Showing posts with label Gardening. Show all posts
Showing posts with label Gardening. Show all posts

October 20, 2014

Sabtu@Aktiviti pokok-pokok hijau

Rasa macam monday blues
mood tertinggal dekat rumah
bosannya....lemaunyaaa....

Aktiviti hujung minggu membelek pokok-pokok
limau kasturi kena makan dengan ulat goggok...gemok-gemok pulak tu ulat tu
padanlah makin lama pokok limau tu makin kurang daunnya
rupanya sedap depa makan daunnya...
sebelum ni tanam, pon habis mati jugak
 habis daunnya kena makan dengan ulat ....dari mata kasar memang tak nampak sebab sama warna dengan daun limau...
 Gemok ulat gogggok nie....dang mati kena sembur dengan ridsec
terpaksa potong semua pokok bendi & terung nie...banyak kena makan ulat dan kumbang.

pokok bendi dan terung semua dah cantas pendek.....
semai baru anak pokok bendi
Pokok Jagung nie dua pokok aja yg dah membesar, yg lain masih baby lagi:)
Rezeki Ulat
Cik Lily Putih

October 16, 2014

Adenium

Belek-belek adenium petang semalam
rasanya dah lebih 2 minggu bunganya tak kembang-kembang
terbantut ker? pelik jugak...

 dah 2 minggu bunganya tak berkembang, kuncup jerk...

mahalnya pokok adenium nie kat nesery sekarang. Adenium nie tanam masa kat rumah lama...tinggal 3 pokok jerk yg masih hidup, yang lain semua dah arwah....
yang nie elok kembang tak cacat mcm yg kat sebelah tu :)


October 15, 2014

Berkebun Dikala Menjelang Senja

tajuk punyalah kan...tanah ciput jerk pun ...hehehhehehhe
gigih semalam balik dari opis awai kononnya nak tgk pokok-pokok hijau
sampai rumah allysha sibuk nak makan
gitu gini siapkan makan allysha, hari dah nak gelap jugak

tak boleh buat aktiviti berkebun gamaknya
kononnya nak tanam benih bunga matahari
tak sempat, hari dah gelap
sempat tanam herba nie, tapi tak ingat apa namanya (IDnya)
beli dekat pasar tani, MARDI Serdang
khasiatnya bangus utk wanita yang mengamalkannya (utk dalaman) makan buat ulam

Makan buat ulam utk dalaman kaum wanita
Pokok bunga nie dah kering sebab tinggal lama masa raya, smlm tengok baru perasan dia tumbuh yg baru....alhamdullilah...suka sangat :):)

Beli benih bunga matahari ni beberapa minggu yang lalu. Mahal betul sampai RM10.90 (nangisss).....minat punya pasal sanggup....Mengantikan benih bunga matahari yg dibeli dekat pesta flora Putrajaya. Hilang entah kemana, lupa letak kat mana....cari-cari tak jumpa sudah....
Ini bunga matahari yang kazen saya tanam, cantikkan. Dia tinggal di US. Ambik dekat fb dia sebab tertarik tengok bunga matahari kat sana, besar-besar saiznya....
tak sempat kazen saya nak petik dan buat kuaci, cik tupai lebih cepat dari tuan tanah...hehehhehe....
Amboi budak comel bukan main sedap makan kuaci fresh ya....:)
Anak bulus mintak keluar....muka pon dah masam dak soyi nie...tak boleh sayang...dah senja....nanti habis bulu kotor....tak ingat nak balik kalau dah berjalan.....

October 9, 2014

Minggu Ini @ KisahTanaman Hijau

Pagi tadi hati berbunga-bunga bila bunyi katak bersahutan dekat luar rumah
dalam hati, yeahhh nak hujan tapi sampai skrg tak hujan pon...panas :)
bagus jugak pokok-pokok kena hujan, cepat membesar dan nampak hijau
serta nampak segar bila kena hujan
sekarang nie tengah tanam jagung pulak
tapi tak banyak...ada yg dah tumbuh ada jugak yg tak tumbuh
pokok jagung yg tanam kat tanah membesar elok, tp yg tanam dekat pasu semua macam malu-malu nak tumbuh...huwarghhhhhhhhh......pokok kangkung tu senang hidup...tak der sapa nak makan...selalu cabut buang bila dah merayap terlalu banyak.....budak-budak nie kurang makan sayur, bila goreng kangkung mama dgn papa jerk yg makan.....

kacang bendi minggu nie tak sempat nak petik
semalam petik 3-4 biji & sebiji terung utk dimasukkan dalam kari ikan siakap
banyak yg dah tua, tak lama lagi keringlah si kacang bendi kat pokok tu jadi benih
sapa nak boleh emailkan address ya...nak bagi free jerk benih kacang bendi....

daunnya kena makan serangga....buruk.....:(
semalam sempat belek-belek pokok-pokok
paling menyedihkan, pokok terung kena serang serangga
macamana nak buat? kena sembur ridsect ke?
tanam pokok terung adalah dalam 5 pokok aja
beberapa bulan yg lepas terpaksa potong semua pokok-pokok terung nie
sebab nak elakkan kutu putih tu menyerang dan makan pokoknya
juga takut merebak ke pokok lain
alhamdullilah dah tumbuh semula, dah naik elok pokoknya dan dah berbuah.

tapi semalam petang tengok macam ada serangga yg makan daun terung nie sampai buruk
mcamana nak solvekan problem nie?
ulat pon dah menyerang, ulat-ulat ni tengah sedap makan kacang bendi.....
terung panjang pon dah tua....buat benihlah jawabnya...

beza daun yg sihat dengan daun yg tak sihat mcm dekat atas nun
Pokok Pisang Lemak Manis
Pokok Pisang tanam dekat luar rumah dah naik sikit, ini pisang lemak manis namanya
ambik benih dekat rumah lama, tanam dekat rumah Cbj pulak
jenuh jugak pokok pisang nie nak hidup
hari tu kena mesin dengan bangla (tukang mesin rumput)
habis togel, sekarang baru membesar semula

pokok kelapa nie memang tak der umur nak hidup
anjing agaknya yang suka meleset dekat pokok kelapa ni
kalau kat kampung boleh jugak terima akal, sebab kambing yg suka buat kerja mcm nie
tapi kalau kat dalam taman buat macam nie....memang sah ler anjing yg empunya kerja kot

ini pulak angkara anak-anak bulus
eiiii...depa dah mula membuat onar, mcm nak nangis tengok
nak kena cubit pipi sekor-sekor nie kang
habis dikoreknya tanah pokok cekur yg baru pindahkan kepasu lain
depa korek dah semakin dalam....hari-hari dikorek.....memang boleh mati cekur nie
selalunya hobi mengorek tanah ni si LV, dia suka korek kat satu sudut sampai tanah tu lubang besar
yg ni tak tau sapa punya kerja..... LV kot hehehheheheh....
ini pon sama, angkara anak bulus......habis dah tempat tu jadi tempat membuang air kecil mereka, mati si RJ yg dekat area situ.....botak dah nampak tanah dikerjakan......

dalam pada membelek pokok-pokok yg layu tu....ehhhh ada gak keluar bunga si pink nie...si putih tak keluar plak bunganya ..selalunya sepasang sedondon.....nama bunga nie tak taulah apa namanya...rain lily kot...dah tak ingat....dulu masa aktif dekat forum-gardening, bukan main sakan menanam dan mengingat ID bunga-bunga nie....skrg tinggal saki baki jerk......

September 28, 2014

Aktiviti Sabtu@ Pokok Cekur

salah satu aktiviti petang sabtu, memindahkan cekur yang dah penuh kedalam pasu lain
masa pindah rumah hari tu cekur-cekur yg tanam dekat rumah lama bawak kerumah baru tak berapa rasi....
tp alhamdullilah skrg nampak ok...

ajar ali iqbal lubangkan kotak polistrin nie utk laluan air
Siap lubang-lubangnya
cekur dalam pasu dah hampir penuh, ambik beberapa ubinya utk alihkan ke pasu lain. Khasiat daun cekur utk ibu-ibu menyusu adalah utk membanyakkan air susu, sepanjang bf anak-anak pokok cekur inilah menjadi ulaman utk membanyakkan air susu...sedap baunyaaa...segar....
tanam ke pasu panjang
dalam bekas putih polistrin
dekat tanah pon ada juga tapi belum membiak sepenuhnya....tanam masa awal tahun hari tu...tk sabar nak tgk cekur nie membiak rata....:)

September 25, 2014

Rose Jepun@ Nona Singapura Pelbagai Warna

Rose Jepun atau panggilan lainnya Nona Singapura
Arwah Tok Ju & Nyai dulu, panggil bunga pukul 10

Hujung minggu yang lepas, akhirnya saya berjaya mengambil gambar dan mengumpul pelbagai warna RJ yang saya tanam, sebelum nie saya tak kisah sangat warnanya bila berbunga tp bila tak ambik gambar pastinya akan lupa koleksi yg dah ada dengan yg belum ada. Masih banyak lagi warna dan bentuk daun yang berbeza yang belum ada dalam koleksi saya.


Ambil gambar setiap warna bunga comel nie sebab nak simpan untuk rujukan, so lepas ni kalau nak beli kat nesery dah boleh agak nak beli kaler yg belum ada dlm simpanan lagi.

ok....letak beberapa gambar jerk....penuh dgn photo takut berat blog nie....
RJ kesayangan....setiap hari melihat RJ nie tak pernah jemu.....betapa cerianya RJ nie.....





September 24, 2014

Pagi@ Memetik Kacang Bendi + Khasiatnya

Rutin pagi sebelum pergi ke pejabat adalah memberi makan anak-anak bulus, menjemur pakaian dan seterusnya kalau sempat menjenguk anak-anak daun hijau saya yg tak seberapa tu :) Banyak jugak nak kena bahagi-bahagikan kasih sayang setiap pagi hehehehehhe....

Pagi tadi, tengok pokok bendi dah semakin banyak buahnya, maka saya luangkan masa untuk memetik buah-buahnya, Kalau tak petik, kacang bendi cepat tua....dalam seminggu biasanya boleh 2-3 kali petik, kdg-kdg tak terkejar nak petik sebab tak ada masa, hanya hujung minggu sahaja boleh mengutip buahnya.

Pada asal saya menanam kacang bendi sebab semasa saya menyusukan anak-anak saya, salah satu amalan memakan sayur yg boleh membanyakkan air susu adalah kacang bendi dan juga dapat mengurangkan sakit sendi@lutut , awet muda serta menguatkan daya ingatan & kecedersan otak untuk anak-anak. Sangat banyak khasiatnya kacang bendi ini, tak rugi di jadikan sayur harian dan mengamalkannya.

Khasiat yg lain boleh google:

Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.[1] Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

Hasil petikan kacang bendi pagi tadi
 tengah berbunga
kacang bendi yg dah tua, biarkan dia kering dekat pokok nanti boleh buat benih.
pokok-pokok bendi ni baru lepas cantas sebulan yg lalu, skrg dah naik cantik dan berbunga mcm biasa.

September 23, 2014

Jambu Bol@ Anak Benih

Menanam pokok adalah kegemaran saya pada waktu lapang. Boleh leka duduk dekat luar membelek anak-anak hijau....Pokok yg saya tanam berdasarkan pokok-pokok yang pernah saya tengok ketika saya membesar waktu kecil dahulu contohnya tok ju/ nyai menanam pelbagai pokok sekeliling rumah, bila saya teringat kegemaran beliau, maka sekarang sayalah penyambung menanam pokok kegemaran beliau. Rindu dekat mereka berdua....

dua bulan lepas, saya telah meminta seorg rakan untuk membelikan buah jambu bol, dengan harapan dapat makan buahnya. Sebab buah jambu bol dah lama pupus, ketika  zaman kecil, saya pernah memakan buah tersebut. Pokok yg ada dekat rumah nyai sudah ditebang, maka ia hanya tinggal kenangan meningatkan kepada buah tersebut.

Tapi sedihnya bila sampai ke tangan saya sudah pon rosak@bonyok.....salah saya juga sebab tak ada masa nak pergi ambik. Tapi saya ambik jugaklah buah jambu yg dah bonyok tu.....balik rumah saya bersihkan dan semai, semai setiap satu pot satu biji.

Dengan cuaca yang agak panas ketika bulan puasa dan cuti yang lama @ ketika hariraya aidilfitri maka semua semaian saya mati. Ada satu pot yg masih berdaun juga sudah tidak bermaya ketika saya sudah pulang kerumah selepas raya. Setiap hari disiram, lama kelamaan semaian itu kembali tumbuh dengan baik.

Ini buahnya: selepas dikupas bersih, untuk di semai.

semaian ini kembali tumbuh selepas disiram setiap hari, alhamdullilah

dah sedikit meninggi, moga pokok jambu ini pjg umur

Gambar Ini buah jambu bol: dari google


INFO Pasal Jambu Bol
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jambu_bol

Jambu bol atau dikenali dengan nama jambu kepal dan jambu merah adalah tumbuhan dari famili Myrtaceae. Jambu ini tidak sama dengan jambu air. Jambu bol dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia tetapi taburannya kini boleh didapati di India, Asia Tenggara hingga ke Kepulauan Pasifik. Ia juga ditanam di sekitar Amerika Tengah dan Amerika Selatan.