Showing posts with label Cuti Sekolah 2017. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah 2017. Show all posts

April 1, 2017

Fort Cornwillis, Penang

Selepas ke Muzium Hantu
Kita terus ke Fort Cornwillis
Ini permintaan ali iqbal, sebab dalam buku Sejarah Darjah 5
mereka ada belajar berkenaan dengan sejarah tersebut
mari lihat gelagat ali iqbal and aqish














March 31, 2017

Padang Besar, Perlis

Hari Isnin 20/3/2017
Aktiviti seterusnya ke Padang Besar
bila kesana haruslah membeli stok asam jawa, tomyam pes & maggi siam
sapa-sapa ke Padang Besar, sila rasa maggi dari siam
sedappp ...rasa ala-ala tomyam (utk perisa pedas)

gugur jantung sekejap bila budak kecik ni hilang
pergi beli air mineral tetiba rasa lama sangat dia tak sampai-sampai semula dekat mama
rupa-rupanya taukeh kedai tak ada duit kecil untuk tukar baki duit, merata taukeh tu menukar duit
somtam & maggie kerabu
special maggie dicampur dengan pelbagai macam seperti kaki ayam, sotong, sosej dll

borong sekotak maggie
buah asam kundang paling best, manis sekilo RM20 sahaja
buah asam jawa manis juga tidak ketinggalan, wajib beli bila kesini

Nasi Lemak Royale, Alor Star

Balik kampung haruslah berjalan mencari makanan yang best-best
ini sahaja peluang yang ada kan?
Dinner, kami keluar makan di Nasi Lemak Royale, Alor Star
Ada macam-macam kedai nasi lemak royale dekat sini
pilih...pilih mana satu yang paling sedap..
nampak mcm tak sedap...tapi oklah....
me tak makan ayam, so pilihan menu adalah daging lembu & telur sotong

 kanak-kanak pilih untuk makan burger
kami keluar makan kami-kami sahaja dengan anak menakan. Allysha tak join balik kampung ketika ini, dia berada di Melbourne. Tok pulak tak berapa sihat.
So, kami-kami sahaja yang keluar pergi makan.
 TQ aqish....hasil tangan aqish snap our picture :)

March 30, 2017

Cuti Sekolah Mac @ Walimatul Urus

dah seminggu cuti sekolah berakhir
satu minggu juga kami mengambil cuti sempena cuti sekolah
maka kembalilah ke rutin harian kami suami isteri
rutin memasak, rutin kelam kabut menyiapkan anak-anak ke sekolah
rutin hiruk pikuk di pejabat

seminggu bercuti, balik ke Pendang & Alor Star
meraikan majlis kenduri menyambut menantu
kakak ipar & familinya
biar gambar berbicara

Majlis FAIRUZ & FARRAH di Pendang, Kedah
 kanak-kanak rasmi dulu sebelum pengantin datang
Majlis Silang Pedang
Flower girls - Balqish & Hannah. 
Sad story gown aqish tak sempat sampai sebelum majlis, dua minggu selepas majlis baru sampai 
tiba-tiba ditugaskan untuk set-up kek pengantin
aqish & cucuanda - hannah
dengan anak menakan Faizal
kazen & anak-anak menakan