PENYIMPANAN SUSU IBU YANG DIPERAH
- sediakan bekas yang bersih, yang bertutup menyimpan susu ibu. bekas perlu dicuci dengan air panas bersabun.
- ibu boleh memerah secara terus kedalam bekas tersebut.
- simpan hanya kuantiti susu yang diambil oleh bayi pada setiap penyusuan kedalam satu bekas.
- jika ibu menyimpan beberapa bekas susu di satu tempat, setiap bekas hendaklah di labelkan dengan tarikh, ibu perlu menggunakkan susu yang di perah terlebih mengikut tarikh terdahulu.
- simpan susu di dalam fridge.
- untuk proses pembekuan, tinggalkan sedikit ruang bekas tersebut.
- gunakan susu sebelum tempoh selamat penyimpanannya:
- suhu luar/dlm bilik 4 jam
- peti ais suhu sejuk biasa- 24-48jam
- pembeku dua pintu - 2 minggu
- pembeku sejuk pada suhu 20' selama 6 bulan
- freezer 1 tahun
CARA PENYUSUAN SUSU IBU
- jika hendak memanaskan susu, letakkan di dalam bekas yang berisi air suam. JANGAN panaskan susu di atas dapur gas, api / mikro.
- hanya panaskan kuatiti susu yang hendak diminum untuk satu sessi penyusuan. susu ibu tidak boleh disimpan semula sebaik selepas dipanaskan.
- lapisan lemak susu akan terpisah daripada komponennya. goncangkan secara perlahan-lahan untuk menyatukan lemak susu dengan komponennya.
(dipetik dari brocure hospital pantai, bangsar)
No comments:
Post a Comment