October 30, 2014

Pokok Tenggek Burung

Minggu lepas masa balik Muar
mak bekalkan anak benih pokok tenggek burung
mak kata, dekat kebun sawitnya banyak sangat tumbuh
agaknya burung-burung makan bijinya pastu 'membuang' dekat kebun, tu yg tumbuh
wahhh tak sangka pokok tenggek burung nie mudah tumbuh rupanya
pekerja yang petik buah sawit dekat kebun juga siap mintak nak ambik utk di buat benih


Rasa ulaman ini sedikit kelat dan berlemak pucuknya
biasanya kalau balik Kedah mesti ada ulaman ni
Kesan selepas makan ulaman ini dapat dirasa selepas 2-3jam.


Kebaikan dan kesan ulam tenggek burung yg mengamalkannya adalah:
  1. awet muda
  2. ulaman ini bagus utk amalan suami dan isteri
  3. mengecutkan rahim & bagus utk amalam ibu-ibu yang baru lepas melahirkan
  4. menurunkan tekanan darah tinggi
  5. badan rasa segar dan ringan
  6. melancarkan peraliran darah
rupa anak tenggek burung
belum sempat pindahkan ke tanah.

12 comments:

TukangKebun said...

Banyak rezeki burung bawakan.
Syukur Alhamdulillah.

Nastyna said...

macam tak pernah tau la akan pokok ni. now baru tau.

Intan Mazzuin said...

my faveret tapi beli je le ... tak de benih nak tanam ...

paridah said...

poko ni cepat rimbunnya...nampak subur pokok tenggek burung amiiza.

paridah said...

suburnya pokok ni mesti cpt rimbun...

paridah said...

suburnya pokok ni mesti cpt rimbun...

Sha Nazri said...

1st time dgr nama pokok ni..mesti org2 dlu nmpk burung btenggek atas pokok ni..

Kayu Manis said...

knor tak kenal pun pokok tggek burung..
klu jumpa pun agak msih tk boleh cam.. ada bau ker utk kita tau...

bguskan byk khasiat nya..

εïзmmyHazaεïз said...

Haza xpernah makan lagi ulam ni rasanye kak.. Byk khasiat ulam2 kg ni kan kak. Makin luas garden akak :)

Anonymous said...

saya suka makan ulam k.mija...sedapnya mkn ulam ni cicah sambal belacan...hihi

Oh Lady said...

feveret ulam sy ni..kt klang dh susah nk dpt..em teringat dlu2 tlg abh g kebun cr ulam tengek burung..tp skg byk pokok dh xde..

Norihanyusuf said...

Tak pernah jumpa dan dengar lagi pokok ni. Mungkin kat tempat lain, nama panggilan pokok ni lain kut.