Showing posts with label Balqish. Show all posts
Showing posts with label Balqish. Show all posts

August 6, 2015

Balqish & Style Rambut Barbie

kisah pagi tadi
aqish cakap, hari ni nak ikat rambut macam barbie
style rambut barbie yang baru
siap tunjuk dia punya barbie yg baru
pastu mama ni acuh tak acuh, sebab bussy dengan kerja-kerja rumah pagi tadi
sekali lupa daa macamana stylenya


kenalah google cari gambar barbie yang latest
tunjuk kat aqish yang mana satu?
yang macam ni...katanya


hari ni pergi sekolah ikat rambut style macam dekat atas
taraaaaa.....mama kata esok kita buat lebih kemas lagi
hari ni tak cukup masa nak kemaskan rambut adik



April 29, 2015

Balqish Demam

Diary Balqish 28/4/2015

start dari semalam 28/4/2015, balqish demam
dah agak lama Balqish tak demam
sampaikan mama dah lupa mcamana nak handle 'baby' demam
lama baru dapat rentak/skill nak buat apa untuk 'baby' yang demam

dah pergi Klinik, dah makan ubat
tapi masih belum berapa kebah
antibiotik Doctor tak bekalkan
suhu badan yang panas
maka balqish perlu kerap mandi  untuk sejukkan suhu badan
hari ini sudah hari ke dua balqish demam
papa pulak take turn untuk menjaga balqish
work from home sambil menjaga balqish
mama berharap balqish cepat kebah dan sihat semula, AMIN

lepas makan ubat tidur, gelapkan ruang bilik untuk balqish tidur nyenyak
demam-demam nak jugak baca buku cerita...kalau baby yg usianya bawah satu tahun, 
org tua-tua kata nak 'pandai' sesuatu...nak tumbuh gigi ke, meniarap ke, berjalan ke.....
adik ni nak pandai apa agaknya?
saja cakap dekat aqish macam tu, so taklah stress sangat bila tengok anak-anak demam....


November 25, 2014

Balqish @ Menghantar SMS Yang Pertama Untuk Mama

kisah Balqish pagi tadi
mula-mula baca sms ini, ingatkan papa yang hantar
terus telefon papa, beritahu baju apa yang patut balqish pakai

rupa-rupanya papa kata, balqish yang taip sendiri dekat hp papa
& bukan papa yang hantar sms tu..
ehhhh pandai dah sms mama :)
mama bangga sekejap... perkembangan untuk anak 5 tahun

Bermula awal tahun hari tu, papa dah ajar menghafal nombor telefon (HP)
so, sekarang balqish juga tiada masalah untuk mengingat nombor telefon papa sekiranya ada kecemasan....sebagai persiapan awal untuk masuk ke darjah satu, semua nombor telefon papa dan mama perlu diingat untuk kecemasan....


 Mama abadikan disini sms dari balqish sebagai kenangan Balqish ketika usia 5 tahun.
juga sudah lancar menghafal nombor telefon hp papa & mama, syabas adik kecik :)