Showing posts with label Marathon. Show all posts
Showing posts with label Marathon. Show all posts

December 25, 2014

Marathon Dec 2014@ TwinCity Cyberjaya-Putrajaya Perdana

Aktiviti Hari Ahad 21/12/2014
TwinCity Marathon 2014 (Cyberjaya-Putrajaya Perdana)


Hampir 8-9 tahun kami tidak menyertai marathon, kini saya dan hubby kembali aktif menyertai larian marathon...ala-ala comebacklah nie....:) Dulu saya sibuk dengan anak kecil, tiada siapa yang boleh menjaga mereka kalau saya tinggalkan mereka tapi sekarang anak-anak sudah semakin besar maka kami berpeluang kembali aktif untuk memasuki larian marathon. Kami minat berlari sejak dari bangku sekolah lagi, hubby juga atlit sejak dari bangku sekolah dan universiti, bila dah habis belajar juga masih aktif bermarathon....bila ada anak kecil sedikit terbatas, tapi alhamdullilah perancangan kami untuk kembali aktif berlari tercapai juga. Hasrat pertama sudah tercapai, ada dua lagi hasrat iaitu mendaki gunung dan berkhemah dalam hutan bersama anak-anak, dua perkara ini rasanya susah dicapai sebabkan anak-anak semuanya kurang minat dengan aktiviti lasak.
 
Untuk penyertaan yang pertama kami memilih berlari untuk 12km.

Larian terbahagi kepada:
1. Fun Run 5km (Family)
2. 12km
3. 21km
4. 40km

Gambar kenangan sekitar Larian Marathon 2014
Twin City Cyberjaya-Putrajaya.
habis jerk kegarisan penamat terus selfie...hehehhehehehe...

lega sangat bila dah sampai.....
yeah...mereka yang baru sampai.....
beratur untuk mendapatkan medal (finisher)
 semakin ramai yang dah sampai...

 check luncky draw...tak kena pun.....

ambik gambar satu kemestian...untuk kenangan :)

kami nak balik dah...lepak dekat mamak pulak....
OTW balik rumah, gang 40km tak habis lagi......
 memang terrorlah gang nie......mereka start jam 4.30pagi......



December 15, 2014

D'Pulze, Cyberjaya.

Kisah  Ahad 14/12/2014

Ke D'pulze Shopping Centre, Cyberjaya untuk mengambil t-shirt dan nombor untuk larian marathon twincity hujung minggu nanti. dalam email pengambilan t-shirt dan nombor dekat Kelab Komuniti, Tasik Cyberjaya. Tetapi jadi kacau bilau, bila ke sana tiada siapa dekat situ, organiser pon tak ada hantar email mengatakan tempat pendaftaran berubah, berpusing-pusing dekat sana..tanya dekat guard house, rupanya mereka dekat D'pulze.
   
 masuk melalui Tune Hotel, Cyberjaya.

DPulze Shopping Centre, Cyberjaya. Masih banyak shop lot yang belum bukak....tp best jugaklah kat Cyberjaya dah ada shopping complex sendiri, kalau terdesak nak beli barang tak payah pergi jauh-jauh....kalau ada MAC, Sephora lagi best hikssssss....

beratur untuk membuat semakan nama dalam sistem dan juga pengambilan t-shirt dan nombor

 penyerahan t-shirt dan nombor


kisah marathon, nanti akan di cerita bila hari kejadian

singgah adidas cuci mata....bukan main aqish landing... 

dekat bawah ada Jaya Grocer...
senanglah jugak nak cari bahan-bahan dapur.....harga pon reasonable...