Cuti Maulidur Rasul yang lepas, ali inform kawan-kawan rapat classmate batch 2006 zaman sekolah beliau nak datang kerumah. Kimi yang dah berpindah ke Johor, datang bercuti untuk berjumpa kawan-kawan dan bermalam dirumah.
meriah rumah kalau mereka semua berkumpul
ada yang baru dapat results UPU, ada yang masih cuti semester
macam-macam aktiviti mereka atur especially bersukan bermain bola tampar, bola baling sepanjang cuti.
Memasak makanan kegemaran mereka tiap kali mereka datang kerumah,
sup tulang menjadi menu utama dan kegemaran mereka.
Hari kedua pula, saya masakkan ayam masak kicap (permintaan dari Kimi) dan juga spagetti
bolognese dah ramai-ramai tu risau juga makanan tak cukup, balik dari bersukan biasanya akan lapar.
Hari ketiga pula, saya masak nasi ayam madu, menu ringkas sahaja, masak untuk 3 ekor ayam, habis alhamdullilah.
Irfan Hakim & sebahagian rakan-rakan ali, ada lagi yang tak sampai masa ni
Hari akhir makan nasi ayam & masa ni ada yang belum sampai juga. Baru balik dari bersukan.
Lupa nak ambik gambar menu, jadiklah buat kenangan ada satu gambar ayam tengah direbus untuk buat nasi ayam.
Terima kasih memeriahkan rumah aunty, aunty simpan sini untuk kenangan abadi.
Semoga semuanya suksess dalam apa jua bidang yang diceburi.

24 comments:
Seronok dapat masak untuk kawan anak2. Lagi2 kalau mereka berselera makan sambil berborak.
Sedap la masak nasi ayam.
Macam² Mieja masak.... nampak berselera anak² makan. Seronok kalau kawan² anak datang rumah kan.
Jadi meriahkan rumah bila kawan anak-anak datang. Kita rasa teruja nak menjamu dorang. Kawan-kawan daktiga ni request, nak mi goreng la, nak spegeti la, nak chicken wrap la. Mudah juga, kita boleh stanby.
dapat berkumpul, berborak, makan-makan... seronok laa depa yaaa
rumah saya pun selalu port anak dan kwn2 berkumpul.
lega dorg depan mata, biasa saya akan order KFC sebab bebdk ni bkn mkn sgt pun just happy bergaul bersama
Bagusnya dirog lepak dan bermalam di rumah Kak Mieja. Macam2 menu keluar tu, sedap2 belaka
Untung la diorang datang ada jamuan pulak... Semoga bertambah rezeki pada yang menjamu...
Jadi ingat mama dulu, tiap ada teman2 saya yg datang, selalu diajak makan juga. Teman2 anak saya pun saya perlakukan sama. Bedanya, karena saya tak pandai masak, jadi kalau mereka datang, pesan sajalah 😄.
Banyaaak juga buat nasi ayam nya kak 😍
SINGGAH BW
Memang seronok kan anak dan kawan2 berkumpul di rumah, makan sama2.
Meriahnya. Sibuk masak untuk mereka yang tengah banyak makan.
Meriah rumah ada anak dan kawan-kawan. Anak bulu pun menyibuk juga, ye. Hehe..
sedap tu menu nasi ayam utk menjamu kwn ank2 dtg umah tu
Sonoknyerr 😜
Seronok tu ramai kawan-kawan datang. Meriah rumah. Menu pun sedap-sedap hari-hari. Hebat juga mereka pandai memasak ye.
Meriah diorang, jumpa kawan2 sekelas..tumpang gembira meliaht vedio meraka..makan besar lagi..bahagianya mereka tu..
alhamdulillah meraikan shbt handai anak dgn pelbagai aktvti
Bw
Rindunya suasana begini. Daoat kumpul ramai-ramai dan beraktiviti bersama akan jadi satu kenangan indah.
sup ayam tu nampak sedap! memang seronok dpt menyantuni kwn2 anak kita :)
Memasak utk kawak kawan anak mmg seronok.. ingt dulu dtg rumah kwn dan mak kawan msk mkn tgh hari.. hahahah auto gembira.. ☺️
Meriah rumah ye...seronok tgok diorang berkawan...
Dulu SA suka kawan- kawan datang rumah lepak dan parent layan all out siap masak2 lagi...seronok..la ni selalu tanya Dania awak x de kawan ke..ajak la diorang dtg rumah..mama boleh masak2
Post a Comment