April 8, 2010

Dugaan anak-anak kurang sihat

Alhamdullilah, setelah 7 hari ali iqbal + balqish kurang sihat (muntah+cirit+demam), hari nie mereka beransur sihat sedikit demi sedikit. Hati mama sangatlah risau, melihat mereka tidak bermaya beberapa hari.


JUMAAT 2/4/2010
Tahun ini 2010, sudah lama allah tidak menguji sebegini, tapi tahun ini allah menguji mama & papa bersengkang mata tidak tidor malam menjaga anak-anak mama yang kurang sihat. Rasanya sudah lama mama & papa tidak merasa detik sebegini, last tidak tidor malam masa kakak allysha kecil, keluar masuk hospital demam segalanya, sampailah usianya 3 tahun lebih, selepas dari itu allah memberi kesenangan menjaga anak-anak mama hinggalah saat ini. Dah hampir 5 tahun, allah memberi kesenangan menjaga/membesarkan mereka dengan tanpa ada kesakitan yg teruk-teruk.

Tapi tahun ini allah menguji mama & papa, mungkin ini satu peringatan, bila berada didalam kesenangan kenalah ingat waktu kesusahan, berjaga malam menjaga mereka yg tak sihat. Terima kasih ya allah, kerana kau mengingatkan aku erti kesusahan, amin!

Pagi jumaat, ali muntah jam 3 pagi, terkejut mama bila allysha tiba-tiba bangun...sambil berkata 'eiiiii ali muntah kat kakak....bluweeeekkkkkkk' terus dia bingkas bukak baju, mandi. Semua terbangun, cadar kena tukar segala, sambung balik tidor.

Pagi tengah bersiap-siap nak pergi kerja+sekolah, tiba-tiba ali muntah lagi....alamak, ini virus! emmmm sapa yg kena el nie? mama ke papa? alahai papa tk blh cuti ths week, dia keja europe time, ada banyak benda plak kat office dia ths week. papa boleh jaga setengah hari jerk.....emmm, nampaknya mama kena el......selepas hantar kakak pergi school & balqish pergi nesery, bawa ali ke klinik berhampiran, memandangkan dr. afifah tak ada hari nie. Maka plan nak jmp dr. afifah adalah esok hari. Mama kalaou anak-anak tk sihat, mama lebih suka refer dkt paed kesayangan kami nie....dah 8 tahun dr. afifah bersama kami.

Macam-macam ubat doctor bagi, naik pening mama nak hafal satu-satu......lepas masuk ubat muntah melalui punggong, balik rumah ali muntah lagi....kasi ubat makan plak, time nie ali dah tak lalu nak makan & minum, melepek jerk. Sampai ke petang, mama nak suap bubur, dia tak mou, minum air jerk, minum pun dia muntah semula....malam, pujuk-pujuk baru nak makan,makan pun keluar semula.....sampailah kemalam, bg 100plus pon sama.....muntah semula. Dah naik lembik ali.

Petang papa ambik aqish dari nesery, nampaknya aqish pon dah ada simpton-simpton sama macam ali....dah start muntah-muntah. Malam bawa pergi kpmc, jumpa doc biasa. Emmm...macam-macam ubat dibekalkan. Selepas masuk ubat muntah melalui punggong, dlm 45minit baru boleh minum/breastfeed. Sampai rumah dah pukul 12.30 mlm, kasi ubat-ubatan yang doc bagi kat ali....berat hati mama nak kasi aqish makan ubat, dlm usianya dah 10bulan lebih, ini pertama kali mama kasi ubat demam & ubat-ubat lain, jauh disudut hati, mama tak sanggup nak bagi, tp takut melaratlah plak dengan muntahnya+demamnya.

SABTU 3/4/2010
Hari nie call dr. afifah, alamak dia tutup klinik :( dia di luar malaysia. Aduhhhhh macamana nie?

Hari nie tak banyak perubahan kat anak-anak, ali masih lemah.....minum air keluar semula, minum keluar...makan pon keluar....kesian dia. Macam-macam air keluar masuk dlm perut, habis keluar semula....suap bubur+sup pon keluar semula. 100plus + yakult juga sentiasa sua kat ali.

Balqish, better sket mungkin sebb dia breastfeed, walaupun dia muntah, tapi minum balik cepat-cepat disamping minum air masak. Makan pon bolehleh sikit-sikit. Cuma badan agak panas, nasib dia jenis tak merengek-rengek, lega hati mama. Dah 2 kali makan ubat demam mengikut masa yg ditetapkan, tapi langsung tak kebah. So, mama buat keputusan utk stop semua ubat-ubatan, mama gunakan cara yg mama selalu buat utk anak-anak mama yang lain, mandikan aqish kerap setiap 3 jam sekali. Last aqish mandi dalam pukul 11 mlm. lepas pukul 1 pagi, nampak sejuk dah badan dia...alhamdullilah.

Ubat untuk ali masih continue lagi, tapi langsung tak der perubahan....memang HAMPEH!!! Ali dah nampak dehydration.......Malam hingga ke pukul 3am papa monitor ali, mama monitor aqish.


Ali yang tak larat, hari ke-2.

AHAD 4/4/2010
Hari nie tengok anak-anak nampak ada perubahan sikit, demam dah kebah walaupun masih melepek baring disebabkan muntah+cirit, aqish dah start cirit. Ali belum ada selera makan, suap sikit nasi ayam+sup, bolehlah dia makan...tp dia kata sakit perut, mungkin sebab angin dlm perut kot, asyik muntah jerk. Air kerap bagi kat dia, tiap kali muntah, mama kasi semula air, ganti semula yg hilang. Ubat masih continue lagi. Tapi entahlah.....macam tak der kesan apa pon. Aduhhh lambatnya dr. afifah balik :(

ISNIN 5/4/2010
Pagi-pagi lagi mama dah call klinik, tanya dr. afifah....emmmm sedih dia tak masuk hari nie, aduhh penantian satu penyiksaaan. Hari nie kena bawak mereka pergi klinik lagik, ubat-ubat yg ada langsung tak berkesan, HAMPEH!!!!....call dr. saiful, dia pon tak der jugak....arghhhhh...mana lagi nak cari paed berdekatan nie??? dr. kamarudin jauh kat bangsar, tak boleh nak pergi sebb kejar masa. Kalau pergi bangsar/colombia sure lambat, dengan nak ambik allysha dr sekolah lagik, papa ada meeting lagik.....mcm ribut sana sini...terkejar-kejar.

Keputusannya pergi klinik yg berhampiran, explaination macam bagus, ubat-ubatan selambak doc tuh bagi, tapi resultnya juga HAMPEH!!!HAMPEH!!!!...kat area rumah ni tak der klinik kanak-kanak tu masalahnya......kami dah bersama dr. afifah selama 8 tahun lebih, kalaou sakit demam, memang terus pergi jumpa dia. Emmmm bila dia tak der, kena carik backuplah lepas nie.....klinik biasa memang langsung tak membantu.

Selepas balik dari klinik, mama siapkan bubur+sup utk mereka, lepas suap makan, dalam pukul 3.30ptg makan ubat kedua-duanya. Habis makan ubat, mama bagi mereka tidur, ya ampon, lama betul anak-anak mama nie tidor.....aqish sampai tak boleh nak bukak mata, tidor sampai ke malam...kejut-kejut bangun sekejap, pastu nampak letih sangat, balqish sambung tidur semula. Aikkkkkhhh apasal dua-dua budak nie sama jerk.......ubat apa nie sampai budak-budak nie tak bermaya letih sampai ke malam. Dadah apa kuat sangat nie? Mama stop semua ubat-ubatan tu...malam tiada ubat lagi. Ali still continue 100plus+yakult.

SELASA 6/4/2010
Pagi nie lepas hantar allysha pergi sekolah, papa call dr. afifah, tp nurse tu ckp tak sure lagi samaada dia masuk atau tidak. Dalam pukul 8.30am, mama call plak, alhamdullilah dr. afifah masuk klinik hari nie, lega sangat-sangat...penantian berakhir juga. Bersiap-siap ke klinik. Balqish cirit lagi, ali dah agak stabil sedikit.....dia dah boleh bangun, siap cari yakult dalam fridge.....pagi-pagi tuh....nak halang kang mengamok, ikutkan jerk...

Sampai kat klinik dia muntah, balqish pon sama.

Jumpa dr. afifah, emmm....ali sangat-sangat kehilangan air banyak. So, dr. afifah bg 24 jam utk pulihkan keadaaan semula (kalau tidak sila bawa kain baju yer mama, ayat lazim dr afifahlah tuh...sejak dr. allysha lagik). Segala ubat-ubatan yg dapat dr. doctors sebelum nie, dr afifah kata tak perlu, boleh buang sebab ubat-ubatan itu membuatkan anak-anak mama lagik worse, bukan memulihkan mereka. EMmmm....salah satunya adalah antibiotik, ini juga buat perut mereka lagi cirit+muntah.

Ubat-ubatan yg dr. afiah bekalkan hanyalah:

ali - t.pribiotik (1kali sehari+campur dlm susu)
balqish - t,pribiotik +smecta (1kali sehari)

utk anak-anak yg cirit, elakkan bagi makan:
  • sayuran hijau
  • buah buahan
  • makanan berminyak/bercream
makanan yg boleh diambil:
  • yakult utk cuci perut
  • bubur
  • sup tanpa minyak
  • kentang
  • 100plus
Untuk balqish dr. suggest tak perlu makan ubat, breastfeed sebanyak mungkin. Dr. tak mou ada ubat dalam badan balqish, kalau boleh biar antibodi dia melawannya. Smecta bolehlah kasi utk cuci perut dia. Untuk ali, kalaou dia mou ebm mama, lagi bagus....itu cadangan dr. afifah.

Lepas balik dari klinik, bergegas ambik allysha...ptg nie papa ada meeting, dua minggu nie papa memang tak boleh nak cuti...banyak benda kat office, nak-nak byk deal dgn staff europe....huuhuhuhu mama el lagi hari nie, tq kat boss mama yg memahami keadaan. Balik, mama suap mereka makan, lepas makan balqish tidor, ali dah agak cergas sedikit....petang mama masukkan t.pribiotik dalam susu ali, tak lama lepas tu muntah selambak lagi.....adehhhhlah....habis semua yg dia makan keluar semula. Kasi 100plus dia dah tak mou, yakult pon dia tak mou.... tiba-tiba mama teringat kat FD, mama tanya dia, ali nak FD tak? dia angguk....arghhh lega sangat, mama bancuhkan FD dlm botol, dia minum....habis setengah botol, harap-harap tak muntah....tunggu lama....lega sangat dia dah blh control tak muntah. Habis sebotol.

Malam mama suap makan nasi+sup, banyak dia makan.....lega hati mama, nampaknya dah tak muntah....bagus-bagus......dia mintak lagi air FD. Utk botol yg ke-2. Ada perubahan sampai tengah malam, dia tak muntah dah....mama bagi vit c, nasib dia mou makan. Vit c +FD fungsinya utk mencuci perut/buang toksik/minyak-minyak.

Balqish kerap cirit, mama bancuh smecta habis jugak satu cawan, cuma mama agak pelik kenapa kaki tangan sejuk nie? ishhhhh apasal nie?.....

RABU 7/4/2010
Hari nie mama plan nak halfday, boss pon dah sms tanya masuk opis tak sebb dia pon dah on the way. Tapi bila dah sampai pukul 11am, kesian tengok anak-anak tak fully recover, mama tak jadi nak half day, mama el teruslah hari nie. TQ kat boss mama yg memahami keadaan :)

Ali nampak ada progress, dah cergas....suara pon dah kuat, dah boleh main-main, jerit-jerit sikit, kacau-kacau aqish...dah nak itu ini.....makan pon dah ada selera, alhamdullilah. Mama masih continue bagi FD. Ubat t.pribiotik sehari sekali dalam susu.

Untuk balqish, mama bg sikit jerk smecta, habis secawan, mama bg air masak+bf sebanyak mungkin, still cirit, muntah dah kurang dlm sekali jerk.

Malam ali dah semakin cergas, alhamdullilah. Balqish jerk mama risau, kaki tangan sejuk.....kenapa nie? emmmm.....esok mama plan nak pergi urut kat nenek yah.

KHAMIS 8/4/2010
Hari nie mama dah pergi kerja, tinggal balqish kat nesery. Ali duduk rumah dgn papa sampai tengahari, ptg dia pon kena duduk nesery gak. Lepas ambik allysha dr. sekolah, terus pergi rumah nenek yah, urut balqish. Emmm...nenek kata, balqish demam urat, sebab tu sejuk kaki tangan. Lepas mengurut, hantar semula balqish kat nesery. Lepas tu hantar ali kenesery jugak.

Harap-harap semuanya akan berakhir dengan kembali sihat anak-anak mama, kembali ceria, minggu nie minggu untuk pemulihan mereka, ali dah nampak sihat, selera makan dah kembali, syukur :) balqish jerk belum berapa sihat sangat, harap-harap cepatlah sembuh seperti sediakala, amin! Berat pon turun banyak ali & balqish...kurus sangat dah mama rasa.

Anak-anak tak sihat, mama & papa pon jadi kelam kelibut, berat badan pon macam dah turun....macam ribut papa, sana sini...dengan allysha sekolah, dengan kerja lagik.....semua ini ujian, sesekali allah memberi ujian untuk beringat bila kita dalam kesusahan.



dr. afifah......yg banyak berjasa kepada kami sepanjang 8 tahun lebih ini.

Balqish sehari sebelum kurang sihat. Masa nie dia 1st day kat nesery baru.

2 comments:

ceklala said...

kesian kat anak2 ko mija...
tp alhamdulillah... hrp2 drg dh sehat sepenuhnya.. ko pon jaga diri elok2.. kesihatan ko kena jaga jugak..

aku pon risau gak ni.. skang virus dah mcm2...tp anak2 aku alhamdulillah... buat masa ni drg xde la sakit demam yang teruk... syukur...

Take care mija... n thanks for the info... ermm.. nk tnya.. FD tu mcm air garam ke??

Unknown said...

Salam,

cemas giler saya baca entry akak ni.

soalan: if akak tak bagi anak akan makan 'ubat dadah' sebelum ni, masa depa sakit dulu, akak buat camner ye?
macam kalau demam, batuk?

kongsi la... saya risau Eiman dok batuk-batuk... TQ