Showing posts with label Aktiviti SKCJ. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti SKCJ. Show all posts

March 13, 2017

Hari Keusahawanan @ SKCJ Cyberjaya

Sabtu 10/3/2017
aktiviti anak-anak pada hari sabtu di sekolah
aktiviti hari keusahawanan bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang
tujuan hari keusahawanan ini dianjurkan untuk mengutip dana
bagi mengecat bangunan sekolah SKCJ
mari kita lihat gambar, biar gambar berbicara

 pelbagai gerai makanan dibuka, rambang mata nak makan mana satu
cikgu keowteow
cikgu-cikgu menjual air & jus
suasana di perkarangan sekolah, khemah khas untuk para ibu bapa duduk dan santai
suasana diperkarangan sekolah ...disinilah cabutan bertuah diumumkan dan pembelian kupon
serta khemah-khemah di pasang untuk para ibu bapa bersantai
disamping kita bergembira meraikan majlis ini, tak dilupakan juga buat arwah siti fazlin, ibu kepada salah seorang pelajar  yg berusia 8 tahun. Beliau kehilangan ibu tersayang dengan meninggalkan adik-adik yg masih kecil berusia 2 tahun & 4 tahun . Aisyah sekelas dengan balqish pada tahun lepas. Memang sangat sayu dan sedih bila teringat dekat arwah, moga beliau dimasukkan dikalangan para solehah. Buat rakan-rakan blogger yang terbaca coretan ini mohon sedekahkan al-fatihah buat beliau. Dalam usia yang masih muda allah menjemput beliau dengan meninggalkan anak-anak yg masih kecil, masih memerlukan kasih sayang peluk cium beliau :(
Al-fatihah buat Siti Fadzlin Roslaini Binti Othman
ini paling menjadi kesukaan kanak-kanak
main dalam air, ada yang berenang

 rumah hantu mendapat sambutan kanak-kanak
dua kali masuk rumah hantu si aqish
sudut pet: meow montel, arnab, anak ayam, anak itik
anak-anak semua ada aktiviti masing-masing, maka tinggallah kami berdua
 view dekat belakang tu ada pemeriksaan kesihatan secara percuma
 sudut bermain games
semua dah penat, so mereka lepak dalam kelas
 sementara tunggu papa & allysha
kita lepak dulus, cuaca sangatlah panas terik




September 21, 2015

Pertandingan Pakaian Beragam@ Ali IQbal

Hari Jumaat 19/9/2015
hari terakhir persekolahan
SKCJ ada membuat aktiviti pertandingan pakaian beragam
alahai cikgu baru beritahu sehari sebelum majlis
maka tak sempat nak fikir nak pakai baju /fashion apa
sebelum ke sekolah sempat snap gambar ali iqbal



dalam fikiran papa, pakai baju melayu dipadankan dengan bendera Malaysia
kerana kita masih dalam mood Hari kemerdekaan dan hari Malaysia
petangnya, Uztazah menghantar gambar ke group whatsapp parents kelas ali iqbal
tengok gambar mereka, sama sedondon bendera tu jadi samping.

Mereka bertiga naik kepentas:
Ali Iqbal dapat no. 2
baju pink nombor 1 dan baju biru nombor. 3
untuk kategori lelaki
dan terpilih untuk kelas mereka
setiap kelas ada pemenangnya
bagi anak-anak bersemangat untuk menyertai pertandingan naik kepentas


hadiah yang diterima untuk menaikkan semangat kanak-kanak yang menang


January 27, 2015

Sabtu@ Gotong Royong SKCJ - Kelas Ali Iqbal

hari isnin biasanya hari yang tersangat bussy
sampai tak terkejar
hari yang sangat letih pon iya jugak kan
baru sempat bersiaran, tapi tak sempat nak menjenguk blog kengkawan hari ni

ini kisah hari sabtu 24/1/2015
parents darjah 3 dan 4 bergabung tenaga untuk keceriaan kelas anak-anak
masing-masing menyumbang tenaga, duit dan keperluan kelas untuk keselesaan mereka
ke kelas ali iqbal untuk membersihkan kelas, mengecat, menukar lampu yang rosak dan lain-lain

setengah hari jugak dekat sekolah
balik ke rumah dalam pukul 2.30ptg

 Parents darjah 3 & 4 bergabung tenaga, SKCJ dua sessi pagi dan petang. 
Pagi untuk darjah 4, petang utk darjah 3.

uncle tukang sponsor wall paper dan tukang pasang jugak
tukang cat - uncle iwan dan papa
aqish tolong lap..
buang kertas lama kat white board tu dan ganti yang baru
mak-mak tukang tolong yg ringan-ringan jerk
dah hampir siap, insyaallah sambung lagi minggu depan.
baru datang dah bising nak balik, nasib ada puzzle nie...penyelamat :)
insyaallah sambung lagi minggu depan, top-up mana yang belum siap
14/2/2015 adalah pelancaran perdana....rasanya kami tak boleh nak join sebab ada hal lain so, minggu-minggu yg ada masa ini kami tolong seadanya....

January 17, 2015

Sabtu@ Program permuafakatan Ibu Bapa & Guru

Diari 17/1/2015

aktiviti sabtu bersama guru kelas ali iqbal
ali tak ikut ke sekolah bersama sebab dia ada training bola
sessi perjumpaan bersama ibu bapa dan guru kelas darjah 1-5
darjah 6 untuk taklimat UPSRnya


tahun ini setiap kelas diwajibkan utk menghias kelas dari darjah 1-6
yang dipanggil 'keceriaan kelas'
rasanya setiap sekolah memang ada aktiviti ini kan
untuk kali pertama perjumpaan, ibu bapa dan guru membincangkan utk brg-brg yang diperlukan dalam kelas seperti rak buku, buku cerita,  tikar getah, cat semula dinding yang dah kotor dll
sumbangan dari ibu bapa sangat-sangat di alu-alukan
perbincangan berkenaan dengan kutipan wang bulanan untuk aktiviti anak-anak 
bagus juga diadakan aktiviti seperti ini untuk mengeratkan lagi ukhwah diantara guru dan ibu bapa

minggu depan kami ibu bapa baru mula untuk bergotong royong untuk menghias kelas anak-anak
kelas ali iqbal share dengan darjah 4Effisien (sessi pagi), ali iqbal sessi petang (darjah 3Jaya)

sebahagian parents yang hadir bersama cikgu aishah, guru darjah 4Effisen
sir ismail, guru darjah 3Jaya
tak ramai yang dapat meghadirkan diri walaupun surat rasmi dan online frog vle telah diumumkan