August 8, 2025

JOHOR BHARU @ R&F Marina Place ~ SINGAPURA

Lama betul terperam entry ini.

Nak share pengalaman kami menaiki public transport ke Singapura 
pada hujung cuti sekolah 29 December 2024 - 31 December 2024. 

Kebiasaanya kami menaiki kereta, tapi kali ini  ada cadangan nak merasa naik bas dan MRT.

Oklah, kami turuti...tapi pendapat peribadi kami yang dah malas nak berjalan ini, adalah lebih baik naik kereta sendiri. Pengsan melayan kaki kami, yang dah nak masuk usia senja ni hehehheheh....tak mampulah nak berjalan...dengan cuaca panasnya (gie oversea boleh pulak jalan kan? ahaks....)

Kalau ada anak kecil juga lebih baik naik kereta, tak payah berangan nak berjalan kaki, cuaca yang panas juga tak sesuai untuk kanak-kanak mengunakan public transport.

Anak remaja memang suka mengexplore
maka next time biar mereka sahaja pergi naik bas dan MRT ๐Ÿ˜‚

Penginapan yang kami booking: The Bess Homestay dekat R&F Marina Place, JB
Ownernya adalah berbangsa Jepun dan tinggal di Jepun
Kami berkomunikasi hanya melalui email dan whatsApp

Sampai di JB dalam pukul 5.00petang
Solat Jamaktakhir dan keluar santai sekitarnya
Pemandangan dari Kondo kami, seram bila tengok kebawah
View dari kondo kami, nampak pemandangan negara jiran kita - Singapura
Turun berjalan-jalan disekitar bawah kondo
R&F Princess Cove (bangunan ini sempena nama YM Tengku Aminah)
Bangunannya unik & cantik, ramai warga asing disini.
berbiku-biku bangunannya
Ada Opera House, rata-rata yang masuk semua warga asing
Suasana lewat petang dari pemandangan jambatan yang menghubungkan Malaysia & Singapura
Malamnya kami keluar makan malam, lokasi yang paling hampir, jalan nak keluar dari R&F Marina Place agak susah sedikit disebabkan jem hingga lewat malam.
Makan di Ayong, butter chicken, nasi goreng, keow teow, tauhu bakar
Tauhu Bakar. Butter chicken pilihan allysha dan aqish
ABC
Selepas habis makan, terus balik ke kondo sebab esoknya nak kena bangun awal pagi. Kalau lambat keluar, maka jem menanti kita. 
Suasana awal pagi subuh.

Suasana awal pagi dari kondo kami.  Selepas solat subuh terus check-out dan bergerak ke Komtar. 
Parking dekat Level 5, terus berjalan kaki menuju ke Imigration. Berjalan kaki dan menaiki bas ditempat yang telah ditetapkan. Bas telah dibooking secara online terlebih awal.

Ketika ini, kereta belum berapa banyak lagi. Ramai yang park dekat sini untuk ke Singapura. Agak suspen sebab jalan menuju ke Komtar sedang dalam pembikinan, juga jem yang sangat teruk. Syukur awal pagi itu agak lenggang dan kosong jalanraya.

Terus ke Bangunan Sultan Iskandar, tempahan tiket bas secara online telah dibuat awal kerana musim cuti sekolah tiket bas juga cepat sold out. Selepas selesai dekat Imigration JB, kami terus mencari bas yang kami tempah.
Bas yang kami naiki warna Oren, Semasa buat tempahan banyak  bas juga telah sold out secara online
Suasana dari JB, tak ramai lagi masa ni.
Bas Oren yang membawa kami ke Changi Airport.
Selesai dekat Imigration Woodland, kami terus mencari bas Oren kami, semua akan menunggu dekat tempat menunggu yang dikhaskan. Sementara bas Oren sampai, selfie dahulu dekat Woodland.
Bas Oren ini akan membawa kami ke Changi Airport, last destinasi.
Dah masuk ke area Changi Airport, dari jauh dah nampak kapalterbang

6 comments:

adnil linda said...

Besarnya kapal terbang..sekali sekala berjalan naik public transport

Aphizha said...

Walaupun dekat seberang tu je tapi prosesnya lama juga nak sampai. Kalau naik kenderaan sini senang juga nak bergerak sana-sini. Kena berjalan kaki sana sini memang penat lah kalau cuaca panas. Budak-budak memang suka explore.
Wah orang Jepun pun ada homestay kat sini ye. Senang mudah communicate. For sure lah ada orang yang uruskan di sini.

Rawiwa said...

Kat negara sejuk mungkin selesa kalau berjalan dan naik public transport hehehe

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Itulaaah kak, tiap kali traveling ke luar negara, saya memang selalu pilih winter. Krn itu mungkin kuat jalan kaki kemana2. Kalo dah ke negara tropis, selagi ada taxi, taxi sajalah ๐Ÿคฃ.

Dah lamaaaaa sangat saya tak ke SG. Dulu pandemi ruin tiap weekend ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜. SG dulu jadi tempat refreshing saya , karena di sana banyak wahana extreme , macam giant swing dan reverse bungy di Clarke Quay.

Tapi lepas pandemi, harga2 di SG jadi mahal sangat. Makanya sekarang saya beralih ke Malaysia. Saya Rutin tiap tahun ke KL atau Penang. Utk refreshing saja.

Di JB pun ada Komtar yaa. Macam di Penang ๐Ÿ˜

Mama Zharfan said...

MZ masa 2nd time pergi singapore pun naik bas la dari KL (menang contest so hadiah trip to USS)..that was long time ago masa anak masih 2 org

Nina Ahmad said...

Merasa juga nk naik public transport ke SG tp fikirkan anak nk kena jalani jauh memang kena naik flight saja lah. Hehe..