Dugaan demi dugaan ummi (mama Adha) yang di alami semasa dia di dalam pantang. Semoga segala apa yang berlaku ada hikmah@ganjaran yang terbaik buat ummi dan familynya...amin.
Hari Sabtu ummi sms mama yang mengatakan kedua-dua kembarnya telah di masukkan kehospital.
Pagi ahad ummi sms mama lagi, mintak semua rakan-rakan kenalan blognya untuk mendoakan kesihatan kembar auni atiqa(kakak) sihat kembali, sebab atiqa mengalami sesak nafas terpaksa di pindahkan ke Hospital Taiping. Doktor sahkan Atiqa terkena jangkitan paru-paru. Kembar Auni aqilah (adiknya) alhamdulillah keadaannya sihat sebelum ini kena ambik gas...kedua-duanya masih di hospital
Mohon pada semua yang mengenali Ummi untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anak-anak kembarnya. Amin. Minta maaf sangat sebab mama lambat publish kat sini sebab weekend memang bussy dgn anak-anak, semlm EL pon tk sempat nak onn lappy.
Pagi ini mama dapat sms dari ummi yang mengatakan makciknya lupa nak masukkan semula ebmnya dalam freezer, sebab sibuk mengemas dalam freezernya. Allahhuakbar......rasa nak menangis mama baca...habis 2 plastik rosak ebmnya...semoga ummi tabah dengan segala dugaan ini.