Showing posts with label Hujung Minggu. Show all posts
Showing posts with label Hujung Minggu. Show all posts

November 18, 2014

Hujung minggu @ Sabtu Jalan TAR

semalam sangatlah bussy, tak sempat nak menjenguk blog rakan-rakan
insyallah ada kelapangan nanti saya terjah semua :)

kisah hujung minggu sabtu, petang sabtu hujan sangat lebat ....plan nak pergi jalan TAR
nak cari hadiah untuk cikgu-cikgu allysha sempena majlis hari perpisahannya

tapi disebabkan hujan lebat
maka mama pun tukar planlah sebab malas rasanya nak meredah hujan
pergi Tesco jerklah beli barang dapur yang dah habis cakap dekat budak-budak ni
Tesco parking berbumbung, tak basah kalau kena hujan

tak nak katanya serentak...bersemangat betul ali & aqish
mereka tak nak pergi Tesco
Nak jugak berjalan kesana...amboi bukan main sekarang suka berjalan
maka teruskan jugak ke jalan TAR dengan hujan lebat tu

pergi tempat yang dituju pastu terus balik
hujan renyai-renyai dekat KL, malas nak menyelusup semua kedai

pergi harison....nampak cantik-cantik sejadah dekat sini....papa kata beli dekat sini aja...nampak berkualiti jugak......oklah.....tak payah nak pergi byk kedai utk survey.....dengan hujan renyai-renyai yang tak berapa selesa nak berjalan....

sekarang ada sale....sejadah nie made in Turki...

Pasar Malam Jalan TAR. Paling kesian tgk org yang jual air....tak masuk pon area sini...malas nak bersesak dalam renyai hujan....

tiap kali kesini, suka beli keropok dekat makcik kat tepi nie...

allysha cakap...napalah mama ambik gambar ichaa tengah makan....hhheheheh sorry tak perasan...


ok nak balik dah.....kami geram tengok boot dekat kedai sukan ni...murah murah.....kuning tu cantik:)


October 13, 2014

Sabtu@ Annabelle

santai sabtu petang
atas permintaan semua, anak-anak nak tengok Annabelle
petang Sabtu bawak mereka ke GSC, Alamanda, Putrajaya
Kita menonton Annabelle


untuk emosi kanak-kanak memang cerita ini boleh mempengaruhi mereka
paling comel dan tak sangka, ali yang paling penakut sangat-sangat...
allysha takut tutup muka tapi jari-jari tu terbuka sket tapi tengoklah jugak
ali iqbal, memang penakut habis siap tutup muka dan menggigil
aqish pulak keje dia tak tau duduk diam asyik tanya bila cerita ini nak habis
macam-macam peel ada
nak sangat tengok citer hantukan
mama dan papa bawaklah tengok

 sampai sekarang ali masih takut....besar jugak kesannya dekat emosi kanak-kanak ini.
dak aqish pulak, suruh cerita semula kisah annabelle nie....memang jenuh nak kena cerita semula..
Gambar dekat booth GSC Fear Feast Roadshow. Register dekat sini dan dapat satu keping tiket free.
Mesti masukkan gambar ini ke IG dan tag#GSCFearFest barulah dapat tiket free.
kesimpulannya tak boleh bawak mereka tgk citer hantu, mereka semua jadi penakut. Especially Ali Iqbal....parah betul kesannya......:)

Selepas register dekat Booth GSC, dapat free satu tiket.

August 23, 2014

Hujung Minggu@ Aktiviti Sabtu

aktiviti pagi sabtu penuh dengan aktiviti masing-masing

papa: tournament kriket
allysha : kelas tambahan
ali: training bola

mama?
tukang hantar ali & allysha
mengemas pokok-pokok mama...termasuk pokok bunga
benih bendi banyak dah jd kering
bendinya pon dah tak termakan
pokok labu terpaksa cantas dah jd semak
bonsai mama mati :( sebab masa raya tinggal lama
pokok kelapa pandan pon mati jugak

bila dah duduk kat luar rumah memang melekakan
bakar sampah sarap
belek pokok-pokok tanaman yg tak seberapa tu

rutin pagi memberi makan anak-anak bulus
hujung minggu beri kebebasan dekat soya dan lilo keluar jalan-jalan
soyi anti sosial :)
so dia memang tak suka keluar, bgs anak mama sorang nie :)

sebahagian koleksi rose jepun mama....now ada mcm-macam kaler.......tapi anak-anak bulus suka betul baring atas pokok nie...benih kemboja nie kutip tepi jalan asalnya, sebab mereka buang. Kutip bawak balik, yg hidup kaler maron nie jerk....yg lain-lain mati.

suka dengan kemboja ini, bunganya lama betul tak luruh-luruh dari ramdhan hingga sekarang