Showing posts with label BrainyBunch. Show all posts
Showing posts with label BrainyBunch. Show all posts

January 13, 2015

2015@ Balqish & Brainy Bunch (BBIM)

Diari Balqish 13/1/2015.


Hari ini hari pertama Balqish berada di Brainy Bunch International Islamic Montessori, Cyberjaya.
Tahun 2015, Aqish sudah berusia 6 tahun.

Tahun ini juga kami membuat keputusan untuk tidak menghantar ke rumah mak nani (bb sitter) pada sebelah tengahari selepas balik dari Tadika, rasa berat hati jugak nak berhentikan dari menghantar kat mak nani sebab aqish dah terlalu rapat dengan famili mak nani, dan bila tak hantar ke sana bermakna hilanglah income mak nani, kesian jugak. Tapi untuk memudahkan kami tidak terkejar-kejar masa pada waktu petang untuk ke Dengkil maka keputusannya  Balqish memang dah tak perlu lagi ke Dengkil. Waktu petang boleh tinggal dengan kakak allysha, memandangkan kelas Balqish hanya separuh hari. Alhamdullillah dah tak ada masalah untuk tahun ini terkejar-kejar mengejar masa.

Hantar Balqish dekat sini sebab:
  • Dekat dengan rumah di Cyberjaya juga.
  • Dekat Cyberjaya tak banyak pilihan, saya rasa ini saja yang ok.
  • Plan asal nak hantar ke SRK Pinggiran Putra, Seri Kembangan,  tempat Allysha dan Ali Iqbal dulu, tp tiada van ke sana, maka keputusan yang di ambil, baik hantar yg berdekatan.
  • Hantar ke sini nak gilap skill dia lebih sikit.
  • Jadi, kami bagi masa 6 bulan, tengok perkembangan terbaru yang dia dapat dekat BBIM

Pengalaman dengan pelbagai tadika yang anak-anak pernah masuk seperti CEC, SRK, Tadika KEMAS  mendatangkan pelbagai pengalaman dalam memilih. Ini percubaan pertama untuk Balqish, dengan harapan semuanya ok, berdebar-debar juga. Baca feedback dari centre lain semua kurang bagus. Setiap Centre mempunyai guru-guru yang berbeza, kalau guru-gurunya gigih mengajar untuk menjadikan mereka anak-anak yang bijak maka bijaklah mereka, tapi kalau Centre tersebut hanya berlebih kurang maka ia disebaliknya, itulah pengalaman yang kami kutip dalam memilih setiap Centre dulu.

kami saja jer cakap,  adik tahun ni tak payah pergi sekolah, belajar kat rumah jerklah
memang aqish ingat dia tak akan pergi sekolah, hehhehehe kesian dia.
 semalam buat surprise untuk aqish......tunjukkan baju sekolah barunya
dan dia tengok ada baju sekolah excitedlah sangat....

 aqish dan aunties (parent tak dibenarkan ke kelas,so kami hantar sampai depan pintu sahaja)
mereka tak panggil teacher, mereka di ajar panggil auntie sahaja.

 baru sampai, auntie sambut aqish.