tinggalkan sikit untuk mereka selebihnya baru sedekah dekat kawan-kawan kalau berlebihan.
tengok bunga seri pagi ada yg masih mekar walaupun dah pukul 4 petang.
hujan turun dengan lebatnya selepas tu, maka tak sempat nak membelek satu persatu pokok-pokok tinggalan ini......pokok sirih pon dah semakin banyak menjalar....nak kena trim.
benih pisang dah tumbuh dekat tempat bakar sampah, boleh cabut bawak balik cyberjaya. elok jerk kembang daunnya compare yg dah hidup kat cyber tu kudut-kudut, mungkin tanahnya tak berapa serasi agaknya....
20 comments:
jarang nampak pokok jagung di kawasan perumahan, buah belum menjadi bermakna kena tunggu 70 hari ye..
Semangat tinggi jagung tu tumbuh.
Subur dah sireh banyak merumpun melilit bersama seri pagi.
Mungkin faktor tanah jd penyebab dan cuaca sekarang asyik hujan kan..akak pun suka bercucuk tanam ni tp tu la xde tanah....
Kalau lambat sikit penuh isi jagung tu Miza. Sayangnya...
Sukalah kakak tengok tanaman Miza. Kakak tanam sireh tak menjadilah. Mungkin sebab dlm pasu. Yg di kampung tu tak payah bela menjalar sampai panjat pokok nangka lagi..
Salam! ^_^
Anda telah di tag! dalam giveaway by Ibu Zharith. Hadiah lumayan!
Check , here!
Assalamualaikum. Salam ukhuwwah. Rajin berkebun. Boleh dapat hasil juga. Akak ada juga tanam pokok pisang dan mangga. Alhamdulillah berbuah. Dapat rasa hasilnya.
Minat nk tanam jagung..klu msuk blog akak ni mcm2 tringin nk tanam..tp umah xde tanah..dok pasang angan2 je
jinnya berkebun...jimat belanja.
bestnya ada tanah nak bercucuk tanam... teringin nak ada macam tu... nak tanam nangka, cempedak, pisang, sukun dan macam2 lagi yg semuanya pemakanan belaka... best kan?
hehe kenapa tak selak dulu jagung tu Mieja... seronok kan menuai hasil kebun sendiri ni..:)
Jagong rebus sedapnya. Kalau yang dari Cameron Highland lagi manis dan fresh.
Wah banyak btl hasil tanaman..=D
bila la saya boleh nak sedut aura rajin kak mieja ni. haih.
saya suka tengok life kak mieja dengan famili. ^^
haii kak mieja...
uu tanam jagung jugak ye..umah mak tanam jagung ritu smpat la mengepow bebape biji hihihi (betuah punye anak)
Okje pun baru tau pasal jagung yg dah cukup bulan Amizaa hihi....
Bestnya....banyak rumah Mizaa....banyak tanah boleh main tanam tanam hihi
Wah... banyaknya tanaman.. bestnya tgk.. kalau ada tanah mmg best bercucuk tanam...
ada kawasan sng nak bercucuk tanam ni.. kata org berbakti pd tanah...adalah hasilnya
ada kawasan sng nak bercucuk tanam ni.. kata org berbakti pd tanah...adalah hasilnya
Seronok tgk hasil tanaman menjadi.
seronok dapat petik hasilnya...
Post a Comment