Rutin pagi sebelum pergi ke pejabat adalah memberi makan anak-anak bulus, menjemur pakaian dan seterusnya kalau sempat menjenguk anak-anak daun hijau saya yg tak seberapa tu :) Banyak jugak nak kena bahagi-bahagikan kasih sayang setiap pagi hehehehehhe....
Pagi tadi, tengok pokok bendi dah semakin banyak buahnya, maka saya luangkan masa untuk memetik buah-buahnya, Kalau tak petik, kacang bendi cepat tua....dalam seminggu biasanya boleh 2-3 kali petik, kdg-kdg tak terkejar nak petik sebab tak ada masa, hanya hujung minggu sahaja boleh mengutip buahnya.
Pada asal saya menanam kacang bendi sebab semasa saya menyusukan anak-anak saya, salah satu amalan memakan sayur yg boleh membanyakkan air susu adalah kacang bendi dan juga dapat mengurangkan sakit sendi@lutut , awet muda serta menguatkan daya ingatan & kecedersan otak untuk anak-anak. Sangat banyak khasiatnya kacang bendi ini, tak rugi di jadikan sayur harian dan mengamalkannya.
Khasiat yg lain boleh google:
Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya
memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji,
akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan
pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan
masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan
bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan
sakit kerongkong.[1] Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
6 comments:
wah bestnya.. i love bendi :-) baru tahu blh bykkan susu ye kak. hihi.. lama juga xsggh blog akak ni..
terima kasih bagi info. lepas ni nak makan bendi banyak2. buat ulam pun sedap.
uwaaaa bestnya, kena ajar anak2 makan. kalau tak papa jerk yang makan cicah budu, patut la otak papanya yg cerdass hahahaha.
uwaaaa bestnya, kena ajar anak2 makan. kalau tak papa jerk yang makan cicah budu, patut la otak papanya yg cerdass hahahaha.
knor kerap beli bendi..suka rebus mkn dgn sambal bel...muah..muah
Byk khasiatnya yer.. boleh rawat biskut?? Kena cuba nie..thanks 4 sharing infor nie..=D
Post a Comment