Salam Maulidur Rasul buat semua rakan-rakan.
lama betul menghilang, genap 2 minggu.
Bussy didalam dunia tifu-tifu, banyak event sejak kebelakangan ini.
Minggu lepas bussy dengan event Okestra Tradisional Malaysia joint venture bersama Istana Budaya
Saya ditugaskan untuk menjaga VVIP didalam bilik khas (bilik santapan malam). Begitu juga untuk tagging VVIP Seat. Berhari juga nak menyiapkan list yang beratus, mujur ada intern yang tolong membantu di akhir-akhir waktu.
Tun Hasmah& Violinnya
Tun Hasmah & Dato'Sri Siti Nurhaliza
Event telah berjalan selama 3 hari 25-27 Ogos 2025. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah bengkel penulisan puisi. Majlis penutup pada 27 Ogos 2025 bermula jam 8.00 malam untuk malam persembahan dan penutup.
Pihak MMU & Istana Budaya telah menjemput YABHG Tun Hasmah & Tun Mahathir serta YBHG Dato' Sri Siti Nurhaliza, serta semua VVIPs termasuk YABHG Tun Zaki. Comel & slim Dato' Sri Siti Nurhaliza
Bila saya memandang YABHG Tun Mahathir, terus saya teringat dekat Arwah Bos saya Prof. Datuk Dr. Ahmad Rafi mantan Presiden, MMU. Gerak gaya saling tak tumpah. Moga Tun sentiasa dalam lindungannya selalu, sayu hati melihat beliau,sihat selalu Tun.
Gambar nampak tak sharp dan pecah-pecah. Walaupun bukan pertama kali berjumpa tapi hati tetap nak berphoto dengan Tun. Kulit beliau tetap halus mulus, cantik, mata masih hebat.
Masa ni Tun tengah belek baju kebaya saya, macam-macam beliau tanya siap tanya beli dekat mana.
Dan tak lupa juga buat Puan Zalifah, EX-CFO UMS, ribuan terima kasih diatas ingatan pemberian brooch kristal ketika beliau berkunjung ke Kampus Cyberjaya.






10 comments:
Tuan tanah pun slim juga..
Alhamdulillah,majlis berjalan lancar
Cantiknya mieja berkebaya....
Aghhh.. rindunya nak masuk Istana Budaya lagi. Harapnya masih berpeluang.
Puan Zalifah Shadan ke ex-CFO UMS? Kalau benar... itu classmate matriks 1.18
bz kak mija dgn event...nk plak jaga VVIP kan...saya last jumpa Tun M & Tun Hasmah thn 2019 time arwah FIL meninggal diorang dtg ziarah
Wah..Kak Mieja dengan orang- orang hebat....ntah kenapa tgok gambar Kak Mieja dan Tun Hasmah...rasa sebak pulak...
Teringin nak masuk Istana Budaya tengok okestra atau theater atau any performance. Seronok kak Mieja dapat jumpa VVIP yang hebat-hebat. Peramah ye Tun Hasmah.
Bertuahnya badan dapat berdekatan dengan insan kesayangan rakyat Malaysia.
Salut sekali dengan Tun Mahathir dan tun Hasmah yg masih sehat ❤️❤️❤️. Beliau berdua motivasi saya juga untuk selalu menjaga pola makan. Supaya tetap bisa sehat .
Waaah ada Siti Nurhaliza juga 😍😍. Masih terbayang meriahnya lagu2 Siti Nurhaliza dinyanyikan saat Pestapora tgl 7 sept kemarin. Rinduuuu sangat lihatnya, sebab Siti dah lama tak datang dan perform di Jakarta ❤️❤️. Memang ramaaaai yg menonton saat Siti perform . Sempat duet dengan Afghan pula
bestnya dpt attend event gini. pics dgn Tun Hasmah tu sgt priceless
Comel tuan tanah.. Lawa baju kebaya tu..
Bagus juga bila sertai aktiviti seperti ini..
Cantik gambar bersama dengan Tun Dr. Hasmah tu. Priceless..
Post a Comment