October 27, 2010

Pemakanan Mama@ Untuk Lili

Entry khas buat lili :)

Ibu-ibu yang masih dalam pantang
susunya tengah banyak
maka kenalah banyak merangsang
bf dan juga mengepam
rebut peluang didalam pantang
yg sangat emas bg mama

Kalau rajin selak page belakang-belakang 2008/2009/2010
ada mama share cara pemakanan mama
macamana mama buat air pengaga
macamana nak masak halba+beras
macamana nak buat sup ikan merah
macamana nak buat jus karrot putih+merah
macamana mama buat sup lobak putih (tanpa rasa hanyir/maung)
supplement asas utk ibu yg menyusu (yg disarankan oleh pak mid)
doa ibu menyusu
dan banyak lagi

salah satunya sprt:  INI
dan INI JUGA (tp cara ini boleh aja di adjust ikut kesesuaian msg-msg)

Pemakanan untuk ibu-ibu menyusu
adalah 6 kali utk 1 hari
sentiasa makan makanan yang membanyakkan air susu
jangan mudah berputus asa
bila kita makan tapi rasa 'hasil'nya kurang
rasa mcm tak banyak
jgn putus asa
sentiasa makan makanan yg membanyakkan air susu
perlu diteruskan
biarkan ia sebati dalam bdn
dari hari ke sehari

pengepaman yg kerap juga penting
TARGET juga penting
tiada 'ubat' yg mujarab
untuk membanyakkan susu kita
kecuali dgn pemakanan, pengepaman, pengurutan
dan sentiasa berpikiran positif


stok kurma ini sejak dari pregnant
mama amalkan sampailah skrg
kalaou ada stok air zam-zam pon bgs diamalkan
mama minum seteguk sehari bersama selawat dan doa al-baqarah 60'.
juga 3 gelas susu sehari


ini jerklah cara mama
untuk mencapai TARGET.

moga kita berjaya
susu kita cukup utk 2 thn
dan sentiasa  berpikiran
susu kita tak pernah susut walaupun usia anak
semakin meningkat
dari bulan ke bulan

yang mungkin susut sedikit
adalah semangat dan kdgkala
kemalasan yg melanda untuk mengepam
maka bila kemalasan melanda
maka susutlah juga hasil perahan kita
itu adalah lumrah
maka kita kena sentiasa bersemangat
semangat utk diri sendiri
semangat utk bekalan anak

peluang istimewa ini hanya sekali
yg allah beri kepada kita
maka kita gunakan peluang ini
dengan bersungguh-sungguh
untuk menyusukan sikecil kita :)

6 comments:

az rina a.k.a jaijina said...

alhamdulillah, seronok tgok semangat kak mieja..kalau skang ni rina tak boleh nak hit target, insyaallah 2nd baby nnti rina kene sunguh²..nanti kak mieja tunjuk ajarlah ye :)

~SHiLA~ said...

ok..da smgt balik..hehe
da beli kodial alfalfa..ntah bile nk try xtawu la :p

Anonymous said...

Dear Kak mieja,

Nak tumpang tanya, akak pegi mengurut kat mana? Saya stay area bangi.

cik puan akish said...

semuge suksess kak...nnti akan kurujuk disini utk next bby..:)

Zaidah said...

mieja buat zai bersemangat waja untuk terus dan berusaha menambahkan pendapatan susu zai nie...terima kasih mieja

EIJAM'S FAMILY said...

alhamdulillah suka tgk blog akak sangat2 memberi semangat utk ibu2 menyusukan anak.. mmg akka yerk blog panduan saya..suke tengok susu akak yang melimpah ruah tue.. rezki anak2 akak..