Showing posts with label Renovation Rumah Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label Renovation Rumah Cyberjaya. Show all posts

June 29, 2015

Kisah Si Bidai

hampir sebulan jugak survey nak beli bidai
untuk diletakkan dekat area anjung
rata-rata kedai hardware memang mencekik leher
mahal tahap gaban
kalau ayat budak-budak sekolah sekarang cakap...'bapak mahal'

last option adalah ke Living Depot
alhamdullilah harga sangat reasonable...rasa macam nak beli semua....hehehheheh
dh jd tamak haloba pulak....hikssss


 yang hujung tepi tu khas utk out door, sebelah kanan pulak untuk in door

bawak balik terus...ngam-ngam kaler coklat kayu ni tinggal beberapa keping sahaja
ambik 4 keping, 1 keping saiz kecil untuk letak dekat area belakang
tunggu staff pak kahar pasang. kami tak ada peralatan mendrill.
Balik terawih dia datang dan tolong pasangkan.
biar gambar berbicara....
 Jalil (baju purple) sangat kreatif
kalau ada problem dia cepat aja memikirkan macamana nak solvekan

naik atas bumbung ntah apa yg dia betulkan..

anjung ni untuk santai kat luar ala-ala rumah kampung

June 24, 2015

Fasa 2@ Pasang Tiles dan Awning

dalam bulan puasa ni, staff pak kahar gigih berkerja
cuaca panas pulak tu, memang mereka ni kuat & bersemangat
kesian sangat dengan berpeluh berjujurankat muka

pakcik sorang lagi tu dah pun bercuti balik ke Surabaya
setiap kali bulan puasa memang dia akan spent time dengan familinya disana
so, tinggal mereka berdua meneruskan kerja-kerja menukang
mereka pun dah nak balik kampung hujung bulan ni
ini projek last kot....berhantu betul bila renovate rumah ni...semua benda nak ditambah....





plan asal nak pakai batu (pebble wash) mcm kat bawah ni...bila buat survey dan memerhati batu-batu tu bila dah lama akan mudah rosak ....so....keputusannya pakai tiles biasa dan lasak....sebab ali iqbal dan balqish suka main kasut roda, skate board, pendek kata yang beroda memang suka benor dia main atas tiles

 malas nak biarkan bertanah....simen jerklah terus

tunggu masa siap jerk nie....memang akan jadi port mereka berdua meroda

kayu ada banyak lebih, so panggil pak kahar tolong buat awning.....hujan taklah tempias sangat

proses mengecat pulak

setengah hari jugak mereka menyiapkan awning ni




June 15, 2015

Fasa 2 @ Gate & Grill

Menempah gate dan grill lebih kurang dalam 3 minggu juga
Gate dalam 2 minggu mereka baru siap memasang
hati tetap risau sebab rumah tak ada gate, tutup dengan bahan-bahan terpakai
hati tetap risau juga sebab rumah tak der grill, rasa lama betul mereka nak menyiapkannya
customer ramai, kenalah ikut turn...

Material:

Gate: Wrought iron
Grill Pintu Dapur 1 & 2 :  biasa (Putih)
Grill Pintu Kaca: Wrought Iron
Tingkap Dapur: Wrought Iron
Tingkap Bilik : Biasa (Putih)

Nak mengemas pon boleh tahan penatnya....mengemop, mengelap mana yang berhabuk
mereka datang memasang juga berperingkat-peringkat
kerja-kerja yang renyah dan remeh temeh ni
memakan masa hingga ke senja.....

Pintu Pagar No. 2 (lebih suka pakai pintu pagar ke dua ni)
menempah gate dan grill dekat SK, sebab dah biasa dengan mereka.

bergelap sebab masa ni wireman tak siap wiring lagi

Lega bila gate dah siap pasang, hampir 2 minggu baru siap
permintaan banyak bila dekat nak raya nie...katanya...
warna pilihan ada coklat kayu, mereka belum cat lagi tu

dah siap pasang baru mereka akan cat
kena cat semula semula sebab warna ni tak sesuai

 papa tolong touch-up

 Grill untuk bilik yang ke-4,  pakai grill yang biasa sahaja.
Untuk Pintu dapur 1 & 2 juga pakai grill biasa. Untuk tingkap dapur pakai wrought iron, kenapa berbeza-beza sebab masa 1st batch pasang grill dulu, kami pakai wrought iron, tingkap dapur lama dulu pakai wrought iron so, utk tak nak rugi dan membazir kami order yang sama design dan paternnya.
Pintu dapur pertama

pintu dapur ke-dua juga pakai grill biasa.
Walaupun nampak ketidak seragaman...pejam mata jerklah...

wrough iron utk tingkap dapur & pintu depan






kepada yang berminat nak tanya quotation boleh call hp number seperti dibawah ini :)




Fasa 2 @ Wiring

Entry tersimpan lagi.

Sebahagian daipada kerja-kerja wiring untuk:
dapur kering dan basah
bilik no.4
ruang lepak
ruang beranda@anjung

lampu dekat awning

nampak macam mudah tapi remeh temeh ... sebab pak nayan ke masuk dalam syiling
panas bila menyusup dalam syiling tu
biar gambar berbicara











Fasa 2@ Mengecat & Membersih

Entry tersimpan lagi

kerja-kerja mengecat dilakukan sehinga beberapa kali
pak kahar tidak berkira, itu yang buat kami kagum dengan pak kahar
kalau kontraktor lain kirim salam ler
selepas habis mengecat, mereka mencuci lantai untuk semua tempat
membersihkan simen-simen yang melekat
mengelap tingkap yang berhabuk, terkena cat dan simen

biar gambar berbicara

berkali-kali pak kahar bertanya, tak nak cat warna warni ke? Jawapan muktamad dari saya...tk nak
kalau cat berwarna warni juga menyusahkan kerja mereka....baik mereka cat satu kaler sahaja....
pak kahar tengah touch-up ruang dapur kering
Lui tengah mengecat dalam ruang bilik
Jalil tengah mengecat ruang lepak
area wet kitchen pulak
wak dekat area sini pulak
Jalil dekat naik ke atas pulak 
dah habis dekat sini, dekat tembok pulak

mengelap dan membersihkan cermin tingkap