Hari Sabtu selepas selesai menghadiri majlis pertunangan di Ampang
kami terus balik ke Muar disamping menjemput anak bulus (PRADA & OYI) balik
kami terus balik ke Muar disamping menjemput anak bulus (PRADA & OYI) balik
tak sempat nak menziarah semua, masa yang sangat terhad
sepanjang perjalanan melayan kerenah aqish candid
ehhh baru perasan aqish ambik gambar tak der muka dia....:)
menziarah kerumah pakcik yang semakin tua dan uzur, dapat bekalan halwa belimbing
alahai teringat dekat arwah nyaie yang suka sangat dengan halwa
tak sempat nak menuntut ilmu, beliau dah pergi ke penciptanya
mujur pakcik yg sorang ni mewarisi sifat dan kesukaan nyaie
dapat juga merasa halwa dan resepinya
dalam perjalanan pulang ke Cyberjaya, singgah di Melaka di rumah makcik.
pangkat untuk mereka panggil adalah Atuk & Nenek
mereka kalau datang sini memang paling menyeronokkan sebab akan dapat mercun dan bunga api dari atuk
rambang mata pilih nak yang mana satu
sebelum balik bergambar dulus
kena balik awal, ali iqbal banyak betul HW tak siap lagi....
