April 17, 2014

Breakfast & Bekalan ke Sekolah

sejak dah pindah rumah 
barulah ada masa ali iqbal, aqish,  papa duduk minum pagi kat rumah
kalau dulu, selalu breakfast dalam kereta
lepas htr kakak icha dan ali, breakfast bertiga dengan aqish kat kedai
mana taknya pukul 6.30 pagi dah keluar rumah
sebab nak elakkan jem dekat SK
kelam kelibut hidup mengejar masa
alhamdullilah skrg dah stabil dan ada masa utk manage banyak perkara
yang penting tak terkejar-kejar seperti sebelum ini

bila dah pindah sini, pukul 7.30am ali & aqish baru nak breakfast
ada masa utk santai makan segala dekat rumah
masih ada masa utk berborak selepas bangun pagi
dah semakin besar, kakak ichaa lebih suka bawak bekal
tak suka breakfast kat rumah
tak suka beli makanan kat kantin
so, hari-hari mama akan masak breakfast dan lunch
siap semua masak waktu pagi
sebab semua balik lunch dekat rumah
so, tak perlu nak bersempit-sempit kat kedai makan, nak cari meja kosong 
nak beratur ambik makanan. dah jimat masa.

cepat masa berlalu dah hari khamis.....rasa lega bila dah khamis sebab sabtu dah cuti 
yeahhhh...hari utk merehatkan diri dan menumpukan ke produk mama plak.

List breakfast minggu ini, selalunya menu adalah dari Allysha yg cerewet. Adik-adik ok jerk. Mama tak breakfast yg berat-berat, biskut crackers 2-3 keping dah cukup setiap hari.

Isnin: Nasi goreng 
Selasa: Spagetti Cabonara
Rabu: Mee Goreng udang
Khamis: Sandwich Hotdog Cheese Telor Salut Nestum
Jumaat: Sandwich Telor

Cukup Menu utk minggu ini, minggu depan kena tanya allysha menu apa plak. Seronok betul anak-anak skrg....macam-macam request nak makan ikut citarasa.....

Tadi allysha bagi tau kawan dia ada yg merajuk sebab tak sempat nak rasa bekalan allysha. alahai.... sandwich hotdog cheese memang ramai peminat ....






No comments: