Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

December 9, 2014

Tragedi Pos Laju Putrajaya

  • Pengajaran hari ini, kalau beli barang online pastikan dapatkan nombor tracking.
  • Semoga pihak POS LAJU lebih teliti dalam membaca alamat-alamat para customers anda!
  • Semoga Company yang menerima parcels salah alamat (alamat company lain), mohon rasa sensitif dan hantarkanlah semula kepada POS LAJU! Jangan di simpan, kesian dekat para penerima parcel yang menunggu dari sehari ke sehari tapi tak sampai-sampai barang mereka. 

Point-point diatas terjadi dekat saya beberapa jam yang lalu. Hari ini tiba-tiba saya teringat hampir 3 minggu yang lepas, saya ada beli barang melalui online....saya sms si penjual, dia terkejut saya tak dapat lagi barang yg telah di tempah....maka dia berikan nombor tracking untuk barang tersebut. Saya tekun menyemak di online poslaju.com.my, Saya lihat barang saya sudah pun di hantar oleh POS LAJU, Putrajaya. Dan saya telefon 1-300-300-300 berkali-kali tidak ada siapa yang menjawab. Saya cuba lagi sehinggalah ada kakitangan yang menjawabnya.

Dipendekkan cerita, barang yang saya beli sudah pun sampai pada minggu lepas dan telah pun dihantar dan diterima oleh orang lain tetapi bukan di alamat saya, tetapi ke alamat dan company lain. 

Ya allah, jatuh jantung saya, nak menangis bila kakitangan pos laju kata dah hantar ke company tersebut, penerimanya sekian-sekian...lagi buat saya panik, tangan dah mengigil, mata saya dah keluar air mata :( fikiran saya dah berkecamuk...siapa perempuan tu? macamana saya nak contact dia? macam-macam mencari idea untuk solvekan masalah ini.....

Dalam fikiran saya  cuba mencari rakan-rakan yang berada dicompany tersebut, maka saya teringat akan seorg rakan yang berkerja disana, saya menalifonnya dan bertanyakan siapakah sipolan tersebut...dia meminta saya berjumpa dengan receptionist dan buat semakan.....saya terus bergegas kesana dalam hujan yg lebat....dalam hati kalau ada rezeki, memang itu milik aku...kalau bukan milik aku terpaksa redha walau dalam hati tanpa restu....sesampainya disana saya mintak receptionist mencari parcel saya, alhamdullilah akhirnya jumpa juga.......ya allah, semasa buat semakan, bukan barang saya aja yg dilemparkan ke company tersebut, parcel dari company lain (area Cyberjaya) pon ada disitu......emmmmm.....macamana pihak POS LAJU manage barang-barang customernya? Alamat saya  langsung tak ada silap di slip poslaju tersebut tetapi dihantar ke company lain.

Sebelum ini saya langsung tak terfikir nak check dengan penjual sebab beliau baru sahaja balik dari europe maka dalam fikiran saya mesti barang yang saya tempah belum ready untuk dipos....tapi tak sangka dia pos dengan pantasnya selepas balik dari europe....
 
Alhamdullilah, barang saya sudah selamat sampai ketangan saya hari ini....penjual juga terasa cuaknya..... kalau hilang siapa yang perlu dipertanggungjawabkan....syukur sangat-sangat dah terima:) Walaupun saya rasa fobia dengan sikap segelintir kakitangan poslaju yang menjalankan tugas dengan sambil lewa ini.


November 21, 2014

Santai Jumaat @ Aktiviti di pejabat

ulasan pendek untuk petang ini
aktiviti petang di pejabat untuk 'take a break' Fitness Fun with Coach Cem
setiap bulan akan ada satu department yang akan mengendalikan 'take a break' bagi kakitangan yang berminat untuk turut serta dalam acara sukan yang simple.


kali ini kita follow Coach Cem untuk ativiti seperti di atas...yeahhh...
 
 Coach Cem sedang memberi ucapan dan seterusnya arahan apa yang perlu kami buat.

kami....kami....:)
suka saja kan kalau dapat berselfian....:) saya bertudung merah pink....bercekak pingang
tak cukup dua orang lagi (belum sampai) ...satu kumpulan mesti ada 10 orang

T-shirt oren organiser...

Group kami: cheer dari kami
Aktiviti bermula..

permainan omar dan osman....sapa jadi osman kena rampas tangan omar...begitu sebaliknya...

tengah dengar coach cem bagi arahan untuk permainan seterusnya...

ada juga hadiah untuk kumpulan kami 'best cheer'

possing dengan Coach Cem sebelum majlis bersurai...


November 11, 2014

Contact Lens vs Power Mata

puan blog tak berapa sihat beberapa hari ni, kepala pening berpusing-pusing
selalunya kalau pening berpusing-pusing low blood, tapi check blood pressure ok
doc advice check power mata, mungkin power dah naik pon blh jadi pening
check mata semalam, kena tukar contact lens yang ada silau
lagi mahal kosnya dari biasa

 check mata...power naik sket jerk....
silau naik banyak pulak...

tukar power yang ada silau sekali, 
tak tau rupa bentuk kotak lens macamana sebab kedai baru nak order.
2 minggu lagi baru boleh ambil

contact lens skrg...tak semua lens serasi...hanya dua jerk nie yg serasi sebelum nie...



October 31, 2014

T.E.R.A.P.I @ Aerobic

Cerita petang semalam
T.E.R.A.P.I untuk diri sendiri
Setiap hari Khamis aktiviti bersenam 

Setiap kali nak pergi jogging, nak berkebun mesti pakai lotion ini. Best sebab meresap terus dekat perut......tapi AWAS, jangan pakai waktu malam, harus mengitai kepanasan...silap-silap pakcik hubby pon turut sama kepanasan :)

Dalam banyak-banyak lotion panas.. ....lotion dari susuk dara nie paling kow-kow panasnya....sama panas seperti lotion Dollah Cantik suatu ketika dulu. Kalau lotion mustajab tu anak-anak lenguh kaki suka sapu@letak tak rasa apa....kalau lotion susuk dara ni mereka pon tak mau sebab terlalu panas...

dah nak start....sempat lagi tu ambik gambo
sebelum balik...selfie sket ....hiksssss....

October 2, 2014

MAC@ Redeem Lipstik

semalam pergi kaunter MAC beli makeup yang dah habis
SA tu kata bekas lipstik yg dah habis jangan buang
boleh kumpul sampai 6 batang
nanti dapat free sebatang lipstik baru

so, kawan-kawan yang pakai lipstik MAC
jangan buang bekas yg dah kosong tu ya, kumpul & boleh redeem

saya baru ada 5 batang, lambat lagilah nak redeem ...:)
kalau tahu boleh redeem dari dulu simpan, idak ler buang terus dalam tong sampah ....hiksss



October 11, 2010

Siapa Punya Kerja??

Pagi tadi lepas mandi nak pakai contact lens....tiba-tiba bila dah masuk dlm mata....eiiiii apasal pedih tajam sangat-sangat nie....ya amponn...sakitnya tidak terperi, keluarkan semula.....uwaaa sapa letak minyak cap kapak  dlm casing mama nie? (sebab kat makeup table tu ada minyak cap kapak, kalaou cream/perfume tak sesakit ini....) terkinja-kinja mama kesakitan, bersihkan mata........papa tolong bersihkan semula lens....selalunya papa yg terkena....mereka rajin letak bedak dlm casing lens papa......aduuuhhlah anak-anak...

Anak mana yang buat nie? kakak? kakak dah besar mana mungkin buat kerja tak berfaedah itu? Qish? ali iQbal?

Hua hua hua ...