Showing posts with label Exam. Show all posts
Showing posts with label Exam. Show all posts

September 12, 2014

Diary Allysha @ UPSR & Soalan Bocor

Sepanjang 3 hari perjalanan allysha di dalam peperiksaan UPSRnya, tiada siapa yang menduga mereka anak-anak tahun 2002 akan mengulang semula untuk mengambil peperiksaan kertas Sains & BI.

Apa yang mama akan coretkan ini untuk tatapan dan bacaan Allysha bila awak sudah melepasi fasa kanak-kanak, walaupun awak tahu apa itu peperiksaan, tapi dalam ertikata sebenar allysha belum matang lagi untuk memahami apa yang terjadi. Ini juga salah satu kenangan yg mungkin awak tak boleh lupa dalam hidup awak.

PERASAAN MAMA

Sehari sebelum UPSR, hati & perasaan mama sudah merasa sayu dan sebak, rakan-rakan mama dan papa wish dekat allysha, mama yang mengalir air mata. sepanjang malam, allysha membuat ulangkaji bersama papa, mama mengaji dan solat hajat untuknya, air mata tak berhenti-henti gugur. sebelum tidur, memeluk dan mencium allysha, air mata juga deras berguguran. Memang beginikah perasaan ibu-ibu yang anak-anaknya menduduki peperiksaan, ibu mudah terasa sebak dan sayu.


9/9/2014 (Selasa) BM 1, BM 2 & Maths 2
Sarapan di rumah, telefon atuk dan nenek, allysha minta doa dari jauh, nenek tengah mengaji untuk allysha. Awal pagi kami dah bersiap untuk menghantar allysha ke sekolah, semalam cikgu berpesan ibu bapa tak boleh datang ke sekolah, takut mengganggu emosi dan konsentrasi anak-anak. Ok, mama hantar sampai pertengahan koridor sahaja. Salam dan cium papa, nampak papa juga sebak, airmata sedikit mengalir. Peluk cium dan berdoa utk allysha, air mata gugur lagi. Mama cuti 3 hari khas untuk allysha, balik rumah, bersiap sedia  untuk solat dhuha, hajat dan mengaji. Allysha start exam, maka mama juga start mengaji tapi airmata tak berhenti-henti berjuraian sepanjang mengiringinya menjawab peperiksaannya.

Tengahari sehingga habis peperiksaan ibu bapa tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak, makan dan minum sekolah dah siap sediakan, so tak perlu fikir soal makan minum mereka.Guru-guru yang menjaga kebajikan mereka. Solat hajat juga guru-guru lakukan semasa waktu mereka dalam peperiksaan, betapa anak-anak ini sangat beruntung....kejayaan anak-anak ini didoakan oleh guru-guru, sahabat hadai dan keluarga.

Balik rumah, rehat sekejap dan sambung untuk mengulangkaji kertas maths 1 untuk esok.
tidur agak lewat jugak ulangkaji kertas maths 1, kesian allysha


Petang, sms kawan mama utk bagi info berkenaan aktiviti cuti sekolah di MAGIC. Kawan mama beritahu dia ada mengaji utk allysha utk peperiksaaanya, masyallah berlinang air mata, tak terucap dengan kata-kata tanda terima kasih, hanya Allah SWT yg dapat membalasnya.


10/9/2014 (Rabu) Maths 1
Dalam perjalanan ke sekolah, telefon Tok Tom. Allysha beritahu yg dia tak sabar nak ambik Tok hari Jumaat ini. Tok Tom ada dekat rumah Pak Su, dtg sini sebab allysha nak exam, nak ngaji utk allysha. Tapi tok tom tak datang rumah allysha, sebab tok kata nanti allysha banyak borak dengan tok, so lepas habis UPSR tok akan datang rumah allysha.

Hari ini hanya kertas Maths 1, agak tenang sedikit kerana hanya 1 kertas sahaja. Selepas habis peperiksaan, cikgu sambung buat kelas tambahan Sains & English.

Petang, keadaan menjadi kurang tenang bila pelbagai maklumat masuk mengatakan Kertas Sains terpaksa dibatalkan dan dengan rasminya pengumuman telah dibuat ke tarikh ke 30/9/2014.

Kami redha, kata-kata semangat yang boleh diberi dekat allysha, Allah SWT nak beri peluang dekat allysha untuk usaha lebih lagi. Dapatkan markah yg lebih baik, insyallah.



11/9/2014 (Khamis) English 1&2, Aptitute
Pagi ini sedikit kendur mood allysha. Kertas English akan berlangsung jam 10.15pagi & akan berakhir jam 4.20ptg untuk Kertas Aptitute. Maka kami memang tak dapat jumpa allysha sepanjang masa itu. Hanya doa yg mengiringi beliau sepanjang beliau menjawab kertas peperiksaannya. Papa telefon mengatakan kertas English juga terpaksa di batalkan, ya allah sebaknya.....tak perlah, berfikiran positif, mungkin allah swt nak bagi yg lebih baik. Walaupun mama dah menghabiskan cuti 3 hari, kalau ditunda lagi perlu ke mama ambik cuti lagi? emmmm....mama biarkan persoalan itu hilang begitu sahaja...

4.30ptg mama ambik allysha, allysha sudah berlari-lari ke kereta memberitahu mama tadi ketua pengawas dah buat annoucement, kertas english di batalkan. Jawapan mama, ringkas sahaja...ok tak per, allah nak bagi ichaa buat lebih baik :) allysha sambut kata-kata mama, cikgu dah tanda kertas english 1 ichaa.....ichaa dapat 36/40, rugilah mama.....tak per lepas nie ichaa target 40/40 lah ya...... sambil senyum dekat dia.

Ptg tu mama ke pejabat, allysha terus ikut mama pergi pejabat, mama biarkan dia freedom.....allysha nak beli air coolblog lah mama...ok pergilah, nanti tunggu mama kat office...dalam keadaan yang macam ini mama takut ichaa stress.....so, sepanjang petang dan malam kami biarkan allysha freedom....boleh buka fb...google info pasal UPSR tertangguh dll. Papa balik dari pejabat, papa peluk allysha....beri kata-kata semangat yang positif, moga semangat anak ini tidak luntur.

Perjalanan UPSR belum habis, maka kita tunggu lagi 2 minggu. Insyallah.
Perjalanan PSRA akan bermula minggu depan dan peperiksaan pada 22-27/9/2014.


UPSR 2014 & Soalan Bocor.
kenapa tahun ini yang Allah swt pilih untuk anak-anak ini? 
mungkin ada hikmah disebaliknya
Semua Ibu Bapa mahukan anak-anaknya dapat 'A' dalam kesemua mata pelajaran
Bila dapat 'A' maka peluang ke asrama penuh (SBP) adalah sangat cerah
Guru-guru juga  mempunyai target peratusan cemerlang sekolah mereka utk dapat sekolah terbaik
(tidak dinafikan, semua ibu bapa berperasaan sama, apatah lagi kalau anak-anak kita berada di kelas yg terbaik dan sekolah target satu kelas akan mendapat 5A anak-anak ini. Itu juga yg membuat ibu bapa menjadi kiasu...termasuklah mama sendiri) tapi bila semua ini terjadi, maka mama telah bermuhasabah diri redhalah dengan ketentuan yg allah swt akan berikan.....segala usaha dan doa telah dilakukan, tapi segala ketentuan Allah swt yg menentukan....kita hanya merancang tapi Allah swt jua yg menentukanya. Ini baru permulaan anak-anak ini untuk memulakan perjalanan hidup mereka, ada banyak lagi cabang dan rintangan yang akan mereka hadapi bila dewasa kelak.

ada juga ibu bapa yg marah-marah di sekolah kerana re-sit exam, jangalah marah cikgu
kesian dekat guru-guru yang bertungkus lumus
kesian dekat guru-guru yang mengorbankan masa cuti beliau sabtu dan ahad utk kelas tambahan
kesian juga dekat kita sbg ibu bapa yg banyak mengorbankan masa bersama mengulangkaji pelajaran, menghantar ke kelas tambahan luar &  ke kelas tambahan sekolah tapi
demi anak-anak kita, maka redhalah dengan apa yg sudah tertulis olehNYA

Akhirkata, mama & papa sayang allysha
Sedikit ujian dan rintangan Allah swt beri kepadamu, semoga tabah dan sentiasa berjiwa kental, insyallah dan doa sentiasa mengiringimu.....



September 8, 2014

Allysha@Sushi King & UPSR

hari ahad, reward allysha makan di tempat kegemarannya
special utk allysha yg akan menduduki peperiksaan UPSRnya 
UPSR pada hari Selasa 9-9-2014 hingga 11-9-2014
so, semalam tanya dekat allysha, icha nak makan apa hari nie?
ini special utk ichaa, sebelum ichaa ambik exam UPSR
ichaa pilihlah nak makan kat mana?
allysha memilih utk makan dekat tempat kegemarannya - sushi king
ok, kita semua follow jerk...

esok, bermulalah UPSR
'mama dan papa mendoakan allysha dapat menjawab semua soalan dengan mudah, senang & cemerlang, semoga allah swt memberi kejayaan di atas segala usaha allysha, insyallah '

mama & papa sayang ichaa
ali & aqish sayang ichaa


 kegemarannya: salmon



August 28, 2014

Solat Hajat@ PSRA Allysha

Malam jumaat ada solat hajat utk PSRA
PSRA: Peperiksaan Sekolah Rendah Agama
semua family dijemput datang untuk solat tersebut

biar gambar yg berbicara
semoga kejayaan sentiasa disamping anak-anak yg akan menghadapi UPSR & PSRA
insyaallah

 taklimat dari GB, sedih....sayu hati bila dengar....doa mama moga kalian anak-anak berjaya...
jamuan ringan
allysha dan rakan-rakan yg akan mengambil UPSR & PSRA

last...mama dan rakan-rakan...

August 21, 2014

Minggu Exam@ Allysha & Ali iQBAL

minggu nie minggu exam utk ali iqbal dan allysha
lebih mengecutkan jiwa dan hati mama
sebab allysha trial PSRA & gerak gempur trial UPSR minggu ni

"ya allah ko berikanlah allysha ketenangan, keyakinan, ketajaman akal fikirannya dan berilah dia kekuatan dan semangat yg tinggi dalam menjawab semua soalan peperiksaannya, amin."


buat allysha,
mama hanya mampu mendoakan utk kebaikan allysha, selebihnya adalah usaha gigih dari allysha.
semoga allah swt mendengar 'doa' mama & papa utk allysha.....dan selebihnya adalah usaha dari allysha...amin.

February 17, 2014

Minggu Exam Dianogsis@Allysha Amir

Minggu exam dah pon berlalu - minggu lepas
setiap bulan akan ada exam dianogsis UPSR
result inilah yg menentukan kelas, sama ada turun kelas atau menten kelas yg pertama

begitu juga dengan kelas tambahan di sekolah
Result diagnosis menentukan kedudukan dalam kelas tambahan juga

syukur, bulan lepas allysha menten dikelas yg pertama
begitu juga dengan kelas tambahannya, menten kelas pertama juga

so, minggu ini adalah minggu utk allysha mengetahui segala resultnya
mama & papa juga berdebar-debar...




January 10, 2014

Allysha & Exam Dianogsis Tahun 6

2 hari sudah berlalu
Selasa & Rabu
allysha & ujian dianogsis tahun 6

lega dan boleh bernafas sedikit

masa masih panjang buat allysha berusaha
usaha, azam, kesungguhan, disiplin diri,  doa dan solat jangan lupa

mama dan papa hanya dapat usahakan yg terbaik
dan doakan yg terbaik utk allysha

Amin!

November 11, 2011

Result Online

Ada sesetengah sekolah dah dapat report kad
tp kelas allysha cikgu belum edarkan report kad
nombor dalam kelas pon punyalah slow nak buat announcement

dah dapat nombor secara lisan
tp still rasa tk puas hati

alahai romantisnya cikgu kelas awak allysha
kadang-kadang rasa geram pon ada
nak telefon cikgu kelas seperti tahun-tahun yang lalu
tak mungkin!
procedure skrg sudah tidak dibenarkan ibu bapa
telefon cikgu kelas
abis mcamana nak tau perkembangan anak-anak dekat sekolah?
terasa tertekan betul dgn GB baru

mujur kawan papa ada dekat PPD
sebelum allysha exam, dapat website utk check result anak-anak.

so, ini website utk check result anak-anak sekolah rendah dan menengah
just masukkan IC anak-anak/no. daftar

http: //saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php


Syukur, alhamdullilah bila tengok result allysha
kedudukan dalam kelas & juga keseluruhan dalam darjah dari 164org utk tahun 3.
 

Allysha sudah menuntut present yg dijanjikan oleh papa
sabar....pasti papa belikan utk awak :)

October 25, 2011

Makan...Makan.....

Sempena allysha dah habis exam sekolah kebangsaan
so, papa bagi reward dekat allysha
belanja makan
rasa lapang dan lega sikit debarannya sebab exam dah habis

debaran menunggu resultlah pulak
minggu nie exam untuk sekolah agama pulak

Boleh Makan dengan tenang hikhikhik sebab allysha dah habis exam.....

mulut penuh dengan ayam :)
ali+balqish makan pizza: kid's menu
adik kecik yg tak tau duduk diam...

October 17, 2011

Minggu Exam Buat Allysha

Minggu ini adalah minggu exam allysha
Pagi nie terasa sayu hati bila tengok allysha keluar dari kereta


Mama + Papa doakan semoga allysha dapat jawab semua soalan
dengan tenang, bijak, terang hatimu dan tidak tergopoh gapah.



Semoga allah mendengar doa allysha.


Amin.

September 13, 2011

UPSR Sudah bermula: Allysha juga? bagaimana?

Hari nie UPSR Bermula.
Dah selesai pon utk paper hari ini....walaupun tak ada anak ambik UPSR
tapi mama asyik tgk jam.... rasa gerun/kecut perut tgk jam
seolah2 allysha dalam exam plak :)


Buat anak-anak yang sedang dalam menghadapi peperiksaan UPSR
mama ingin mengucapkan:

'Selamat berjuang & Semoga Hasil Usaha anak-anak selama ini
akan membuahkan hasil yang membanggakan utk papa & mamanya :)'


Dan buat allysha yg mama kasihi:

Mama tau awak baca blog awak + adik-adik ini
mama nak berpesan


Bulan terakhir awak berjuang mengulangkaji pelajaran, ada satu bulan sahaja lagi
sebelum tarikh peperiksaan bermula
peperiksaan akhir tahun hanya sekali
results juga sekali
kelas terbaik/ tercorot juga sekali setahun
mengikut results yg awak perolehi
aaahh kena ingat tu!!!

nak maintain kelas seperti tahun-tahun yg lalu
maka buat/lakukan latih tubi
buat revisions
tak ada istilah main-main!
tak ada istilah malas!
masa semakin suntuk...

"asah mana yg tumpul, bg tajam semula :) "
dapat results elok, maka adalah reward utk awak...

mama sayang ichaa....
ichaa tak sayang mama & papa ke?
ichaa tak sayang diri sendiri ke?

kalau ichaa sayang mama & papa
kalau ichaa sayang diri sendiri


Lakukan yang terbaik utk EXAM akhir tahun ini
seperti tahun-tahun yang lepas.
Hindarkan dari melakukan kesilapan yg sama!


Muaahhh...muahhhh....

Loves,
MAMA& PAPA

October 4, 2010

Allysha @ dah nak exam

Mood lebih kepada allysha nak exam sekarang nie......bila pikir pasal allysha nak exam, hati mama jdk kecut...hati mama jdk seram.....ya allah...kecut perut mama...allysha? allysha juga bersemangat utk revisionnya....harap-harap gitulah...jangan hangat-hangat taik ayam...Minggu nie sekolah agama masih bercuti, lega jugak...awak boleh buat revision lebih sedikit utk sekolah pagi. Jadual exam pon dah dapat...ggrgrggegr bergetar hati mama...

Harapan mama.....mama nak allysha jawab yg terbaik utk exam nie....kekal dalam kelas yg sama.....hati mama betul-betul risau.......mama risau allysha lakukan kesilapan yg tak sepatutnya.....soalan susah biasanya awak blh jawab, soalan senang plak awak selalu careless..... jawab nak cepat jerk...hati papa? samalah macam mama.....sebab papa juga monitor utk awak......mama bussy dgn kerja-kerja rumah, maka papa monitor 100% utk exam awak kali ini.

Bila dah habis exam, maka cuti akan bermula.....plan bercuti? hujung tahun nie kita nak kemana? ada 2-3 tempat tapi belum confirm lagi....smlm dlm kereta borak-borak kosong....ooohh bolehlah kita pergi sini sini...dan sini....ali jawab...ali nak naik aeroplane....nak pergi sini sini dan sini.....lepas tu kakak allysha kata...oooooo tunggu-tunggu.....tengok result kakak macamana?...kalaou bagus mesti boleh pergi... papa jawab, kalaou tak bgs, tak derlah utk awak...(tapi dalam hati/pemerhatian mama&papa, awak dah boleh bezakan/dah boleh target utk capai sesuatu yang awak nak:) baguslah yg penting awak ada semangat utk mencapai apa yg awak nak...


 
Awak boleh sahut cabaran papa? Mama doakan awak 'boleh' ....:)




PS: mak pak kat malaysia selalu saiko bab anak-anak yg dah sekolahkan...setiap org berlumba-lumba mengejar dan mengejar......tp seronok juga dengar sapa dok luar malaysia mereka tak terkejar-kejar sprt disini....system pembelajaran yg tak tension utk budak-budak....kan?aida? ron?