Hari Sabtu lewat petang kami bergerak balik ke Muar
Sampai dekat Melaka, perut dah terasa lapar
maka kami keTol Ayer Keroh
sejujurnya nak makan dekat Muar, tapi kami tak berapa familiar area kedai di Muar
Google kedai makan yang best dekat area Ayer Keroh
pergi dekat Tik Tok, promo baik punya
kami pun menuju ke kedai ini dan terus menempah makanan
Tempahan kami adalah
Nasi putih, siakap steam limau, kangkung goreng belacan, telur dadar & sambal belacan
kami order Teh ais cincau tiada stok, air tembikai pun tiada stok
maka tukar jadi teh o ais dan sirap bandung
bermulalah kisah menunggu makanan, ya allah lamanya
tunggu punya tunggu, sampailah nasi, sayur kangkung goreng biasa + ayam, telur dadar dan sambal belacan, di hantar juga ayam goreng kunyit. Kami nafikan ayam gorang kunyit bukan order kami
macam pelik, kenapa kangkung goreng belacan jadi kangkung goreng+ayam
tapi disebabkan dah lapar, saya makan dulu nasi dengan sayur dan telur sementara menunggu siakap steam
Makin lama pulak siakap steam nak siap, dibawanya sekali lagi ayam goreng kunyit
kami nafikan order itu bukan order kami, kami tanya siakap steam tak sampai lagi
dia check dekat dapur
tak lama selepas itu, waiter bawakan ikan siakap 3 rasa
terkejut kami...ni bukan order kami tapi disebabkan menunggu telah terlalu lama
kami akur dengan order itu.
Jadilah menu yang bukan kami order, kami makan sahaja sebab dah lambat.
Kangkung goreng belacan jadi kangkung ayam
Siakap steam jadi siakap 3 rasa
Pihak dapur silap masak....tak apalah...
Perasaan ketika itu macam hilang , tak rasa apa😂😂😂
Redho sahaja
RESTORAN LAGENDA TOMYAM
Menu yang kami dapat, kangkung goreng+ayam, siakap 3 rasa, telur dadar & sambal belacan
Peneman kami, budak jalanan yang comels ini, kasi dia makan kibbles, kesian lapar sangat dia.




14 comments:
SA pernah gak jadi macam tu...nak marah tapi kena sabar...hehehe...
kiranya lain yg order lain yg dpt laaa..alahai mcm2 ragam..memang merosakkan mood laaa
Kadang gitulah.. bila sudah menunggu lama dan lapar, makan je apa yang dihidangkan..walau ada rasa tidak puas.
Kadang bila dah lapar kan, memang redha je lah apa pun yang sampai, asalkan tak lah jauh tersasar pilihan menu tu kan.
Makanan yang datang tidak sama dengan makanan yang di order ya Mbak. Ah memang mengecewakan kalau kejadian begitu...
Salam,
Selalu jugalah kami terkena begini.
Geram kan. Sudahlah perut lapar.... aduhai tuan kedai makan puuunn!
Ada pernah juga..order nya betul, cuma nya..lambatttt sgt, dengan yang takde cust lain dalam kedai..ahhh, stress rasenya
Saya pun penah alami sama situasi macam akak, tapi dah lapar sangat kita makan la, tapi tue la kedai prtama dan terakhir kitorang akan makan...
tak syok la kan apa yang kita order tak dapat tapi terpaksa la jugak makan.
Selalu jadi time kita lapar sangat kan...
Takpelah rezeki hari tu kan
adik sy penah kerja sini dulu masa mula2 buka. skrg tak kerja dah...
tapi dah lapar kan... telan je laa walaupun sakit hati dgn service mcm tu
Yg begini kadang buat kesal.😄. Apalagi kalau harga jadi lebih mahal. Agak aneh juga, terlalu sedikit kah staff sampai bisa salah begitu 😅
Aduh!! Sudahlah lapar, boleh pula tersalah masak.. Sabar je lah..
Nampak sangat sambil lewa pekerjanya..
Kedai viral ni kadang indah khabar dari rupa. Bila dah viral, sistem order pun kelaut. Kalau satu salah boleh dimaafkan lagi. Tapi dah banyak salah dengan air itu ini tak ada. sekali tu je lah makan kat situ kan. Harap dorang improve lah. Dapat customer yang tak puas hati, nayaa.
Post a Comment