Pagi tadi masa nak naik ke pejabat
kucing hitam nie mengeow-geow dekat bawah (opis)
agaknya dia lapar...kesiannya....dekat sini tak ada cafe yang berdekatan
turun semula, pergi dekat kereta bagi budak bulus ni makan
memang ada spare kibbles untuk anak-anak bulus jalanan
kesian omei-omei nie...muka comel, kaki & tangan pakai stokin, dagu putih, misai panjang
tapi penakut, nak pegang dia malu-malu :)
Ini kisah batang kayu pulak
dah 2-3 hari saya perhatikan batang kayu nie masih ada dekat tepi jalan
lori sampah belum kutip
memang ianya menarik perhatian saya, rasa nak bawak balik rumah
bolehlah letak pasu bunga dekat atas batang kayu tu
jadi, pagi tadi saya pon berhenti dekat tepi longokkan batang kayu tu
dengan niat nak bawak masuk kereta
tapi bila saya nak tarik, sangatlah berat
bukan tenaga saya nak mengangkatnya
maka, saya kuburkan hasrat saya utk membawanya balik ke rumah :(
dulu saya pantang nampak batang kayu yg dah dibuang memang saya akan kutip bawak balik
kalau batang yg kecil-kecil, saya akan lekatkan pokok orkid dekat batang kayu yg terbuang tu
itu 8 tahun yang lalu, ketika saya mengandungkan ali iqbal
sampai masuk hospital sebab menjejaskan kandungan....
gardening punya pasal sanggup buat apa saja...
skrg dah pindah rumah, aktiviti mengutip kayu terbuang semacam aktif semula :)
besar-besar batang kayu nie, kalau masuk dalam kereta mou patah springnya.