Showing posts with label Rumah EP. Show all posts
Showing posts with label Rumah EP. Show all posts

March 4, 2015

Rumah Equine Park

Dua tiga hari lepas balik ke rumah Equine Park
melihat progress pekerja yang membetulkan rumah
kami bagi kunci, mereka masuk dan buat kerja
sebelum ini anai-anai dah makan pintu toilet
so tukar semua pintu toilet dan bagi ubat

masuk-masuk jerk rumah, terkejut tengok cat dinding dah berubah
adoilah mereka pergi cat dinding warna kelabu
pandai terlebih kaler dah tak match dengan yg sebelah tu
emmmmmlah....pandai-pandai tukar kaler dan cat

rumah ni penyewa akan masuk pada bulan April 2015.
ada lagi sebulan untuk bersihkan rumput yang dah meninggi
pokok-pokok juga dah terbiar dibelakang rumah
memang masa langsung tak ada nak menjenguk rumah ni
bila fikir-fikir semula, baik jual rumah ini lagi senang
tapi allysha masih sayang rumah ni, banyak memori....tembuni ali dan aqish juga di tanam dekat sini
memori membesarkan mereka semasa kecil ada dirumah ini
kami terpaksa meninggalkan rumah ini pada hujung Dec 2013
disebabkan jem yang terlampau dikawasan Seri Kembangan
selepas rumah ke-2 berjaya dibeli dan pindah milik nama ketangan kami
maka kami pindah ke Cyberjaya, disini tanpa hiruk pikuk kesesakkan jem
dan paling penting jimat masa, anak-anak nak pergi sekolah juga senang.

barang-barang dalam rumah Equine Park seperti peti sejuk, meja makan, sofa, kabinet tv, 
aircond, hood & hob, kitchen kabinet, wardrobe, heater 
memang kami tinggalkan untuk penyewa. 
Penyewa sebelum ni pun kita bagi pakai sahaja.
Sewa rumah ini juga murah-murah sahaja
janji penyewa tu jujur dan tolong jagakan rumah ini dengan baik.


malas dah nak tukar cat tu, biar jerklah

master bedroom, pun pekerja tu suka-suka tukar kaler. kami tak mintak pun depa cat bilik ni
pokok-pokok diluar sana sudah meninggi, pelepah pokok kelapa pon dah melempai jatuh

motor ni dah tak pakai, nak lelong murah-murah jerk, clearkan mana yg patut.
rumah EP konsepnya tidak berpagar, maka terpaksa pasang grill sebab anjing liar suka benar mencuri kasut/selipar digomol-gomol buat main.

September 2, 2014

EP@ Kisah sampah sarap

mood masih kelaut
keletihan, mengantuk semua ada
penangan mengemas rumah equine
sepanjang 5 hari - non stop, setiap hari balik rumah cyber jam 3pagi
sambung plak bakar sampah.......
anak-anak kenalah berdikari, sepanjang mama dan papa bussy mengemas

banyak betul barang tak guna yg patut dibuang, sebelum nie jenis suka simpan, simpan sampai berlambak-lambak...dengan karpet, bantal, tilam, toys, semua buang. Malas nak fikir banyak.....yg simpan pon rasa mcm dah pening nak simpan/letak dalam stor.

sampahnya berplastik-plastik, ada yg buang dekat area flat, situ ada tong sampah besar
ada yg tinggal kat rumah lama, alam flora akan kutip dlm tong depan rumah
selebihnya bawak balik cyber, alam flora kutip dan 
selebihnya lagi kita bakar dekat sini 
kalau dikira-kira sampah aja dah satu lori
paper, magazines, bekas plastik, hantar kat kedai, jual
botol kaca mereka tak mou ambik, so, kita bagi dekat bangla alam flora, nasib dia mou ambik


setiap hari sampai rumah jam 3:19pagi
 
sebahagian sampah yg nak dibuang...kena keluarkan sampah batch by batch...kalau keluar semua....susah nak manage nanti...
lagi sampah keluar.....sampah jerk kalau dikira-kira dah boleh satu lori...pitam....
sampah dekat luar rumah, ada yg bakar terus....
ada yg masuk dalam plastik, buang terus
 peti sejuk dll pon buang...tunggu lori datang ambik
 
semak samun belakang rumah.....rumput tu cabut sendiri....makan masa 1/2 hari jugak membersihkan belakang rumah nie......walau apapun, kena ada plan dan sistem macamana nak manage utk mengemas rumah, kemas ikut bilik by bilik.....toilet, wardrobe semua kemas dan mop sebelum ditinggalkan kepada penyewa.

Nampak macam rumah usang dah rumah nie....lama tinggal macam tu jerk...
rumah belakang nie....jiran kami Dr. Liong Tiong Lai, Ex Menteri Kesihatan & skrg Menteri Pengangkutan, depan tu padang alice smith school....

sampah sarap dari rumah lama, bawak balik & bakar dekat rumah skrg....
 

lega semuanya dah settled.
harapan kami penyewa itu boleh menjaga rumah kami seperti dia menjaga rumahnya sendiri...
pengajarannya jgn suka simpan barang lama, agak-agak tak mou pakai terus buang
kalau simpan, macam nilah jadinya....sayang...sayang...sayang....konon ada sentimental valuelah sangatkan......

August 28, 2014

EP@Pasal Kemas Rumah Lama


cuti 2 hari  - khamis dan jumaat
untuk mengemas rumah lama
juga sudah tiba masanya kami menyewakan rumah ini
sayang nak sewakan, tapi rugi pulak kalau tak ada sapa-sapa tinggal & kosong macam tu
masa pindah rumah, memang tak bawak barang-barang
bawak mana yg penting aja

Hari khamis bermula operasi mengemas
mama ambik cuti, balik rumah equine sorang-sorang
papa kerja, dah dua minggu juga papa mengecat & mengemas dinding rumah yg diconteng anak-anak

tengok rumah equine, termenung sekejap
tak tau nak start dari mana dulu
barang memang banyak....sampai tepu nak fikir

akhirnya, mama start mengemas kitchen kabinet dulu
keluarkan pinggan mangkuk, wrapping dgn kertas dan masukkan dalam bakul jerk
pingan mangkuk jerk dah 3 bakul, simpan dalam stor
barang-barang dapur banyak tinggal, malas nak bawak balik rumah cyber
tupperware pon sama berplastik-plastik....collections kononnya


dah habis kemas kitchen kabinet
mengemas stor dalam kitchen kabinet plak
periuk belanga yg tak nak pakai buang jerklah
plastik-plastik tak pakai pon buang
malas nak pikir banyak, lagi disimpan lagi semak nanti
so buang mana aja mana yg patut

mengemas, mengemop mengelap hob & hod, mencuci fridge
settled area dapur utk hari khamis, lega sikit nampak dah bersih.

esok sambung lagi

barang-barang nie semua tinggal, malas nak bawak balik rumah skrg. pening nak kemas. agak-agak nak pakai barang beli jerklah...cewahhh banyak cantik ......hiksssss
Barang-barang nie semua keluar dari kitchen kabinet mama.
fridge tinggal, so penyewa boleh pakai fridge ini.
dah clear, lega sangat.....