hati yang geram
hati yang menangis
sempat menangis dalam perjalanan ke ofis
melihat perlakuan pengasuh yang tak ada akal fikiran
jangan buat anak orang serupa haiwan
saya tak tahan melihat perlakuan dua pengasuh
menarik kedua tangan kanak-kanak itu
saya risau tangan/muscle anak itu cedera
jijit tangan anak itu mcm jijit plastik
kanak - kanak itu meronta menangis tak mou dipindahkan
dari nesery transit ke nesery umur 4-5thn
saya ikut dari belakang
saya tak tahan melihat dua pengasuh ini
hati berbuku rasa ingin menegur
tp saya pendamkan saja
sesampainya didepan pintu
dilepaskan anak ini
sambil bersuara 'sepak kang'
hati saya bertambah sedih
ini anak org, bukan anak kau
anak ini diamanahkan oleh ibu bapanya utk dijaga dgn elok
anak itu msh menangis kerana memberontak dipindahkan
saya tenung wajah pengasuh itu dgn perasaan geram
dia tenung saya semula seolah-olah nak marah saya
sungguh kurang ajar perlakuannya
lantas saya sengaja cakap dengan ali
ali, ptg nanti jangan lupa mandi.
lantas saya tinggalkan ali
kalau ikutkan hati, nak aja saya cakap dgn dua pengasuh
yang tak ada akal fikiran itu
kenapa ajar anak ini dengan cara kasar?
gunalah psikology agar anak ini dipindahkan dengan rasa gembira
bukan dalam keadaan yg menangis dan memberontak.
kalau dia nakal sekali pun
gunalah cara yg terbaik , cara yg lembut utk menenangkan hati anak itu