Showing posts with label Mesin Basuh Rosak. Show all posts
Showing posts with label Mesin Basuh Rosak. Show all posts

September 5, 2015

Mesin Basuh

kisah mesin-mesin basuh yang terperam lama
dah lama mesin basuh yang rosak ni pulih kembali
nasiblah boleh dipulihkan, kerosakannya bukan disebabkan mesinnya yang problem
tapi disebabkan panelnya terkena tempias air hujan/air dekat court yard rumah lama
maka rosaklah ia dan kena gantikan dengan panel baru
bila dah tukar panel baru, boleh beroperasi seperti sedia kala

kalau ada yang sedang mencari technician untuk mesin basuh, aircond dan petisejuk
nombor telefon seperti dekat bawah ini, mereka memang buat service sekitar KL & juga Selangor.

dah habis tertanggal semua instructions dekat panel tu...
sebab lama jugak terbiar dekat rumah lama bila dah rosak....
mujur kita tak buang dekat besi buruk, buang sebiji sahaja hari tu....

bila dah diganti dengan panel baru, maka bolehlah beroperasi semula....yihaaa....

mesin basuh yang kecik ini pulak (6kg), rosak tempat memutar/memusing bahagian dalam mesin tu (nak explain pun tak pandai), bila letak pakaian tempat yang berpusing/ memusing tu dah tak berfungsi sebab dah patah. So, technician tu suruh beli spare part dan pasang sendiri, jimat katanya. 
Mesin kecik ni kita simpan, kalau emergency boleh pakai yang ni pulak.


August 7, 2015

Mesin Basuh Yang Rosak

Kisah mesin basuh rosak
selama usia perkahwinan 14 tahun 6 bulan ini
mesin basuh auto yang lama tu bertahan selama 10 tahun
lepas tu beli mesin basuh baru dan rosak lagi
bertahan pakai dalam 2 tahun
beli lagi yang baru, nampaknya mesin tu pun rosak juga
nampaknya barang-barang elektrik zaman sekarang memang tak tahan lama

emmmmm macam takut pulak nak beli yang baru
takut rosak lagi
pakai tanganlah kalau gitu....hikssss...ishhhh mcmlah banyak masa nak pakai tangan
teringat jiran sebelah rumah (cina) semasa dekat rumah lama, basuh baju pakai tangan
hari-hari dia memberus, padahal mesin basuh tu ada jerk kat sebelah dia

malam selasa ke kedai Dobi
membawa baju-baju kotor yang disimpan selama 3 hari
dua bakul jugaklah mendobi

kos untuk satu mesin RM4.50
so, kita masukkan dalam dua mesin serentak
Total kos adalah RM9.00
rasa macam murah jugak
privacy jugak sebab tak ada orang masa tu...

tunggu keputusannya nanti samaada nak beli baru or panggil technician
untuk baiki mesin-mesin yang dah rosak tu
kalau jual dekat besi buruk nilainya RM10 sahaja
seperti yang kami jual sebelum pindah dahulu.....