kami ke Publika, Solaris, Dutamas, KL
untuk melihat pameran Phtography yang terpilih dari anak-anak yang menghadiri workshop photography tempohari, sempena program cuti sekolah 2014.
salah satu gambar yang allysha snap telah terpilih untuk di pamerkan di ruang legar Publika
pameran tersebut telah dipamerkan selama 2 minggu dan telah berakhir pada 21/12/2014.
Hasil tangan Allysha - salah satu gambar yang allysha snap semasa didalam workshop tersebut telah terpilih untuk dipamerkan di ruang legar Publika. Gambar yang allysha snap ni gambar kocakan air, sekali imbas ada ala-ala abstrak juga.
Allysha sudah ada improvement selepas menghadiri workshop tersebut, allysha dapat ilmu camera dan dapat bezakan mana yang boleh/tidak dalam mengambil gambar.
Gambar-gambar peserta workshop yang terpilih untuk di pamerkan di ruang legar PUBLIKA.
Gambar kenangan dekat sini...
Christmas tree yang mereka pamerkan sangat unik...semuanya menggunakan barang-barang terpakai dan salah satunya idea kreatif dari pokok padi, semua idea dari pengiat seni Malaysia.
Lukisan yang dipamerkan ini juga salah satu program cuti sekolah bagi anak-anak yang minat dengan seni.
satu lagi christmas tree diperbuat dari pelbagai toys..cantik
christmas tree dari pokok padi.
white box - tempat allysha dan rakan-rakan (menghadiri workshop photography 2 minggu yang lalu)
seniman jalanan
walaupun tempat ni kecil, tapi sangat menarik...dekat sini banyak dipamerkan kerja tangan seni dari pengiat seni tanahair.