Showing posts with label Family-Dinner. Show all posts
Showing posts with label Family-Dinner. Show all posts

November 17, 2015

Mee Tarik Warisan Asli

kisah minggu lepas, anak buah dah pun habis belajar di UIA
sebelum mak dan ayahnya pulang semula ke kampung
kami bawa mereka makan malam untuk meraikan kejayaannya.


ke Restoran yang baru dibuka di Cyberjaya ini.
dekat sini banyak chinese muslim food
pilih nak yang mana satu mengikut selera

menariknya mee nya adalah homemade, diadun diuli dan ditarik-tarik sampai halus sampailah jadi mee. memang kagum dengan perkerja yang membuatnya tu

sejarah mee sejak zaman dinasti Qing

ini mee yang akan ditarik-tarik dan dimasukkan keperiuk besar
sapa order, baru mereka akan buat 

keluarga maklong
kanak-kanak duduk satu meja

sapa tak kuat makan, semangkuk ni boleh share 2 org mcm ali iqbal dan balqish.
salah satu menu yang di order beef & fungus nama diberi...hehhehehe


video macamana nak buat mee tarik...




September 22, 2015

Dinner@ Polperro Steak House

Cuti sekolah sudah bermula
Hujung minggu famili dari Kedah datang kesini kerana ada kenduri kendara disini
Hari Sabtu kami berkumpul di Shah Alam
malamnya dinner di Polperro Steak House, Shah Alam
pengantin baru belanja
Hari Ahad pulak, berkumpul dinner di rumah kami
tapi tak sempat nak snap gambar
selalu bila buat majlis makan-makan mesti tak ingat nak ambik gambar
kelam kabut selalu


kami dinner disini....sedap dan puas hati
sebelum makan, ambik gambar dulus
ali iqbal dan papa pakai baju sedondon ..peminat tegar...

 masing-masing dengan pilihan menu tersendiri
tertarik tgk udang galah ali iqbal. Chicken chop combo (with udang galah)

 kami semua ambik kambing, kambing biasa kambing special
kecuali tok tom makan nasi goreng
kanak-kanak makan ayam

 Balqish makan nasi goreng+chicken chop

dengan kak farah, pengantin baru. TQ kak farah belanja kita semua makan-makan
semoga sentiasa dimurahkan direzeki....amin

dengan biras...mak su

nak bersurai balik ...licin pinggan....puashati memang sedap kedai ni