Showing posts with label Tenggek Burung & Khasiatnya. Show all posts
Showing posts with label Tenggek Burung & Khasiatnya. Show all posts

October 30, 2014

Pokok Tenggek Burung

Minggu lepas masa balik Muar
mak bekalkan anak benih pokok tenggek burung
mak kata, dekat kebun sawitnya banyak sangat tumbuh
agaknya burung-burung makan bijinya pastu 'membuang' dekat kebun, tu yg tumbuh
wahhh tak sangka pokok tenggek burung nie mudah tumbuh rupanya
pekerja yang petik buah sawit dekat kebun juga siap mintak nak ambik utk di buat benih


Rasa ulaman ini sedikit kelat dan berlemak pucuknya
biasanya kalau balik Kedah mesti ada ulaman ni
Kesan selepas makan ulaman ini dapat dirasa selepas 2-3jam.


Kebaikan dan kesan ulam tenggek burung yg mengamalkannya adalah:
  1. awet muda
  2. ulaman ini bagus utk amalan suami dan isteri
  3. mengecutkan rahim & bagus utk amalam ibu-ibu yang baru lepas melahirkan
  4. menurunkan tekanan darah tinggi
  5. badan rasa segar dan ringan
  6. melancarkan peraliran darah
rupa anak tenggek burung
belum sempat pindahkan ke tanah.