Keputusan UPSR dan Hari Graduasi Tahun 6.
Sekolah Kebangsaan Cyberjaya (SKCJ)
Bertempat: Dewan LKIM, Puchong.
Majlis yang di tunggu-tunggu dengan penuh debaran akhirnya muncul juga semalam, alhamdulllah.
Keputusan melalui online telah kami terima sebelum majlis graduasi allysha dan rakan-rakan bermula. Kami simpan keputusan allysha sehinggalah dia naik ke pentas dan terima slip keputusan UPSR Dan melihat sendiri keputusannya. Berkali-Kali allysha bertanya papa dah check keputusan UPSR ke belum? Tapi kami kata tunggu allysha naik pentas dapat keputusan nanti tengoklah...
Mama dan Papa tak nak spoil mood happy nak naik pentas jadi kami simpan keputusannya.
Keputusan UPSR Allysha: 4A1B
Walaupun sedikit kecewa, tapi alhamdulllah allysha dah buat yang terbaik, hanya itu sahaja rezkinya....maka kami terima dengan redha....
Target GB, kelas allysha sepatutnya semua mendapat 5A, pelajar harapan sekolah, tapi tiada izinNYA dan rezeki bukan milik mereka...
Keputusan UPSR jatuh sangat teruk, tapi pandai lah pihak politik menunding jari katanya itu bukan kesilapan disebabkan kebocoran kertas peperiksaan tetapi disebabkan soalan yang beraras tinggi 40% berbanding tahun lepas....emmmmmmm....
SKCJ masih mengekalkan prestasi terbaik keputusan UPSR seluruh daerah Sepang. Dengan GPS 1.60 berbanding tahun lepas 2013 GPS 1.73.
Seramai 38 orang mendapat 5A Dan 36 orang mendapat 4A1B. Dengan 100% lulus BM penulisan.
Gambar-gambar sebagai kenangan untuk allysha.
Taklimat akhir
Naik kepentas sekali lagi untuk menerima cenderahati dari SKCJ. Sedikit kecewa dengan jurukamera, beliau diamanahkan utk mengambil gambar anak-anak Ini, tetapi mereka tak melakukannya...kami ibu bapa tak dibenarkan mengambil gambar....:(:(
Gambar bersama anakanda allysha
Untuk allysha,
Perjalanan dalam kehidupan baru bermula, maka jadikan UPSR Ini satu pengalaman dan jadikan ia satu pengajaran jugauntuk mengapai kejayaan yang lebih mencabar. Nak mencapai kejayaan banyak cabarannya.
Usaha lebih gigih lagi untukPT3 pula. Bukan mudah hendak memgapai kejayaan, banyak Cabaran yang akan mendatang.
Solat Dan Doa jangan tinggal kerana allah swt sentiasa memerhatikanmu"
Sayangs allysha,
Papa Dan Mama
28 Nov 2014
15 comments:
tahniah buat allysha! hebat dah tu kak :)))
Tahniah buat allysha. Semoga beroleh kejayaan yang lebih cemerlang dimasa akan datang.
Tahniah Allysa dan kak mieja juga
Tahniah Allysa dan kak mieja juga
wahhh.. tahniah allysha...
p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html
Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.
- Mia Liana -
Tahniah allysha. Anak saudara saya dpt 3A. Memang kakak saya ckp pon keputusan merosot gara2 soalan bocor tu kak. Kesian dorang.
alhamdulillah tahniah untuk allysha
tahniah buat mama dia juga...
Tahniah buat Allysha...
Semoga terus cemerlang di masa depan....
Kak Mija dana Alisya dah macam adik beradik! sweet sgt2...
tahniah allysha!
takpe, 4A 1B pun dah bagus dah. upsr ni baru ujian kecil. spm nanti kena target betul2 ok
Alhmadulillah...tahniah.. cabaran untuk anak2 UPSR tahun ni .. dan kini ramai yang berjaya.. syukur kepadaNYA...
tu dah lebih baik juga tu...
Tahniah...ini langkah permulaan...sekolah akak pun ramai yg B dlm subjek sains...
Tahniah beribu2 lemon auntie sue ucapkan utk Allysha...ye perjalanan masih panjang lagi...semoga Allysha terus berjaya di masa hadapan
Tahniah Allysha......bangga ibu ayah tau bila anak berjaya ...
Wah dahsyat yer sekolah tu siap berjubah gitu....
Tahniah allysha. sama result anak buah sy. Teruskan & tingkatkan kecemerlangan. Bagus majlis. da mcm konvo university darjah 6 skrg
Tahniah Allysha :)
Post a Comment