Showing posts with label peringatan buat anak-anak yg bersekolah. Show all posts
Showing posts with label peringatan buat anak-anak yg bersekolah. Show all posts

April 12, 2011

Peringatan@ Anak-Anak Yang Sudah Bersekolah

Mungkin ini satu pengajaran, satu peringatan yang paling besar, sentiasa beringat buat mama & papa yang mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah....keselamatan anak-anak di sekolah sangat penting bagi mama, risau sangat keselamatan anak-anak di sekolah yang semakin tak terjamin.

Kisah 'Bersamamu' kali nie betul-betul menyentuh jiwa, betul-betul menyentap jiwa dan buat mama rasa terkilan di hati sebab arwah Hakim sakit bukanlah dari kecil, tp sakit disebabkan ada budak/rakannya tolak dari belakang, semasa nak hantar buku latihan ke bilik guru. ITU adalah punca utama kenapa dia dapat penyakitnya.

Siapa yang harus bertanggungjawab bila anak yang kita jaga dari kecil sihat tiba-tiba sakit sehingga tak boleh bergerak kesana kemari? Segala pergerakkannya menjadi sangat terbatas, tiada lagi tawa riang si anak. Semuanya kesilapan sekeliling yang membawa padah yg boleh memusnahkan masa depan anak-anak kita dan teramat berat buat kita sebagai ibu bapa untuk menerima kenyataan anak yang sihat tiba-tiba menjadi cacat.

Arwah hakim bukan org pertama yang menerima nasib sebegitu, sudah banyak kejadian di sekolah yang menimpa anak-anak yang dulunya sihat tiba-tiba menjadi cacat angkara rakan-rakan yg nakal. 

Diantaranya kes seorg budak perempuan yang bijak cerdik dalam pelajaran, angkara seorg budak lelaki menarik kerusinya apabila budak perempuan itu nak duduk, budak perempuan tu jatuh terduduk ke lantai, hingga kini dia lumpuh separuh badan, nak kencing, nak buang air besar tak terasa, habis sistem dalam badannya tidak berfungsi terpaksa memakai diaper spjg masa...sedihkan.....hancur masa depan anak kecil itu...hancur harapan mama & papanya....tak ada gunanya saman menyaman....kerana kesihatan anak tidak akan pulih seperti dulu.

Itu buat mama jadi takut bila terkenangkan anak-anak di sekolah, keselamatan mereka bersama rakan-rakan yang lain. Sama juga kes terjadi pada anak rakan papa, anak tunggalnya terjatuh akibat tolakkan dari rakan sebaya. Akibatnya tulang belakangnya retak, tak boleh bergerak dan dia masih melakukan fisioterapi.

Minggu lepas semasa beratur di kantin, allysha tersungkur jatuh ke lantai akibat tolakkan dari seorg budak lelaki. Lengan hingga kesiku melecet panjang terseret kelantai /batu kasar, tapak tangan kanan juga terkoyak luka melecet. Bila tanya siapa budak tu, bukan rakan sebaya...tak kenal dari kelas mana....sangat-sangat bahaya...risauuu sangat-sangat dgn kejadian-kejadian seperti ini...ini bukan kali pertama....biasanya budak-budak lelaki yang nakal angkara suka tolak menolak nie....hari-hari pesan dekat allysha...jangan jalan sorang-sorang, jalan berkumpulan....mama & papa risau sangat....papa memang sangat marah  hal-hal begini dan tak teragak-agak untuk jumpa budak-budak yang suka buat nakal dan cuba membuat kacau keatas anak-anak.......kalaou anak kita cacat, siapa nak bertanggungjawab? 

Alhamdullilah luka semakin mengecut.....

Semoga anak-anak kita dilindungi olehNYA, dari angkara yang tidak diingini, AMIN!