Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

September 19, 2014

Resepi Mudah Pagi ini@ Pancake

dah petang baru sibuk nak menulis entry breakfast pagi tadi
resepi simple bila dah tak ada idea nak buat breakfast


PANCAKE
  1.  1 cawan tepung
  2. sebiji telur
  3. 1 camca teh baking powder
  4. 1/2 camca teh bikarbonat
  5. 2 sudu besar mentega
  6. 4 sudu besar fresh milk
  7. 2 sudu besar gula pasir (yg ini ikut citarasa masing-masing)
CARANYA:
  1. Masukkan semua bahan-bahan di atas, kacau hingga sebati.
  2. Biarkan dalam 5 minit
  3. Panaskan non-stick pan dan masukkan sedikit minyak
  4. Masukkan satu senduk tepung yg dah sebati tadi.
  5. Biarkan ia membentuk bulat/melebar
  6. Bila sudah kekuningan, terbalikkan dan angkat.
  7. Hidangkan.
 kacau hingga sebati tepungnya...
leperkan/dan akan mengembang
suka makan dengan strawberry jem or madu....sedapppp

masih tak cun.....tepi2 tu masih berkuping-kuping...
masih tak pandai nak meleperkannya
walaupun dah berkali-kali membuatnya huhuhuhu....
memang salute sapa pandai meleperkan jd cantik mcm kat hotel-hotel tu


September 10, 2014

Allysha@ Sosej Roll

Hari nie hari ke-2 allysha exam UPSRnya
jenuh memikir nak buat breakfast waktu pagi sebab spjg allysha exam nie mama buat breakfast yg simple shj
tak nak yg pedas-pedas, tak nak yg berat-berat, takut sakit perut pulak dalam dewan exam
walaupun sekolah ada sediakan breakfast khas utk mereka waktu pagi dan selepas habis exam
tapi rasa tak sampai hati tak bekalkan makanan utk allysha, 
kalau boleh nak bagi allysha air tangan mama

terfikir, lama tak buat sosej roll kegemaran allysha
resepi simple 



 resepi simple utk kanak-kanak sekolah

Resepinya:
  1. roti
  2. sosej cheese
  3. telor 2 biji
  4. nestum
Caranya:
  1. rebuskan sosej cheese seketika
  2. biarkan sejuk 
  3. lenyekkan roti supaya senang nak mengulung nanti
  4. letakkan planta dan gulungkan sosej tadi
  5. gulungkan dan gamkan dengan telor
  6. dah siap, simpan dalam fridge esok boleh goreng
  7. celupkan roti tadi dalam telor
  8. golekkan dalam nestum
  9. goreng dan angkat serta bolehlah hidangkan.