Terpanggil untuk menulis secara ringkas.
Etuza ada membuat entry berkenaan dengan Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025.
Teringat dulu-dulu memang kita saling berkongsi address blogspot menerusi penulisan, dari situlah kita berkongsi dan bertukar-tukar , baguslah Etuza masih mengekalkannya.
Terima kasih kerana telah menyenaraikan blog saya dalam blog ETUZA. Blog saya suam-suam kuku jer, adakala rajin adakalanya suram. Salute dekat blogger yang rajin dan sentiasa menulis sepanjang masa sepanjang tahun 💖💖
Penulisan ETUZA ada disini:
Jemput follow beliau.
Saya masih simpan semua list rakan-rakan blogger yang tidak aktif untuk kenangan, paling lama sudah tidak aktif dalam list saya, 16 tahun telah meninggalkan dunia pernulisan. Ada juga yang blognya macam kena hack, masih aktif menulis tapi cara penulisannya berbeza.
Ada juga yang sudah tidak aktif di blog tetapi aktif di Instagram, dapat juga melihat perkembangan rakan-rakan blogger di Instagram.
Tak lupa juga ucapan jutaan Terima kasih buat semua rakan-rakan yang sudi berkunjung kesini.
Moga ukhuwah sentiasa berpanjangan, insyaallah.
Salams sayang,
AMIIZAA@Mieja