Showing posts with label Cekur & Khasiatnya. Show all posts
Showing posts with label Cekur & Khasiatnya. Show all posts

July 19, 2010

Daun Cekur

Setiap kali pergi pasar, hajat nak beli daun cekur tk pernah kesampaian, mama tak  pernah jumpa pon daun cekur ada dijual kat pasar. Kat rumah ada tanam tapi sayanglah plak nak korek ambik isinya, isinya pon belum keluar besar-besar sbb msh kecil...mcm kat bawah nie....tapi smlm mama sudah mengorek daun cekur buat ulam.....nyaman jerk makan daun nie:):) kalaou dapat makan hari-hari pon tak per...sebab rasanya yg wangi itu....org johor panggey daun kencur...:)


Daun cekur banyak khasiatnya, tapi ambik yang paling penting  untuk kita kaum perempuan dan paling special untuk ibu-ibu yg dalam pantang antaranya boleh memanaskan badan, boleh mengempiskan perut, mewangikan rahim dan awet muda kalaou di amalkan setiap hari.

  • Untuk elakkan buncit, ubi cekur blendkan + dgn air asam. Elok amalkan dalam pantang. 
  • Untuk kecikkan/kuncupkan/kecutkan rahim selepas melahirkan.
  • Param: salah satu ramuannya adalah mencampurkan daun cekur...untuk memanaskan badan, yg nie makyah ajar mcmana nak buat param+ubi cekur.
  • Tumbuk daunnya tampalkan kat sekitar cik nenen...utk rangsangkan cik nenen byk susu.

 Dan yg paling penting boleh menambahkan susu, kepada ibu-ibu yang susunya dah kurang boleh try resepi ini.
  • Dicampur dengan: ubi cekur+ubi kunyit & pucuk betik untuk menambah susu badan. Caranya ibu cekur(ubinya+ubi kunyit+pucuk betik) blendkan, minum airnya. Rasanya pahit....yg nie sapa tahan pahit boleh try....:)
  • Atau nak paling mudah, makan ubi + daunnya, buat ulam dgn nasi panas...uhh sedapppppp....wangi jerk rasa & baunya...sedap....:)

 


 ~Sekadar berkongsi petua dari nenek moyangku~