Malam tadi dalam pukul 8 malam, LILO pergi meninggalkan kami. Dia tak menunjukkan tanda-tanda sakit, pada hari Selasa, waktu tengahari tengok dia muntah..ingatkan dia terlebih makan....tengok mata lilo macam tengah pening, so biarkan lilo rest, tak terfikir dia tak sihat, Kalau tak sihat biasanya nampak berbeza. Pagi Rabu tengok lilo tak bermaya, ambik vitamin C bagi makan....ingatkan dia pening-pening sebab tak ada tanda dia demam selsema....petang selepas habis majlis graduasi dan result UPSR allysha, kami tengok lilo masih tak bermaya lagi....dia Cuba bangun untuk minum, tapi terhoyong hayang berjalan :(
Maghrib, tengok keadaan Lilo semakin teruk...titiskan air zam-zam....dia dah tak Boleh menelan air...:( nampak lilo dah nazak......:( macamana nak tolong LILO ni....betul-betul panik tgk LILO nazak:(:( tak sampai beberapa minit mama tinggalkan LILO, LILO dah pergi untuk selama-lamanya....mama minta maaf LILO, mama tak dapat selamatkan LILO....begitu cepat LILO pergi....:(:(
14 comments:
Baca n3 amiizaa kak zai nangis. Kesian LILO.
Pernah alami kucing kak zai mati depan mata. Hubby terlanggar masa nak reverse kereta. Masa kena langgar boleh berlari ke depan kak zai yang berdiri dimuka pintu.
Kak...sedihnya. RIP lilo.
alahaiii sayu baca cerita lilo.
teringat pula kucing saya si boboi..
memang sedih sgt2 kan kak..bila kehilangan utk selama² nya...
Allah... sedihnya Miza. Kakak dapat rasa apa yg seluruh keluarga rasakan walaupun Lilo sekadar kucing.
Apa yg pasti dia memberi banyak saham akhirat buat seluruh keluarga yg menjaganya.
sedihnya kan kak...shian lilo
Alahai kesiannya apa sakit agaknya ya.
Ada kemungkinan keracunan makanan tak?
Atau masalah cacing.
Ya Allah Mieja, kak ana pernah alami apa yang Mieja lalui dua kali dalam hidup kak ana, sewaktu Jingga pergi kemudian Bunga pula, cuma kedua-duanya ambil masa dua hari sebelum pergi buat selama-lamanya dalam keadaan seperti koma.Menangis kak ana sambil berdoa semoga Allah segerakan kepergian mereka.Hanya kita yang faham apa yang kita alami semua ni walaupun hanya seekor kucing.Kedua-duanya kak ana semadikan di belakang rumah dan kak ana tanamkan pepohon melur yang harum mewangi.
Sedihnya... faham sgt rsa tu. Hanya tuhan y tau. Lya pom bru khilngan 2 ekor anak bulus jgk dlm msa tdekat ni. Sedihnya hanya tuhan y tau.. yang satu mati mgejut.. y satu lg mula2 lemah.. sempat bwa pegi vet, rupanya skarang virus apa ntah y menular pd anak2 bulus.. ada lg sekor kucing skarang ni pom lemah..tp lps bg minum air kelapa alhamdulillah.. makin aktif n sihat. Kata org aur kelapa penawar.
kesian dia... redhakan pemergiannya... ganti nya nanti akan lebih baik lagi
Sabar banyak2 kak Mija....
Saya yang baca pun tumpang sedih...
sedihnya
Umur dia bape Amiza......nampak tak tua lagi yer...
Cantik warna bulu dia.mcm grey grey kan...
Sedihnya. sama nama kucing kakak sy. semoga kebaikan k mieja ada ganjaran yg menanti sbb kasih sgt pd kucing
Post a Comment