September 24, 2014

Pagi@ Memetik Kacang Bendi + Khasiatnya

Rutin pagi sebelum pergi ke pejabat adalah memberi makan anak-anak bulus, menjemur pakaian dan seterusnya kalau sempat menjenguk anak-anak daun hijau saya yg tak seberapa tu :) Banyak jugak nak kena bahagi-bahagikan kasih sayang setiap pagi hehehehehhe....

Pagi tadi, tengok pokok bendi dah semakin banyak buahnya, maka saya luangkan masa untuk memetik buah-buahnya, Kalau tak petik, kacang bendi cepat tua....dalam seminggu biasanya boleh 2-3 kali petik, kdg-kdg tak terkejar nak petik sebab tak ada masa, hanya hujung minggu sahaja boleh mengutip buahnya.

Pada asal saya menanam kacang bendi sebab semasa saya menyusukan anak-anak saya, salah satu amalan memakan sayur yg boleh membanyakkan air susu adalah kacang bendi dan juga dapat mengurangkan sakit sendi@lutut , awet muda serta menguatkan daya ingatan & kecedersan otak untuk anak-anak. Sangat banyak khasiatnya kacang bendi ini, tak rugi di jadikan sayur harian dan mengamalkannya.

Khasiat yg lain boleh google:

Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.[1] Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

Hasil petikan kacang bendi pagi tadi
 tengah berbunga
kacang bendi yg dah tua, biarkan dia kering dekat pokok nanti boleh buat benih.
pokok-pokok bendi ni baru lepas cantas sebulan yg lalu, skrg dah naik cantik dan berbunga mcm biasa.

6 comments:

Suliana said...

wah bestnya.. i love bendi :-) baru tahu blh bykkan susu ye kak. hihi.. lama juga xsggh blog akak ni..

mardiana said...

terima kasih bagi info. lepas ni nak makan bendi banyak2. buat ulam pun sedap.

Nieza Ishak said...

uwaaaa bestnya, kena ajar anak2 makan. kalau tak papa jerk yang makan cicah budu, patut la otak papanya yg cerdass hahahaha.

Nieza Ishak said...

uwaaaa bestnya, kena ajar anak2 makan. kalau tak papa jerk yang makan cicah budu, patut la otak papanya yg cerdass hahahaha.

Knor said...

knor kerap beli bendi..suka rebus mkn dgn sambal bel...muah..muah

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Byk khasiatnya yer.. boleh rawat biskut?? Kena cuba nie..thanks 4 sharing infor nie..=D