May 7, 2026

PENGURNIAAN SIJIL PANDU PUTERI RAJA @ Balqish Amir

Simpan di sini sebagai kenangan, alhamdullillah perjalanan Balqish dalam membuat File Raja telah pun berjaya, pembentangan kertas kerja juga berjalan dengan lancar dan baik tanpa ada persoalan dari para Penguji.

Pada 27 April 2026, bertempat di Istana Negara telah berlangsungnya Pengurniaan Lencana dan Sijil oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Terima kasih tidak terhingga juga buat semua yang terlibat dari aqish berusia 10 tahun, beliau telah mula menyertai Persatuan Pandu Puteri. Usia 10 tahun, kami melepaskan beliau mewakili Selangor dan Malaysia ke Korea bersama guru pengiring dan peserta-peserta dari Malaysia untuk Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri. Dari situlah, beliau belajar ketahanan diri, belajar membuat kertas kerja, belajar membentang / pembentangan kertas kerja (presentation), membuat dan mengedit video, sentiasa mencari pelbagai maklumat dan juga cekap dalam asas ikatan dalam Pandu Puteri, ikatan ini sangat penting dalam perkhemahan Pandu Puteri. 

Tahun lepas juga Balqish telah menerima Anugerah Sijil Pandu Puteri Remaja, yang telah di anugerahkan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Hajah Norashikin.


Bergambar bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Yang Dipertua PPPM, YM Dato' Tengku Shireen Almarhum Dato' Paduka Tengku Suleiman, Timbalan Yang Di Pertua PPPM, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato' Seri Fatimatuz Zahra Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YBhg Dato' Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM dan semua Pemimpin Tertinggi dalam Pandu Puteri Malaysia serta Para Peserta di seluruh Malaysia (Sabah & Sarawak) yang telah berjaya di anugerahkan Sijil Pandu Puteri Raja. Pengiktirafan Tertinggi kepada para peserta di atas pencapaian cemerlang khususnya dari aspek kepimpinan, disiplin dan sahsiah diri.

Terima kasih TGB, terima kasih buat Cikgu Huda & semua guru-guru Pandu Puteri yang telah terlibat, memberi sokongan dan tunjuk ajar.


Kredit #Poster IG/FB dari TGB


KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.


Terima kasih Puan Toh Wooi Wah, Ketua Pesuruhjaya Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau seorang pemimpin yang sangat disenangi, suka menolong, sentiasa memberi ilmu dan memudahkan 'cara' peserta. Seorang yang sangat humble dan penyayang. Terima kasih sentiasa menyayangi Balqish.


Bersama Puan Khairiah Hasbullah, Ketua Pandu Puteri MRSM / 
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan MARA juga sentiasa berada disisi Balqish.


Barisan Tulang belakang yang menjayakan projek Pandu Puteri RAJA. YBhg Dato' Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia, Puan Toh, Ketua Pandu Puteri Cawangan KL, Puan Khairiah, Ketua Pandu Puteri MRSM.

 
Simpan untuk Kenangan bersama YBhg Dato' Yeoh & Puan Toh 


Bersama Puan Khairiah, Ketua Pandu Puteri MRSM / Ketua penolong Pengarah Bahagian Pendidikan


Terima kasih dekat papa yang bertungkus lumus menjahit semua lencana dekat selempang kuning, mama memang tak mahir dengan menjahit dan menyusun atur, nampak macam mudah tapi sakit kepala nak menyusun aturnya mengikut protokol penyusunan.


Minum petang bersama sebelum berangkat pulang dan sessi bergambar.



No comments: