Tak habis lagi citer pasal lobak putih....hehhehehehhe...
Nie 'rahsia' mama untuk kekalkan makan lobak putih selepas naik berkerja semula. Caranya senang sahaja, masak untuk 1 minggu (ISNIN-JUMAAT), bekalan lobak putih ini mama akan bawa ke office. Kat rumah nak makan sayur lain adalah satu bonus...yihaa...tak payah makan lobak putih dah...boleh makan sayur lain yang boleh membanyakkan air susu jugak.
Dan paling penting dah save masa untuk masak lobak putih tu, boleh masak benda lain bila balik kerja. Untuk yg tak ada maid mcm mama, masa tu sgtlah berhargakan...dgn baby kecik menangis lagi, dgn yg besar...mcm-mcm kerenahnya, maka mama rasa itu jerklah the best masak lobak putih kena lebihkan banyak dan bekukan....jimat masa, nak makan tinggal panaskan sahaja.
CARANYA SENANG SAHAJA:
1). 2 batang lobak putih yang gemok-gemok cukup untuk bekalan stok beku sayur mama selama 5 hari. Caranya sama sahaja mcm kita frozenkan makanan lain, macam kita bekukan EBM jugak.
2). Packkan kepada 5 tupperware, nak pack untuk makan kat rumah pon boleh jugak, ikut citarasa masing-masinglah nak pack banyak mana.
3). Malam sebelum tidur, keluarkan lobak yg frozen tu, pindahkan ke fridge biasa. Esok pagi dah cair, boleh panaskan untuk bekalan ke office.
Dah siap pack untuk bekalan 5 hari ke office.
Dah siap, boleh bekukan...tak mou bekukan pon boleh, ikutlah citarasa masing-masing.
Senangkan......tak payah hari-hari nak masak lobak putih, save masa, dah boleh masak menu lain.