Showing posts with label Anak bulus LILO. Show all posts
Showing posts with label Anak bulus LILO. Show all posts

November 27, 2014

LILO@ pergi tak kembali

26 November 2014

Malam tadi dalam pukul 8 malam, LILO pergi meninggalkan kami. Dia tak menunjukkan tanda-tanda sakit, pada hari Selasa, waktu tengahari tengok dia muntah..ingatkan dia terlebih makan....tengok mata lilo macam tengah pening, so biarkan lilo rest, tak terfikir dia tak sihat, Kalau tak sihat biasanya nampak berbeza. Pagi Rabu tengok lilo tak bermaya, ambik vitamin C bagi makan....ingatkan dia pening-pening sebab tak ada tanda dia demam selsema....petang selepas habis majlis graduasi dan  result UPSR allysha, kami tengok lilo masih tak bermaya lagi....dia Cuba bangun untuk minum, tapi terhoyong hayang berjalan :(

Maghrib, tengok keadaan Lilo semakin teruk...titiskan air zam-zam....dia dah tak Boleh menelan air...:( nampak lilo dah nazak......:( macamana nak tolong LILO ni....betul-betul panik tgk LILO nazak:(:( tak sampai beberapa minit mama tinggalkan LILO, LILO dah pergi untuk selama-lamanya....mama minta maaf LILO, mama tak dapat selamatkan LILO....begitu cepat LILO pergi....:(:(