papa belikan FM dekat Balqish
nak beli dumex, tapi dumex tak ada stok yg saiz kecik
so, beli lactogen yg saiz kecik dulu, takut nanti adik kecik tak minum
Pasal FM nie, doc afifah ada suggest Balqish tak perlu susu yg ada DHA
sebab balqish dah dapat DHA selama 2 tahun
ketika menyusu mama....
| excited jerk dengan kotak susu tu....'dah bukak na nak...nak ssusu mama' |
Emmm...percubaan pertama untuk bagi FM dekat Balqish adalah gagal.
Excited nak buka + buat main jerk
dah bancuh suruh adik kecik minum
tak nak langsung ...na nak katanya
Dan bila dah tidor nyenyak, mama saja masukkan dalam mulut
adik kecik tersedar, terus menangis
sebab susu tu masuk dalam mulut dia
di luahkannya...sambil mimik muka tak suka
(dari situ mama paham perasaan adik kecik)
mama lap dengan towel
baru dia senyap & sambung tidor
Semalam dekat nesery mama bekalkan sebotol FM
3 EBM, 1 FM
tapi hasilnya....adik kecik tak minum langsung FM tu
EBM sahaja habis diminum
'Mama nani kata, balqish tak nak minum susu lembu ni, EBM jerk aqish minum'
| bukti susu nie aqish tak minum masa kat nesery.... |
Dalam hati ada pelbagai rasa
buat mama terpikir nak mengepam seperti org dalam pantang
nak mengepam lebih kerap seperti dulu
tak semudah yang mama sangka rupanya bila nak stop mengepam
tapi masih ada permintaan yg banyak dari balqish
terpikir jugak macamana nak dapatkan stok sebulan awal
dalam keadaan yang begini....
susu pon dah ciput....
baru-baru nie pergi mengurut, mak yah kata urat susu dah semakin mengecil
lagi sekali perasaaan menjadi sedih & hiba :(
walaupun dah melepasi 2 tahun, perasaan sedih tetap ada
Firasat mak yah, paling kuat pon boleh mencecah usia 3 tahun jerk susu mama....
Malam tadi berusaha jugak menarik keluar ebm bulan MAC2011
terpaksa offkan freezer, sebab plastik EBM tu lekat dekat dinding/tapak freezer
maka mama susah nak tarik keluarkan naik ke atas
Tadi pagi tengok masih tak boleh tarik, masih melekat
ambik 2 ketul ebm utk bekalan hari nie
Ebm fresh sebotol + ebm may simpanan stok last
maka cukuplah berjumlah 4 botol
Mama redha sekarang.....cuba mengepam seperti rutin sebelum ini
Untuk aqish :)