Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

November 1, 2014

BATA @ Kasut Sekolah

Kepada Ibu Bapa yg dalam membuat Persiapan peralatan sekolah tahun 2015 untuk anak-anak.

BATA ada buat clearance sale utk semua kasut termasuk kasut sekolah. Agak murah kasut sekolah kalau dicompare dgn harga biasa, bolehlah beli lebih dari sepasang, spare utk stok hari hujan.

AEON equine park, seri kembangan. Yang berdekatan blh datang sini.


August 30, 2014

aqish@ Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57

Hari Sabtu yg agak kelam kabut,
Sebab tidur rumah equine dan awal pagi dah balik ke Cyber
macam biasa aktiviti sabtu
ali ada training bola dan aqish ada sambutan majlis kemerdekaan di tabikanya.

Tabika KEMAS, menganjurkan sambutan hari kemerdekaan ke - 57
biar gambar berbicara
didahului dengan acara nyanyian lagu patriotik & doa
ucapan alu-aluan
acara anak-anak kolaj patriotik
acara bapa-bapa menanam pokok bunga raya
acara ibu - ibu - kolaj
sedih sebab kalah......kesian.....tak per lain kali adik buat dengan lebih cantik lagi ya...
puas pujuk tak mou jugak, cikgu pujuk pon tak jalan
cikgu pon dah faham perangai aqish, kalau kalah mesti dia akan menangis
perkembangan aqish skrg,  tgh berusaha belajar membaca/mengeja 3 perkataan
2 perkataan dah boleh baca
kegigihan aqish utk membaca dengan usaha sendiri....memang nampak sangat
dibantu oleh kami dan cikgu
puas pujuk, akhirnya dengan cikgu baru mou
dah nak balik baru nak makan
bunga sekuntum besar tu hasil warna dari aqish
sebab masa tu dia dtg lambat, tinggal bunga tu jerk yg belum di warna
yg lain-lain kawan-kawan dah warna
cikgu suruh ambik gambar buat kenangan :)

July 25, 2014

SKCJ@Majlis Khatam AlQuran & Penutup Ihya Ramadhan

Majlis Khatam Al-Quran dah pon selesai dan berjalan dengan lancar semalam
Majlis solat hajat utk anak-anak UPSR juga telah dibuat
Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang, insyaallah

Inilah suasana dekat sekolah petang -malam
kehadiran dari ibu bapa dan seluruh pelajar yg datang bersama famili mereka

sementara nak tunggu berbuka puasa.

budak-budak paling suka pelitalah kan...

selepas jamuan makan malam, sementara menunggu isyak hajat dan terawih.

June 29, 2014

Sukan@SKCJ 2014

Dah pon masuk bulan Ramadhan
sorry anak-anak mama
mama lambat update blog anak-anak mama
bussy sangat...

Aktiviti 2 minggu lepas, temasya sukan SKCJ jatuh pada hari ahad
pergi dengan aqish
papa ada aktiviti kriketnya
tengahari papa datang jenguk sekejap

allysha bussy tolong cikgu sebab dia setiausaha rumah hijau
ali masuk dua acara... sukaneka & lari 50meter

Layanzz gambar....
 
 suasana meriah dikhemah masing-masing
Tahun 2: turn ali plak
Team kuning Johan, yeahhhhhhh....:)
allysha & fren



April 1, 2014

Allysha@Perlawanan Bola Baling Peringkat Daerah Sepang

Hari nie allysha mewakili sekolah utk Perlawanan bola baling
Papa bussy, tak boleh nak datang bagi sokongan dekat allysha
dan jauh sangat kali nie...perlawanan bertempat di USIM

Kalau dekat-dekat sini mama bolehlah lari sekejap bagi sokongan
dekat Allysha dan rakan-rakan.

Moga beroleh kejayaan!

Mama & Papa
1/4/2014


March 31, 2014

Allysha@Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Sepang

Aktiviti allysha bulan March 2014.
Mewakili sekolah dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Sepang
Naib Johan utk SKCJ

Baru naik pentas utk sijil dan trophy semasa perhimpunan.

January 26, 2014

Tuitions Akan Bermula: Ali iQbal & Balqish

Hari Ahad, ali ada test utk Bahasa Mandarin
Sebelum masuk ke kelas Mandarin sepenuhnya
Teacher akan buat ujian dulu utk mengetahui tahap pencapaian ali iqbal

So, kelas akan bermula selepas CNY -awal bulan.
UCMAS adalah pilihan
kerana allysha dulu pernah tuition dekat sini
so dah tau kebaikan mereka.

Untuk English, ali akan ada test  pada 6/2/2014.


Untuk Balqish, kelas mandarin akan start sama dengan ali iqbal - Feb 2014.


January 25, 2014

Sessi Perjumpaan Ibu Bapa & Guru- SKCJ

Hari sabtu adalah hari perjumpaan di antara guru-guru,
ibu bapa dan akur janji ikrar murid-murid darjah 6.


Aktiviti bermula pada pukul 9pagi sehingga jam 1.30ptg
sangat padat
taklimat dari guru besar dan guru-guru
motivasi dari pakar khas motivasi
dan ikrar janji dari murid-murid darjah 6

semoga segala usaha guru-guru dan ibu bapa
membuahkan hasil kejayaan yg membanggakan utk anak-anak Cyberjaya

perjuangan baru bermula
maka allysha bersemangatlah sentiasa
dalam sessi pembelajaran kamu
mama dan papa hanya dapat mendoakan yg terbaik buat ichaa.

 Sessi akur janji murid-murid tahun 6-2014 bersama guru-guru dan ibu bapa.


 

Allysha & fren -DINA.



January 22, 2014

Majlis perpisahan Cikgu Rosmah


Majlis perpisahan utk Cikgu Rosmah pada 22/1/2014.

Kenangan yg tak dapat dilupakan buat allysha dan rakan-rakan sekelas
Dan juga seisi sekolah Cyberjaya.
begitu juga dengan ibu bapa yg sangat rapat dengannya

Moga satu hari nanti, kak rose akan menjadi GB sekolah SKCyberjaya pula
amin....insyallah.

Khas buat kak rose yg suka memasak:):)


Salam sayang dari kami sekeluarga,
Allysha & Family:)

January 9, 2014

Allysha & Cikgu Rosmah

Balik dari sekolah, allysha beritahu yang dia terjumpa Cikgu Rosmah.

#Mama, ichaa terjumpa cikgu rosmah
cikgu rosmah cium pipi ichaa 5 kali
sambil tersenyum simpul#

(hati mama....mama yg rasa sebak nak menangis)

Cikgu Rosmah inilah yang mendidik allysha dari dia darjah 2 Cemerlang & menjadi guru kelasnya setiap tahun. Dan sekarang Darjah 6 Cemerlang allysha bertukar guru kelas kerana Cikgu Rosmah dinaikkan pangkat, suka duka bersama Cikgu Rosmah.

mendapat panggilan phone dari kak rosmah pertengahan Dec 2013 
dia memberitahu, dia tak akan mengajar dan menjadi guru kelas allysha lagi.
dia mendpt surat yg dia sudah dinaikkan pangkat
dan akan kesekolah lain
membuatkan mama turut rasa kehilangannya
dialah cikgu yg rajin mendengar keluhan mama :)
dialah juga tempat mama merujuk kalau mama tak faham dengan info dekat sekolah
dialah juga tempat mama mengadu akan allysha
dialah juga 'mama' kedua allysha di sekolah, kalau noti dalam kelas mama bg 'kuasa' dekat kak ros, didiklah allysha macam kak ros mendidik anak-anak akak sendiri.
sekarang mama kehilangannya :(:(

walau apapun, Kak Rosmah adalah Guru Yang terbaik buat allysha dan anak-anak lain
sentiasa membimbing mereka menjadi anak-anak yg bijak dan soleh-solehah
Moga kak ros dikurniakan rezki , sihat dan dipjgkan umur, amin.

salam sayang,
mama & allysha sekeluarga, 2014

November 15, 2013

Upucara Naik Darjah SKCJ

Minggu ni adalah minggu yang sangat hot kan
ibu bapa yang paling gembira bila keputusan anak-anak keluar
sebab anak-anak dah berusaha
maka inilah masanya untuk anak-anak dapat reward dalam pelajaran
dan mestilah kegembiraan ini dikongsikan seisi keluarga


yang mendapat hadiah kecemerlangan
yang mendapat award pelbagai
yang naik kelas terbaik
tak terkecuali mendapat keputusan cemerlang UPSR

Hari ini SKCJ ada 'upucara naik darjah'
untuk darjah 1 hingga ke darjah 4
memang upucara inilah yang ditungu-tunggu oleh ibu bapa setiap tahun


Darjah 5, upucara naik darjah semalam
syukur alhamdullillah, allysha di kelas 6C (Cemerlang) tahun hadapan
seperti yang papa & mama jangkakan
kena usaha lebih keras kerana akan ada satu lagi exam awal tahun nanti

Untuk Ali,
Surpriselah sangat sebab tiba-tiba ada naik kelas
kalau ikutkan, masa awal-awal dulu cikgu kata tak ada naik kelas
sebab mereka akan berada didalam kelas yg sama
mengikut Bahasa yang mereka pilih.


walau apapun satu permulaaan yang baik utk tahun 2014

untuk aqish, tadi hantar aqish
rasa ralat pulak tak bawak camera
HP pulak habis battery
kalau tak, boleh ambik gambar dengan ummi & teacher ida
tak der gambar kenangan dengan teacher ida & ummi

November 13, 2013

Result Akhir Tahun 2013

Result exam utk akhir tahun dah pun keluar
syukur alhamdullilah


especially utk allysha, sebab sangat penting utk dia
tahun depan dah UPSR
so, result akhir tahun adalah penentu
nak masuk kelas dihadapan atau ke belakang
of courselah mama & papa nak anak-anaknya cemerlang
kedudukan kelas juga sangat penting

Allysha akan menghadapi peperiksaan UPSR next year
Ali Iqbal akan berada di darjah 2 & akan ke sessi petang next year
Balqish tak decide lagi nak pergi school mana

Salah satu results ali yang menarik perhatian mama
BAHASA CINA


soalan mama:

mama : ali, mama tak tahulah ini cikgu tulis apa?
ali: ali tahu cikgu tulis apa, tapi ali tak pandai nak beritahu mama
mama: haaa....oooo ok...sambil tersenyum....

so, mama tahu apa nak buat utk ali....:):)
next year mesti masuk tuition bahasa cina



November 12, 2013

Majlis Makan Malam Amal Sempena 10 tahun SKCJ

Dah beberapa minggu yg lepas
baru mama nak update....dah nak cuti sekolah pon...

Malam sabtu ke majlis makan malam amal sempena 10 tahun SKCJ.
kami ibu bapa sentiasa menyokong penuh usaha sekolah SKCJ
dalam menaikkan nama sekolah, menaik taraf
dan pelbagai perkara aktiviti yg ke arah kebaikan dan aktiviti utk murid-murid.
Insyaallah ada rezki, kami tetap terus menyumbang utk SKCJ

Bertempat di Dewan Sekolah Seri Puteri,Cyberjaya.
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.
Semoga aktiviti ini akan diteruskan setiap tahun.

Guru Besar yang Pertama: Cikgu Asmah. Guru besar pertama yang menerajui SKCJ pada awal pembukaannya pada tahun 2003. Masa tu Cyberjaya masih hutan, kosong tanpa bangunan. Yg ada dekat sini MMU, MDC, Cyberview Lodge.

Berbangga sebab dapat lihat perkembangan Cyberjaya dari awal ia di buka (hutan estet) sehinggalah kini sudah menjadi hutan konkrit pula, dari jalan yg kecil hutan kanan kiri nak ke Cyberjaya, kini Cyberjaya bertukar wajah. Kalau dulu tak ramai students, kini students semakin ramai dan tahun depan SKCJ terpaksa menampung dua sessi (pagi dan petang).

Guru Besar ke-2: Cikgu Ismail
Seorg GB yg sgt dedikasi, kreatif & dialah yg menaikkan nama sekolah dari pelbagai sudut, beliau juga yg membimbing guru-guru sehingga berjaya mendidik murid-murid tahun 6 berjaya mendapat results UPSR terbaik Daerah Sepang setiap tahun.  Disayangi oleh murid-murid dan guru-guru, tapi sayangnya dia telah ditukarkan ke sekolah lain yg berhampiran dengan rumahnya. Ini peberet GB Allysha.

Guru Besar ke-3: Tidak hadir, beliau juga telah dipindahkan kesekolah lain beberapa bulan yang lalu.

Guru Besar ke-4: Guru besar baru Cikgu Zahari, harapan ibu bapa semoga beliau seperti GB Cikgu Ismail, dedikasi, kreatif dan bertolak ansur terhadap guru-guru dan ibu bapa. Disenangi dan disayangi murid-murid SKCJ.

Dewan makan penuh, kutipan amal juga berjaya dikutip.
Lebih 500org tetamu yg hadir.
 Sebelum balik allysha & rakan-rakan.
Budak Pink:) Jumpa reben dia pie lekat kat rambut.


October 28, 2013

Choral Speaking (Qalam Jama'i)

Cerita yang diperam.
sorry allysha, mama tak sempat.

allysha dan rakan-rakan wakil sekolah utk SKCJ
Choral Speaking Bahasa Arab (Qalam Jama'i)
pada 18/9/2013
Bertempat di Dewan SMK Dato' Abu Bakar Baginda
Keputusannya Kalah: tak per tahun depan cuba lagi,
yg penting ada environment yg berbeza, mixed arround dgn rakan-rakan baru





October 21, 2013

Minggu Exam 2013

Minggu yang bussy
update sikit utk allysha

Minggu exam akhir tahun sudah bermula
mama doakan allysha dapat jawab soalan dengan tenang
boleh jawab dengan baik
semoga kejayaan milikmu allysha

amin!

mama&papa
Oct2013

June 30, 2011

Allysha@ Sukan Sekolah 2011

banyak perkara nak diupdate
tapi macam tak sampai-sampai jerk mood menulis
maka diperam-peram...

Dah seminggu sukan sekolah berakhir
berlatih dalam cuaca yang panas

membuatkan allysha demam pada hari sukan
dan  beberapa  hari selepas tu..
nasib dapat jugak medal utk acara sukaneka

nampaknya tahun nie tukar nama lagi rumah-rumah sempena GB baru...

Rumah Kuning...cuteeee dan kreatif :)

Rumah Hijau (Ezora): cute jerk bdk paling last tu....
Bdk demam.....tp sebab semangat nak menang datang jugak..
Sukaneka Tahun 3, Johan ...

January 10, 2011

Gang Van Sekolah 2011

Tahun nie bas sekolah tak boleh ambik anak-anak ke sekolah agama, makanya achik wani bertungkus lumus mencari alternatif lain. Hari nie 1st day mereka naik van, mama tunggu sebab nak tgk rupa bentuk vannya macamana.....terima kasih kat achik wani kerana bertungkus lumus cari van utk anak-anak kita....tanpa achik wani rasanya tak der sapa yang sanggup buat kerja amal macam nie....

"Sapa sanggup kumpulkan students untuk cukupkan kuota van/bas, sapa sanggup  telefon parents, nak berurusan dengan parents, sapa sanggup nak kutip duit van untuk di beri kpd pemilik van tersebut bagi setiap bulan, sapa sanggup nak tengok budak-budak nie sebelum van sampai, sapa sanggup tunggu van sampai, barulah masuk office.....semuanya achik wani buat dengan ikhlas hati, dengan sukarela......perkara nie sangat remeh, ada yang nak komplen.....sanggup ke nak komplen? Jauh disudut hati tak sanggup...sebab achik wani buat kerja murni secara sukarela, secara amal untuk anaknya, untuk rakan-rakannya juga...."

Dia pon ada tugasan kat office.........berkejar-kejar lari ke office semula.......uhhh betapa penatnyaaa achik wani.....dia pon bukannya dapat komisen...........mama hargai pergorbanan achik wani.....semua mak-mak penat mengatur hidup anak-anak yang bersekolah.....berlari mengambil anak waktu tghari, pastu berlari bagi makan, berlari plak kesekolah agama....lega, semuanya dah settle.....tak payah berkejar-kejar masa, berlari nak hantar, nak ambik ke sekolah agama....

Terima kasih tak terhingga wani....hanya allah membalas jasa baikmu...di atas tugasan murni ini...besar sungguh ganjaran yang allah beri..... Pada mak-mak gang van sekolah, nielah dia rupa bentuk vannya.....sangat puas hati.. ini yang terbaik hasil usaha  WANI....:)


Nak bagi allysha cam van nie, mama suruh dia hafal no. plate van nie.....senang nak ingatkan...

Puas hati, selesa & luas...perempuan duduk depan, lelaki duduk belakang. Suatu ketika dulu, mama berangan-angan nak beli van nie......tapi yg latest model MPV...tp nak buat apakan...anak bukan ramai...hehehheheheh...oklah tu....allysha cover angan-angan mama....naik van nie.....:)
Bergerak ke sekolah agama.




August 3, 2010